Adalah dimaklumkan kepada semua umat Islam bahawa satu fatwa telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang termaktub di dalam Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda bertarikh 17hn Jun 2010.
Fatwa dikeluarkan dengan jelas menyatakan bahawa fahaman2 yang dikeluarkan oleh Ari Gunanjar Agustian, melalui ESQ Leadership Training adalah menyeleweng dari ajaran Islam sebenar dan butiran terperinci tentang penyelewengan2 tersebut telah digariskan dengan jelas di dalam warta tersebut.
Fatwa tersebut dikeluarkan selaras dengan peruntukan Subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang2 Islam Wilayah Persekutuan 1993(Akta 505).
Diharap orang ramai mendapat kesedaran tentang fahaman yang menyeleweng ini dan butiran lanjut boleh didapati melalui warta tersebut di Majlis Agama Islam WP.
Sekian.
No comments:
Post a Comment