Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, July 20, 2010

Isu Perpaduan UMNO&PAS-Satu Propaganda??

Saban hari timbul isu cadangan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS di siarkan di berita2 perdana dan akhbar2 perdana. Ulasan demi ulasan dibuat oleh para pemimpin UMNO dan ditambah lagi dengan usaha Mufti Perak yang dikhabarkan cukup bersungguh2 untuk merealisasikan kerjasama UMNO-PAS demi kesinambungan kepimpinan Melayu-Islam.

Kesungguhan itu amatlah dipuji jika semua pihak ikhlas untuk bekerjasama atau cadangan yang dibuat itu adalah niat yang ikhlas untuk kesejahteraan ummah dan bukannya satu propaganda untuk meraih simpati rakyat bahawa bila UMNO menghulurkan tangan untuk bersalam tapi PAS buat acuh tak acuh. Atau UMNO cuba memaparkan bahawa UMNO cukup terbuka untuk bersama dengan PAS untuk membangunkan negara tetapi PAS dengan pelbagai alasan atau syarat tidak mahu untuk menyokong usaha tersebut. Jika benar, ini adalah suatu propaganda murahan yang cuba ditampilkan oleh kepimpinan UMNO kepada rakyat.

UMNO yakin bahawa kepimpinan PAS akan memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai atau akan memberikan syarat2 yang cukup ketat sebelum menyetujui usahasama tersebut. Pasti akan ada ulasan2 daripada kepimpinan PAS yang agak tegas seperti Salehudin Ayub atau Mahfuz Omar yang akan menunjukan kepada rakyat betapa degilnya PAS apabila ingin bekerjasama. Cara ini amat berkesan kerana di dalam kepimpinan PAS sendiri ada pemimpin yang berhaluan sederhana yang mempunyai pendekatan yang lebih lembut manakala ad satu golongan yang cukup tegas dengan prinsip asal penubuhan PAS. Tambah pula dengan bayangan TG Nik Aziz di dalam semua tindak tanduk PAS atau dalam apa jua pandangan PAS. Nampaknya Presiden PAS sendiri mengambil sikap berdiam diri untuk tidak menambahkan lagi kerunsingan ahli2 PAS dengan perkembangan ini dan juga tidak mahu menjadi lubuk serangan dari pihak kerajaan.

Perlu diingat juga, strategi perang sedang digunakan untuk cuba memecahbelahkan PAS dari dalam. Jika mereka tidak berhati2, nescaya ada yang termakan diri. Sejarah telah menunjukan buktinya. Ada pemimpin yang terlalu lantang bersuara tetapi kini telah hilang taringnya hasil usaha/perancangan yang terjurus pada dirinya. Fitnah atau benar bukan persoalannya, tetapi di mata rakyat, itulah yang kelihatan. Para pemimpin PAS harus lebih berhati2 apabila mengeluarkan pendapat supaya tindakbalas yg diambil telah dikaji kesannya di mata media massa. Musuh sudah bersedia dengan perancangan2 yang cukup sempurna untuk bertindak apabila ada tindakbalas. Jangan2 masih tercari2 jawapan apabila telah diserang balas kerana masa itulah kesilapan boleh berlaku dan pasti cuma mampu menggigit jari.

Pemilihan Pak Lah sebagai PM dulu adalah salah satu bukti bahawa strategi memilih pemimpin yang sesuai dengan waktu itu adalah 'menjadi'. Jika org lain dipilih menjadi PM waktu itu, maka diyakini ranaplah UMNO dimamah rakyat jelata yang sedang marah dengan terlalu banyak isu2 waktu itu. Waktu itu, kita jelas memerlukan seorang pemimpin yang sederhana, mempunyai perwatakan yang lembut, berhemah, warak, beriman, lebih 'ustaz', nampak lebih ikhlas, jujur dsbnya untuk menangkis serangan2 musuh yg cukup bersifat peribadi.

Pemilihan Obama juga mempunyai strategi yang sama untuk mengimbangi kerakusan Bush di zaman pemerintahannya. Obama dipilih untuk memulihkan kembali kepercayaan dunia pada Amerika dan juga Kongres pada parti. Kesannya boleh dilihat sekarang ini dengan pelbagai tindakan2 yg diambil oleh Obama terbukti berbeza dengan cara Bush dahulu. Pendekatan yang diambil dlm menangani isu2 Israel, Timur Tengah, Iran dan krisis dalaman cukup berbeza dan mudah diterima oleh semua pihak. Ini yang dinamakan propaganda positif.

Mungkin usahasama yang dicadangkan oleh UMNO adalah berpaksikan propaganda positif ini. Jika benar maka strategi ini cukup mengena. Silap langkah oleh PAS, rakyat akan terus menyokong UMNO.

No comments:

Post a Comment