Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Monday, July 5, 2010

Pusat Jagaan Bayi/kanak2 Perlu Perubahan

Bertahun2 kita dijerubui oleh masalah mendapatkan orang yang sesuai untuk menjaga anak2 bagi ibu2 yang bekerja. Yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat pembantu rumah atau menghantarnya ke pusat2 jagaan bayi/kanak2 atau taman asuhan.

Kalau diteliti, masalah ini adalah masalah yg perlu ditangani dengan segera dan memerlukan perhatian semua pihak kerana ianya boleh menjejaskan prestasi kerja ibu/bapa atau mungkin boleh menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi, lantaran pekerja mereka terpaksa mencari jalan untuk menempatkan anak2 mereka supaya mereka boleh bekerja dengan penuh fokus. Bayangkan, mereka datang kerja tetapi setiap hari setiap pagi terpaksa bergelut dengan penuh dilema memikirkan tentang anak2 yang perlu ditinggalkan semasa mereka bekerja

Kita memerlukan satu pihak yang sanggup membantu untuk membina pusat2 jagaan bayi/kanak2 yang murah yurannya, tempat yang selamat dengan peralatan yang sempurna, kakitangan yang cukup dan berdedikasi dan lokasi agak berdekatan dengan kawasan perumahan utama. Pusat Jagaan Bayi perlu diwujudkan sebagaimana kita membina apajua kemudahan awam untuk rakyat. Sebuah Pusat Jagaan Bayi yang berkesan akan menjamin kemakmuran ibu/bapa yang terpaksa bekerja dan terpaksa meninggalkan anak2 mereka di pusat jagaan.

Jika kita boleh membina sekolah atau institusi pengajian yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan dengan kos yang bejuta-juta, maka apalah salahnya jika kita turut membina sebuah pusat jagaan bayi/kanak2 yang sedemikian rupa.

1. Kakitangan2 yg diambil haruslah berkualiti/berdedikasi sebagaimana untuk lain2 institusi supaya layanan yang diberikan kepada anak2 kita adalah sempurna dan selamat-bilangan kakitangan perlu seimbang dengan jumlah bayi/kanak2 yang ada di pusat tersebut;

2. Kemudahan2 yang disediakan mestilah setaraf dengan sekolah supaya mereka tidak terasa ditingalkan oleh ibu/bapa di pusat tersebut tetapi mempunyai aktiviti2 yg penuh setiap masa;

3. Jururawat dan doktor mestilah ditempatkan di setiap pusat jagaan supaya apa jua masalah kesihatan dapat ditangani dengan segera di samping pemantauan kesihatan yang berterusan boleh dilakukan terhadap kanak2 semasa di pusat jagaan;

4. Bilik Pengasingan harus disediakan untuk pengasinga sementara bagi bayi/kanak2 yang terkena apa2 jangkitan atau penyakit2 yg senang berjangkit kepada by/kanak2 lain;

5. Kemudahan tandas perlulah sesuai dengan usia kanak2 yang ada supaya mereka boleh diasuh untuk menggunakan tandas dengan cara yang betul;

6. Makanan yang disediakan perlulah makanan yang seimbang dan sesuai dengan tumbesaran kanak2;

7. Laporan Pemantauan Bayi/kanak2 harus diberikan kepada ibubapa setiap bulan supaya ibubapa sedar akan perkembangan anak2 mereka sepanjang berada di pusat tersebut;

8. Kakitangan pusat jagaan perlu lebih peka/sensitif kepada bayi/kanak2 yang memerlukan perhatian yang lebih seperti kanak2 yg 'hyper-active' supaya kanak2 lain tidak menjadi mangsa semasa berada di pusat tersebut;


Kita amat memerlukan pusat jagaan bayi/kanak2 yang lebih 'mesra' dan selamat supaya hati kita akan rasa lega/yakin semasa meninggalkan anak2 sebelum ke tempat kerja. Apabila hati lega, kerja pun selesa, pelanggan pun bahagia dan sudah pasti syarikat akan untung 'gila'.


No comments:

Post a Comment