Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Saturday, July 3, 2010

Gejala Buang Bayi-Penyelesaian

Isu pembuangan bayi bukan perkara baru tetapi adalah isu yang telah lama menghantui rakyat malaysia. dengan statistik yang jelas menunjukkan bahawa golongan yang ramai terlibat adalah golongan bangsa melayu/Islam, maka kita kdg2 kekurangan idea penyelesaian untuk di lontarkan kepada masyarakat bagaimana jalan penyelesaian yg terbaik bagi isu tersebut.

Mungkin ada yang marah dengan peningkatan yang ada tetapi kepada yang ada anak2 perempuan di rumah, maka dilemma pun tetap wujud, adakah mereka akan terlibat sama.

Sebagaimana yg kita ketahui, setiap penyelesaian pasti ada yg berbentuk jangka pendek da jangka panjang. Amat jarang sekali setiap permasalahan dapat diselesaikan melalui satu cara sahaja dan selesai. Isu ini melibatkan ramai org dan faktor2 luaran yg terlalu banyak.

Kita dapat lihat kerajaan sendiri mempunyai penyelesaian yang tersendiri, melalui agensi2 keselamatan, kementerian2 da NGO2 yang telah pun berusaha menggempur para pembuang bayi sebagaimana yg terhidang di laman akhbar dan tv saban hari.(kecuali yg pelik cuma wanita saja yg ditangkap, wajah lelakinya belum lagi kelihatan).

Pihak pembangkang juga turut serta memberikan pandangan2, ulasan2, bangkangan2 dan ide2 bagaimana untuk menyelesaikan isu ini.

Namun, sebagai rakyat biasa, kita harus cuba menerima semua tindakan kerajaan dan cadangan pihak pembangkang sebagai jalan penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek.

Apa yang dibuat oleh kerajaan dalam menangani isu ini hanyala kebanyakan bersifat jangka pendek di mana, ianya amatlah penting dilakukan sebelum adanya jln penyelesaian yg lebih kekal&konkrit.

Penguatkuasaan Undang2 dan penyediaan tempat untuk bayi2 tersebut adalah dua tindakan yang tepat sebagai 'buffer solution' buat masa ini. Walaupun, penyediaan tempa bayi terbuang dipandang sebagai penggalak kepada gejala buang bayi tetapi kita tetap juga memerlukan tepat untuk menempatkan bayi2 tersebut. Adakah kita rela rumah kita dipenuhi dengan bayi2 tersebut? Setakat seorang dua mungkin kita dengan yakin sanggup menerimanya, tapi kalau dah berpuluh atu beratus angkanya, kita memerlukan tempat yg lebih sesuai. Apa pun nama yg diberikan kepada penempatan tersebut, ia mestlah ditafsirkan sebagai penyelesaian jangka pendek kepada gejala tersebut.

Manakala, cadangan2 daripada pihak pembangkang adaleh lebih kepada penyelesaian jangka panjang yg memerlukan masa dan arus perubahan yang jitu sebelum boleh dilaksanakan walaupun pd dasarnya nampak agak mudah.

Ia memerlukan perubahan pd manusia itu sendiri untuk kembali pd yg benar walau apa pun yg berlaku disekeliling kita. Perubahan memang dituntut tetapi berapa ramai yg sanggup?

Dengan angka bilangan wanita yg semakin meningkat dan bilangan lelaki yg 'berkualiti' makin menurun, maka apa sangat yg boleh kita harapkan utk menyelesaikan masalah ini???

No comments:

Post a Comment