Terlalu banyak dilema yang di lalui oleh ibu2 yang mengandung tentang persoalan siapa yang bakal menjadi doktor/bidan semasa menyambut bayi lahir nanti. Mungkin ramai yang tidak kisah tetapi rata2 menjadikan perkara ini satu dilemma yang penuh persoalan dan kemusykilan.
Ramai yang menganggap bahawa doktor lelaki tidak harus diberikan tugasan untuk menyambut kelahiran bayi dan hanya jururawat wanita serta doktor wanita sahaja yang dibenarkan. Rata2 mereka merasa cukup malu kerana anggota yang terlibat adalah anggota 'maruah' mereka yang paling sensitif. Namun disebabkan oleh menahan kesakitan semasa 'meneran' maka perasaan tersebut hilang perlahan-lahan ditelan jeritan kesakitan dan terus hilang apabila mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.
Namun, ada juga yang mempertahankan doktor lelaki dengan menggariskan pengalaman2 mereka sendiri bahawa kualiti kerja doktor lelaki lebih baik berbanding dengan doktor wanita. Layanan atau sentuhan doktor lelaki lebih lembut berbanding doktor wanita yang nampaknya lebih kasar dan tidak berhemah semasa menyambut kelahiran/bersalin. Mereka juga menggalakkan wanita2 yang ingin bersalin supaya mendapatkan khidmat doktor lelaki berbanding dengan doktor wanita.
Isu ini harus dilihat dari sudut yang berbeza. Dari segi agama memang jelas seboleh2nya cari lah doktor lelaki dan jika tidak mampu atau darurat maka doktor lelaki dibenarkan untuk menyambut kelahiran/bersalin. Doktor wanita seharusnya diberikan tanggungjawab yang jelas untuk membantu ibu2 bersalin atau menyambut kelahiran bayi kerana mereka dapat merasai apa yang dirasai oleh kaum mereka sendiri atau mereka juga mengalami pengalaman yang sama semasa bersalin. Isu kualiti kerja doktor wanita yang lebih kasar berbanding dengan doktor lelaki, patut dilihat dari sudut 'psikologi kerja' dan bukannya dijadikan alasan untuk menggunakan khidmat doktor lelaki. Perlu diingat bahawa doktor lelaki, walau sebaik mana layanan mereka, tetap tidak pernah merasai kesakitan semasa melahirkan bayi berbanding dengan doktor wanita. Justeru mungkin pada doktor wanita, ibu2 yang sakit bersalin tidak perlu dimanja sangat kerana mungkin jika makin dimanja makin lemah daya kekautan ibu2 tersebut untuk 'meneran'. Mungkin bagi mereka, mereka telah melalui pengalaman tersebut dan tidak menjadi satu masalah besar sehingga perlu melayan dengan layanan yang 'istimewa'. Jururawat2 yang bertugas juga perlu melayani bukan seorang dua ibu2 bersalin tetapi berpuluh2 dalam masa 1 syif kerja. Bayangkan dalam masa seminggu...atau sebulan..atau setahun..Mereka telah melihat pelbagai jenis kelahiran atau 'reaksi' dari ibu2 yang bersalin. Mungkin pada mereka, tiada apa yang perlu diberikan perhatian melainkan mengikut apa saja prosedur yang telah ditetapkan mengikut keadaan ibu2 yang bersalin.
Dulu, mungkin jika kita ke hospital swasta kita akan mendapat layanan seperti 'raja' kerana kita mampu untuk membayar lebih untuk mendapatkan keistimewaan tersebut. Tapi sekarang, keadaan tidak sepert dulu lagi kerana semua orang sudah mampu untuk mendapatkan khidmat di hospital swasta. Jadi keadaan di hospital swasta juga sudah bertukar menjadi seperti hospital kerajaan kerana jumlah pesakit makin bertambah dan tiada lagi layanan istimewa untuk kita seperti dulu. Jika inginkan keistimewaan yang sama terpaksalah kita ke hospital yang lebih esklusif dan lebih mewah dengan membayar harga/fee yang cukup mahal.
Berbalik pada ibu2 bersalin tadi, jika yang bersalin itu lelaki, adakah kita rasa doktor lelaki akan memberikan layanan yang sama?? Adakah lelaki2 tersebut akan berpendapat bahawa doktor wanita yang lebih baik layanannya berbanding dengan doktor lelaki?? Faktor kesamaan jantina juga harus diambil kira kerana ianya mempengaruhi cara layanan di antara kita. Bukan menyebelahi mana2 pihak, tetapi doktor wanita seharusnya ditugaskan menjadi doktor bersalin dan mereka harus cuba memberikan sedikit 'kelembutan' kepada ibu2 yang sedang 'meneran' atau semasa 'menyeluk' untuk mengukur 'bukaan'.
Sebaik2nya, ada gandingan di antara doktor lelaki&wanita semasa proses tersebut supaya masing2 boleh memantau cara kerja masing2.
No comments:
Post a Comment