Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Friday, July 16, 2010

Kenaikan Harga @ Penurunan Subsidi

Kita tersentak lagi tapi kali ini dengan nada yang berbeza, bukannya 'Harga Barang Naik' tetapi 'Subsidi Dikurangkan'. Pada orang2 kampung, bila dengar pengumuman 'Subsidi Dikurangkan' susah laah juga diaorang nak faham, mungkin ada yang terpinga2. Bila ada yang tolong terangkan tentang harga barang akan naik, barulah mereka faham dan mula 'naik angin' - marah juga tapi lambat!!

Antara barangan yang diturukan subsidi/dinaikan harga adalah gula, petrol/diesel dan LPG. Kesemua barangan tersebut disebutkan penurunan subsidi yang cukup kecil tetapi kesannya kepada rakyat amatlah besar. Apapun alasan kerajaan untuk penurunan subsidi ini, rakyat akan tetap tersepit di antara keperluan diri, keinginan kerajaan dan ketetapan peniaga. Barangan2 yang terkawal sememangnya boleh dikawal kesannya pada rakyat, tetapi bagaimana dengan barangan2 yang tidak terkawal, seperti makanan, minuman, lauk-pauk, pengangkutan awam dsbnya yang masih lagi berada di bawah ketetapan peniaga walaupun ada keinginan kerajaan supaya harga barangan tersebut tidak dinaikkan. Adakah adil untuk mengharapkan orang lain tidak menaikkan harga tetapi kerajaan sebagai 'pembekal' awal2 lagi sudah menaikkan harga pasaran?? Mengharap itu boleh, tetapi masih lagi di bawah ketetapan peniaga untuk menilainya. Justeru, yang tersepit adalah rakyat jelata yang masih lagi berkayuh untuk hidup hari esok.

Dari dulu lagi kerajaan sering melaung2kan tentang subsidi gula yang terlalu tinggi dan membebankan rakyat. Persoalannya, kenapa tidak digunakan duit menampung subsidi itu untuk membina seberapa banyak kilang gula di Malaysia. Kenapa tidak di gunakan untuk menanam sebanyak mana ladang tebu di Malaysia untuk menghasilkan gula? Tidakkah ini akan mengurangkan kebergantungan kerajaan pada pasaran sehinggakan terpaksa membayar subsidi untuk rakyat? Kenapa perlu dihadkan kepada beberapa orang sahaja yang mempunyai lesen AP untuk gula? Memang benar bahawa pengambilan gula berlebihan adalah buruk untuk kesihatan kita tetapi ianya tetap menjadi keperluan rakyat dan negara - walaupun pada kadar yang rendah. Jika 28 juta rakyat hanya menggunakan 1 kg gula, kerajaan tetap terpaksa membayar subsidi utk 1 kg! Jadi subsidi akan tetap wujud cuma pada kadar yang rendah.

Kerajaan masih lagi cuba menbandingkan harga barangan2 tersebut dengan negara2 lain yang terdekat, di mana saya yakin perbandingan itu adalah tidak wajar dan tidak adil kepada rakyat kerana perbandingan itu adalah hanya pada harga barang, bukannya pada kuantiti pengambilan/org. Perbandingan itu juga bukan melibatkan pendapatan per kapita negara tersebut dengan rakyat negara kita. Jika rakyat mempunyai kemampuan untuk membeli, kerana mempunyai pendapatan yang berlebihan, dengan kemudahan2 yang disediakan oleh kerajaan yang terlalu banyak&percuma, kos sara hidup yang mampu ditanggung oleh rakyat, maka rakyat sendiri akan meminta kerajaan supaya menghapuskan terus subsidi2 tersebut!

Kerajaan mesti menerima hakikat bahawa golongan majoriti di atas jalanraya masih lagi penunggang motosikal dan setiap kenaikan harga petrol, walaupun sedikit di kaca mata kerajaan, tetapi tetap memberi kesan kepada mereka. Ada yang terpaksa mengisi minyak setiap hari olehkerana perjalanan yang jauh setiap hari, maka jika ada kenaikan, mereka akan cukup terasa setiap kali mengisi minyak. Jadi persoalan 'Kenapa Mereka Pakai Motosikal?' haruslah juga cuba dijawab oleh pihak kerajaan sebelum memperkenalkan apa saja tindakan2 untuk rakyat. Semuanya terjerumus kepada persoalan kemampuan, pendapatan, kadar faedah pinjaman, kos kemudahan yang mahal, kos sara hidup yang tinggi, dsbnya.

Kos yang mungkin pada kerajaan tidak merungsingkan rakyat adalah penurunan subsidi LPG. Walaupun 10sen/kg tetapi hakikatnya kenaikan adalah sebanyak RM1.20/tong - RM1.40/tong. Kita juga kene ingat bahawa majoriti rakyat masih menggunakan khidmat LPG di dalam tong dan tong2 ini amatlah berat untuk dikendalikan. Dengan kenaikan 10 sen/kg adakah kita yakin harga LPG setiap tong akan sebanyak itu?? Ada kemungkinan, kenaikannya melebihi dari 10sen/kg kerana para pembekal perlu memikirkan kos penghantaran dan kos pengendalian tong2 LPG untuk dihantar2 ke kedai2 atau rumah2. Ini adalah hakikat masyarakat di Malaysia.

Apapun nama yang diberi, "Penurunan Subsidi Kerajaan" atau "Kenaikan Harga Barang", semuanya tetap membebankan rakyat, menekan pendapatan rakyat, mengubah simpanan rakyat sambil mengurangkan beban hutang kerajaan.

Ada juga yang marah kerana pemberitahuan yang dibuat secara mengejut atau 'short notice'. Pada kerajaan, jika ingin berperang, kene ada strategi yang berkesan yang boleh melemahkan musuh dengan cepat, senyap dan singkat. Jika menikam menunggunakan lembing atau tombak, kesan tikamannya agak besar, sakit dan darah akan keluar dengan banyak sekali. Tetapi jika tikaman dibuat menggunakan jarum peniti, pasti tiada kesan pada orang. Darah tetap ada cuma terlalu sedikit. Sakitnya cukup sekejap kemudian pasti dilupakan.

Juga kalau mahu menyuntik pesakit, jarumnya jangan ditunjukan pada mereka. Sembunyikan jarum kemudian terus saja menyuntik. Mungkin pesakit akan tersentak seketika tetapi terus lega. Inilah strategi kalau mahu berjaya berperang dengan musuh. Jadi, mungkin inilah pendekatan yang kerajaan ambil demi kebahagiaan rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment