Cadangan Menteri Pelajaran, yang juga TPM, untuk memansuhkan UPSR & PMR telah mendapat maklumbalas yang pelbagai dari rakyat samada menyokong atau menentang pemansuhan tersebut.
Tindakan TPM ini, adalah diharapkan satu tindakan yang 'ikhlas' untuk mendapatkan gambaran sebenar reaksi rakyat -ibubapa, guru2, pelajar2 dll sebelum membuat sebarang keputusan tentang pemansuhan tersebut.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk mengukur tahap sokongan atau tentangan terhadap cadangan tersebut?
Adakah cukup dengan 'tinjauan rambang' selepas 'lontaran' di buat? Atau perlukah perbincangan dengan pihak2 yg terlibat secara langsung seperti Majlis Permuafakatan Ibubapa Guru, Majlis Guru Besar/Pengetua, NTUP dll supaya perkara asas dapat diselesaikan apabila keputusan di buat.
Apapun keputusan yang diambil oleh kerajaan, pasti ada pro&kontra di mana ianya mungkin memudahkan satu pihak tapi menambahkan beban di pihak yang lain. Keadaan inilah yang memerlukan perbincangan yang lebih terbuka supaya semua pihak bersedia dengan cabaran2 yang bakal dihadapi selepas keputusan dibuat. Kita tidak mahu natijahnya kepada pelajar2 yang semakin terbiar tanpa pembelaan disebabkan oleh keghairahan orang lain untuk membuat perubahan. Perubahan yang baik itu adalah bagus tetapi terlalu banyak perubahan tanpa persediaan yang rapi pasti mengundang pelbagai masalah. Apa pun perubahan biarlah di buat berdasarkan 'calculated risk' dan semua pihak yang terlibat telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yangbakal tiba selepas keputusan dibuat.
Apabila berlaku pemansuhan, maka sistem gantian juga memerlukan kajian yang terperinci supaya guru2 di bawah sana mampu membuat semua persediaan yang diperlukan tanpa ada 'set back' kepada prestasi pelajar2.
Secara peribadi, sistem peperiksaan UPSR&PMR atau apa saja peperiksaan yang ada masih dianggap relevan selagi masyarakat sanggup menukar persepsi terhadap konsep peperiksaan itu sendiri di mana ianya harus dilihat sebagai hanya kayu ukur kebolehan pelajar atau tahap kemahiran pelajar pada takat pengajiannya. Jika ada berlaku kekurangan, berdasarkan keputusan peperiksaan, maka guru2 atau ibubapa tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Kadang2 ada ibubapa yang melihat peperiksaan sebagai 'hidup/mati' masa depan anak2 mereka dan mereka melakukan apa saja asalkan anak2 mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Ini akan mengundang pelbagai perkara2 yang tidak diingini seperti rasuah, kecurian kertas soalan, kebocoran maklumat, meniru semasa peperiksaan dan sebagainya. Ada juga ibubapa yang melihat kejayaan/kegagalan anak2 mereka sebagai 'soal maruah' mereka jika ditanya oleh kawan2 atau saudara mara. Ini memberikan tekanan yang berlebihan kepada pelajar2 untuk menghadapi peperiksaan.
Pihak sekolah juga terpaksa berusaha untuk melakukan apa saja untuk meningkatkan peratus kelulusan murid yang mana akan meningkatkan lagi imej pengetua, guru2 dan sekolah di mata masyarakat pendidikan.
Peperiksaan harus dilihat hanya sebagai kayu pengukur tahap kebolehan/kecekapan/kemahiran/kepandaian pelajar2 tersebut supaya kekurangan tersebut boleh diatasi semasa mereka di peringkat yang lebih tinggi. Peperiksaan seharusnya dilihat sebagai saringan untuk 'continous improvement' pelajar2 tersebut. Apapun yang berlaku pada keputusan peperiksaan tidak dijadikan alasan untuk menyekat peluang mereka untuk terus belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi.
Jika masyarakat dan guru2 mampu mengubah tanggapan terhadap peperiksaan dan membuat perubahan, maka isu pemansuhan ini tidak perlu ditimbulkan kerana kewujudannya ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment