Biodiesel, sebagaimana namanya, ialah bahan bakar diesel yang terhasil dari bahan2 yg bukan hidrocarbon(petroleum).
Bahan2 yg boleh menghasilkan Biodiesel ialah Minyak Sawit Mentah(CPO) atau Vegetable oil.
Pada masa ini terdapat banyak teknologi2 yang boleh digunapakai untuk menghasilkan biodiesel mengikut skala yang diperlukan (production volume). Kita boleh menghasilkan biodiesel pada skala kecil di rumah menggunakan bahan2 yang amat mudah diperolehi di kawasan rumah. Pada asasnya, apa saja bahan2 buangan organik boleh diproses semula untuk menghasilkan bahan bakar yang boleh digunakan untuk tujuan pembakaran. Cuma perlu melalui proses yang sedikit berbeza seperti proses Pyrolysis iaitu pembakaran pada tahap tinggi untuk menguraikan bahan2 yang diperlukan.
Pada peringkat komersil, biodiesel dihasilkan menggunakan CPO sebagai 'raw material' dan tahap pengeluaran paling tinggi di Malaysia setakat ini ialah 25o,000 metrik tan setahun. Ini bermakna, kadar pengeluaran sehari ialah sebanyak 750 metrik tan. Selain mampu menghasilkan biodiesel sebagai produk, proses penghasilan menggunakan CPO turut mengeluarkan 'Glycerine' sebagai produk kedua. 'Glycerine' mampu dijana sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan pengeluaran kilang. Sebagaimana kita tahu, 'Glycerine' mempunyai nilai yan tinggi dan agak stabil di pasaran antarabangsa berbanding biodiesel dan ini mampu meningkatkan pulangan kilang apabila beroperasi.
Proses Biodiesel:
CPO akan melalui proses 'Refining' untuk mendapatkan minyak sawit yang berkualiti, bersih dan bebas dari sebarang 'suspended solid'.
(Pada peringkat ini, minyak sawit tersebut boleh dijual terus ke pasaran sebagai minyak sawit yg telah diproses.)
Kemudian, minyak sawit yang telah diproses tadi akan melalui proses 'Transesterification' untuk menghasilkan minyak biodiesel. Semasa proses tersebut, 'Sodium Methylate' dan 'Methanol' dimasukkan sebagai 'Catalyst' menghasilkan 'Reaction Mixture' dengan minyak sawit.
Selepas tindakbalas selesai, campuran itu akan dipisahkan untuk mendapatkan 'Methyester' , 'Crude Glycerine' dan juga 'wet methanol'. 'Methyester' akan terus melalui proses tapisan yang berperingkat untuk mendapatkan kualiti 'Methyester' yang terbaik.
'Methyester' inilah yang dinamakan minyak biodiesel.
'Crude Glycerine' akan melalui satu lagi proses pemeringkatan di 'Distillation Column' untuk mendapatkan Glycerine yang berkualiti dan bersih.
Pada konsepnya, proses menghasilkan biodiesel adalah mudah tetapi ianya memerlukan teknologi dan peralatan yang tepat untuk memastikan proses yang dilalui adalah selamat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment