Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, July 13, 2010

Wanita saja ke Rakyat Malaysia??

Kekadang terfikir juga di kepala, wanita saja ke yang jadi rakyat Malaysia..kaum lelaki bukan rakyat Malaysia ke?? Bukan ape, cuma banyak sangat kemudahan2 yang diberikan kepada kaum wanita. Kita kementerian yang jaga kaum wanita...kita ada persatuan ibu tunggal...ada 'Amanah Ikhtiar', rancangan tv pun 'Apa Kata Wanita'.....NGO lagi laa banyaknyaa untuk kaum wanita....penjara wanita pun dah ada...rumah2 kebajikan wanita pun banyak.... mcm2...

Adakah kerana kaum wanita sudah jadi golongan majoriti sekarang ini?? Mungkin jugak..sebab di mana2 pun kaum wanita memang ramai. Di Universiti ramai wanita..di pejabat kerajaan ramai wanita..pejabat swasta pun ramai wanita..di pasar malam pun lagi ramai wanita..

Tapi ramai orang berkata..siapalah wanita tanpa ada lelaki di sisi..dan ada juga berkata kekuatan rumahtangga terletak pada kekuatan seorang lelaki...Aduhaii..habis tu kalau lelaki ada masalah diaorang nak pergi ke mana untuk mengadu nasib?? Kalau lelaki perlukan bantuan untuk menambahkan pendapatan keluarga..ke mana diaorang nak pergi??? Bila lelaki ditinggalkan isteri, kenapa tiada persatuan Bapa Tunggal untuk mereka mengadu nasib?? Kenapa tidak dibuat Kementerian Hal ehwal Lelaki supaya kita dapat menjaga, mendidik dan meningkatkan taraf hidup/pemikiran/kematangan lelaki2 di Malaysia dan secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada kaum wanita juga. Apabila lelaki2 di Malaysia adalah lelaki2 yang bertangungjawab maka tiadalah berlakunya perceraian maka tiadalah masalah ibu tunggal. Jika lelaki2 di Malaysia boleh dibentuk mempunyai krjaya yang baik dengan perwatakan yang baik, maka semakin ramai lagi wanita2 yang mempunyai suami..maka tiadalah masalah 'andartu' maka tiadalah masalah dengan kaum wanita.

Mungkin ramai yang berpendapat jika ada kementerian yang jaga kebajikan wanita maka akan terbelalah nasib kaum wanita di Malaysia. Namun, kita juga harus ingat, jika wanita menjadi majoriti dan mempunyai kuasa untuk menentkan kepimpinan negara, mungkin banyak cadangan/perancangan yang ingin dibuat akan dibantah jika tidak menguntungkan kaum wanita. Mungkin apa saja tentang poligami akan menjadi kenangan kerana kaum wanita akan terus menentangnya walaupun untuk kebaikan mereka.

Apa lagi yang ingin dicapai oleh kaum wanita di Malaysia, jawatan Ketua Pengarah ramai kaum wanita...ketua jabatan lagi ramai..pegawai2 kanan polis dah ada..pegawai2 kanan tentera pn dah ada...CEO syarikat besar2 pun ramai wanita...GM....COO....guru2 sekolah dah sah memang ramai wanita..doktor2 pun ramai wanita...pengurus2...aduhaii...jangan tengok laa jumlah pekerja wanita yang di bawah..memang ramai...Jadi..apa lagi yang diidamkan..kenapa perlunya sebuah kementerian untuk kaum wanita...kan lebih baik buat Kementerian Keluarga Bahagia..kalau pun taknak buat kemeterian lelaki..

Boleh kata, sekarang ni kalau nak bisnes maju dan gerenti tak rugi, bukaklah kilang lampin bayi pakai-buang atau 'lampin' wanita..memang gerenti maju. Sebabnya..demand/marketnya terlalu besar...tak habis2...sepanjang masa..sepanjang zaman..

Bukan ape, takutnya nanti masyarakat kita jadi mcm masyarakat 'nurse' sekarang ni..kita dh biasa dgn 'nurse' wanita..tiba2 lelaki pulak jadi 'nurse'..semua org pandang dgn penuh kepelikan dan pasti ramai yg tersenyum bila melihat 'nurse' lelaki. sebab ape..sebab kita dh terlalu lama di buai dgn konsep 'nurse' itu wanita....nasib..nasib...

No comments:

Post a Comment