Welcome words for all
different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..
Wednesday, July 7, 2010
Projek Tanaman Chili
Projek Tanaman Chili
Nama Projek : Tanaman Chili
Keluasan Ladang : 1 ekar
Bilangan Pokok : 700 pokok
Alamat Ladang : Kg Kubang Ikan, Cherating
Mula : Aug 2006
Kos Permulaan : R10,000.00
Hasil setiap pokok : 5kg/pokok per musim
Teknik Penanaman : Venturi System
Teknik tanaman ini adalah berbeza dengan teknik tanaman yang lain kerana penekanan diberikan lebih kepada campuran sebatian tanah yang dirumus khas melalui formula tertentu sebelum dimasukkan ke dalam polybag.
Bahan2 yang dicampurkan adalah Top Soil, Baja Kompos, Baja Asas, Rice Husk & Burnt Rice Husk. Campuran ini akan digaul dengan sebati sebelum dimasukkan ke dalam polybag. Berat campuran untuk setiap polybag boleh mecapai 25kg/bag.
Anak2 pokok chili yang berusia 1 minggu akan diletakkan ke dalam setiap polybag dan disiram sedikit. Baja Batu akan diletakkan sebanyak 2 gram setiap polybag yang boleh bertahan selama seminggu.
Semburan foliar digunakan untuk pelbagai tujuan yang perlu disembur mengikut jadual yang telah ditetapkan. Foliar telah dirumus dan dilabelkan dari jenis A,B,C,D,E&F. Setiap jenis perlu digunakan mengikut jadual semburan. Setiap jenis itu mempunyai tujuan2 tertentu seperti menguatkan pokok, melebatkan daun, mempercepatkan tumbesaran,mencepatkan keluar buah, melebatkan buah, melindungi daun dari penyakit dan melindungi buah dari serangan penyakit.
Chili mula berbuah selepas 1 bulan setengah dan boleh dikutip selepas 2 bulan ditanam.Ianya mengikut jenis/gred chili yang ditanam. Melalui teknik ini, musim penanaman/kutipan hasil chili dan jangkahayat pokok baoleh mencapai setahun jika cara pengjagaannya adalah betul mengikut jadual.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salm..foliar tu nk bli kat mne? Bleh gtau x?
ReplyDelete