Kita cukup berbangga apabila 2 org wanita telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah semalam bagi WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ini cukup utk membuktikan bahawa kesaksamaan sentiasa menjadi wacana kerajaan dan isu jantina tidak menjadi keutamaan apabila melibatkan pelantikan mana-mana pegawai tinggi kerajaan. Golongan wanita di negara ini sepatutnya berbangga kerana jawatan hakim adalah jawatan yg tertinggi dlm mana2 mahkamah dan kerajaan telah membuktikan bahawa hanya kelayakan yang menjadi perhitungan dan bukannya jantina.
Namun begitu, pelantikan ini tidak seharusnya dilihat sebagai pembela nasib kaum wanita atau untuk mengimbangi kuasa hakim syarie lelaki kerana siapa pun yang dilantik, lelaki atau wanita, sebagai hakim mereka perlu membebaskan diri daripada sebarang ikatan/tanggapan yang boleh mempengaruhi mereka.
Secara peribadi, pelantikan ini dilihat sebagai cabaran yang amat besar kepada 2 wanita tersebut kerana, percaya atau tidak, mahkamah syariah adalah mahkamah yang paling penting sekali kepada rakyat Malaysia, amnya dan kepada org Islam khususnya. Di sinilah terletaknya kunci kemakmuran/keamanan masyarakat Islam kerana fungsi Mahkamah Syariah amatlah luas dan bermakna kepada umat Islam.
Mahkamah Syariah adalah tempat penyelesaian bagi urusan Munakahat, Muaamalat, Faraid, pembahagian nafkah keluarga, masalah sosial, kebenaran poligami, pengesahan cerai, taklik atau fasakh sehinggalah ke isu murtad. Di sinilah segala masalah perlu diselesaikan secara muktamad dan sebarang keputusan Hakim Syarie mesti dipatuhi demi keadilan semua.
Samada Hakim Syarie lelaki atau wanita, dibahu mereka terpikul tanggungjawab untuk mengekalkan kesaksamaan/keadilan di dalam mahkamah syariah supaya umat Islam, samada muslimin atau muslimah, mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada mahkamah dan apapun keputusan mahkamah akan diterimapakai oleh semua.
Semoga 2 Hakim Syariah wanita yang dilantik akan merealisasikan kesaksamaan/keadilan sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam.
No comments:
Post a Comment