Saban hari terlalu banyak yang terpampang di dada2 akhbar mcm2 berita tentang artis2 Malaysia. Cerita2 yang negetif lebih banyak terpapar berbanding dengan cerita2 yang positif. Cerita2 artis menipu org, ditipu org, cerita2 skandal, gambar2 terlarang, aksi2 ghairah, bercerai-berai, saman menyaman, cerita2 mahkamah, cerita artis mabuk di khalayak ramai dan mcm2 lagi.
Persoalannya, siapakah mereka ini, yang dinamakan artis2 malaysia? Siapa yang meletakkan gelaran artis pada mereka? Adakah mereka rela digelar artis? Adakah rakyat malaysia sudah bersedia untuk menerima hakikat sebenar seorang artis? Mau tidak mau siapa saja yang dpt peluang msk tv, semuanya kita panggil artis. Ada yang kebetulan je msk tv sebab ikut kwn, pun dipanggil artis. Ada yang saja ikut kakak, abg, mak ke set lokasi dan msk tv, terus dipanggil artis. Begitu mudah mendapat gelaran artis di malaysia skrg ni. Janganlah sampai peserta program Imam Muda juga digelar artis!
Dari satu sudut, kita pun kene ingat juga yang akhbar2 pun berniaga. Ianya bisnes yang memerlukan org ramai beli akhbar mereka. Kalau kita tak beli tiadalah untung mereka. Jadi berlumba2 lah para wartawan untuk mengejar apa saja berita2 yang boleh membuatkan akhbar mereka lebih sensasi lebih eksklusif berbanding dengan akhbar lain. Jadi apa saja berita, terutama tentang artis2 pasti menjadi buruan para wartawan. Kdg2 yg berlaku cuma sedikit saja tetapi utk menyedapkan lg berita maka terpaksalah ditambah garam tambah gula tambah cuka supaya editor pn tertarik dan pembaca pn berminat utk beli akhbar mereka. Tambah lagi kalau ada gambar2 sampingan lagi sensasi. Kdg2 dgr2 je cerita mulut org terus tulis cerita dan msk akhbar. Artis2 pn tercengang sebab tak tahu pokok pangkal al-kisahnya. Itulah yg dinamakan fitnah yang boleh meruntuhkan kepercayaan orang pada seseorang. Fitnah cukup mudah utk dibuat dan kesannya cukup pedih pada mangsanya. Kalau wartawan cuma melaporkan berita2 yang sahih kebenarannya, yang mulia isi ceritanya dan yang positif kesannya, maka tidaklah semua org memandang serong pada artis2 yang betul2 berhati mulia.
Cukuplah dengan skandal2 yang ada sekarang ini. Kes Ariel-Luna sudah cukup menggegarkan seluruh Indonesia. Adakah Malaysia turut menerima nasib yang sama? Rakyat Malaysia sifatnya ingin tahu akan sesuatu. Jadi pantang ada cerita2 yang sedap dan sensasi pasti dicarinya utk lebih tahu kesahihannya. Bila dah tahu, akan dikutuknya artis itu sampai ke lubang cacing. Tapi rakyat Malaysia yang bagusnya mempunyai sifat pemaaf&pelupa...bila cerita dah reda dah hilang sensasi, kita pn dah hilang marah..mula terima semula artis tersebut..tak ada masalah langsung..Itulah rakyat kita....Kdg2 kebanyakan dari kita ni 'benci tapi rindu' sifatnya..Tak suka sangat tengok artis2 kat tv..kata mcm2 tapi kdg2 rindu jugak nak tgk....dah tunjuk nak buat mcm mana.tgk je laah..itu saja alasan kita.
No comments:
Post a Comment