“Ke hadapan Nor,
Nota ini abang tulis sebagai tanda kasih yang tak pernah padam pada Nor dan anak-anak. Abang harus mengambil tanggungjawab ini demi kasih abang pada keluarga supaya Nor boleh membuat perancangan sendiri membina kehidupan sendiri yang lebih baik-jauh lebih baik berbanding semasa abang berada di sisi Nor dan anak-anak.
Nor, abang telah
Nor, abang tahu Nor adalah seorang isteri yang baik, terlalu baik buat abang. Isteri yang selalu sanggup bekorban untuk suaminya. Seorang isteri yang tidak pernah meminta apa-apa yang diluar kemampuan suaminya. Seorang isteri yang sanggup berjimat cermat demi menjaga kewangan keluarga. Seorang isteri yang tidak pernah mengungkit akan pengorbanan yang telah diberikan kepada keluarga.
Nor, abang terpaksa mengambil keputusan ini walaupun abang tahu Nor tidak akan menyetujuinya tetapi percayalah keputusan ini adalah yang terbaik buat kita.
Abang pergi untuk membebaskan ikatan yang ada antara kita supaya apa saja yang berlaku kepada abang tidak akan melibatkan Nor dan anak-anak. Abang terpaksa pergi untuk mencari sumber lain yang boleh menyelesaikan masalah abang selama ini. Abang memerlukan masa yang cukup tanpa perlu memikirkan soal-soal lain tentang tanggungjawab abang kepada Nor dan anak-anak. Biarlah abang selesaikan dulu masalah abang sebelum abang mampu kembali menjadi seorang lelaki yang berkemampuan. Mungkin Nor akan menganggap abang seorang lelaki yang kejam kerana meninggalkan keluarga sendirian tanpa berbincang tetapi percayalah Nor keputusan ini terlalu berat untuk abang ambil dan abang yakin ini adalah untuk kebaikan Nor dan anak-anak.
Nor, abang selalu fikir bahawa jika Nor mendapat suami selain dari abang, sudah pasti Nor sekarang sudah mempunyai kereta besar, rumah yang lebih besar, duit yang melimpah ruah kerana tidak perlu meneluarkan duit gaji sendiri ntuk perbelanjaan rumah, barang-barang perhiasan yang mahal, emas berlian di badan, mampu menghantar anak-anak untuk kelas tuisyen setiap bulan, mempunyai orang gaji yang boleh membantu Nor di rumah, pergi bercuti di pusa-pusat peranginan dalam dan luar Negara dan mampu untuk ke Mekah menunaikan umarah atau Fardhu Haji. Abang yakin inilah keinginan setiap wanita setiap isteri dari suaminya, sebagaimana kawan-kawan sekerja Nor yang lain. Namun hingga hari ini, seperti yang Nor boleh lihat, abang gagal dengan semuanya itu. Abang bukan setakat gagal malah lebih menyusahkan Nor lagi dengan masalah abang. Abang yakin jika lelaki lain menjadi suami Nor, pasti Nor akan beroleh semua itu dan Nor akan merasa lebih bahagia.
Nor, abang pergi untuk jangka waktu yang entah sekejap entah lama dan abang tidak tahu. Cuma abang
Nor, usahlah dibimbangkan tentang kata-kata orang sekeliling tentang status Nor yang baru sekarang kerana apa yang berlaku bukannya salah Nor tetapi salah abang. Biarlah apa mereka nak kata kerana lama kelamaan akan senyaplah berita ini. Waktu itu, Nor boleh lah mencari pengganti abang pada Nor dan juga pengganti abang pada anak-anak. Abang yakin pasti ada jodoh yang lebih baik dari abang, lebih mulia dari abang, lebih beriman dari abang, lebih berilmu dari abang dan lebih hikmah sifatnya dari abang yang akan diketemukan dengan Nor. Abang harap Nor akan terbuka hati untuk menerima pengganti abang nanti. Namun, ajal maut, hidup mati, jodoh pertemuan semuanya di tangan Ilahi. Kita Cuma mampu merancang, Allah saja yang menentukan. Abang senantiasa berdoa akan kebahagiaan, kesejahteraan, kemurahan rezeki, kedamaian, ketenangan dan keselamatan Nor serta anak-anak sepanjang hayat.
Nor, satu lagi abang ingin sampaikan, abang akan tetap menghantar wang untuk membayar keperluan rumah sepertimana selalu sehinggalah Nor bertemu jodoh yang lain. Waktu itu, nafkah anak-anak Insyaallah, tidak akan abang lupakan. Abang akan tetap menghantar wang untuk anak-anak kerana merekalah harta yang cukup ternilai anugerah dari Allah untuk abang.
Akhir kata, sambut lah nota ini dengan hati yang terbuka kerana percayalah keputusan ini abang ambil dengan hati yang cukup berat dan melalui waktu yang cukup panjang sebelum abang sanggup melakukannya. Abang tetap yakin jika abang melakukannya kerana Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. Abang yakin dan abang pasti.
Sekian. Sembah salam ampun maaf dari abang, bekas suamimu yang senantiasa mencintai mu dan anak-anak.
Azman”
No comments:
Post a Comment