Mana kan ada sinar mentari yang mampu bercahaya hingga ke pagi….
Hingga lewat tengahari..
Hingga lewat malam dinihari…
Mana kan ada cahaya lilin yang mampu menerangi seluruh dinding alam tanpa jatuh ke bumi
Hingga ke serata jendela
Hingga ke ceruk dapur jelaga
Hinga ke kamar jingga
Mana kan ada..
Mana kan ada..
Namun jika seluruh alam sanggup menerima hakikat
Cahaya pun mampu terbahagi dua…
Dan mengerti bahawa tiada yang mampu memiliki secara hakiki
Dan sanggup berkompromi
Dan sanggup berdiri sendiri
Dan sanggup mengalah akan kepentingan peribadi
Maka cahaya yang ada sudah cukup untuk semua
Redha lah akan apa yang ada
Yang berlaku pasti ada hikmahnya
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui akan Ketentuannya.
No comments:
Post a Comment