"Nampak tenang tetapi belum tentu di dalam tidak bergoncang" Itu lah yang mampu diungkapkan tentang UMNO Terengganu sekarang ini, di bawah kepimpinan Dato' Ahmad Said.
Semua orang tahu bahawa Dato'Ahmad Said adalah MB pilihan Sultan Terengganu yang telah diminta untuk menerajui kerajaan negeri menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh. Pada waktu itu, dikhabarkan calon2 lain yang tersenarai pendek adalah Dato' Mohamad Awang Tera dan Rosol Wahid. Ketiga2 calon tresebut mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri melalui rangka sokongan komuniti yang berbeza.
Dato' Mohamad Awang Tera dilihat sebagai calon yang lebih 'soft&tender' peribadinya dan teliti dalam setiap perancangannya, selari dengan latarbelakang beliau dari dunia perniagaan&korporat.
Rosol Wahid dilihat sebagai 'bayangan' Dato' Seri Idris Jusoh yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat Terengganu di sebelah utara untuk terus menyokong UMNO. Perwatakan beliau yang sederhana dan selari dengan tugasan beliau sebagai S/U UMNO Negeri mampu menyatupadukan pelbagai phak yang berbelahbahagi selepas penolakan Dato' Seri Idris dai jawatan MB dan pelantikan Dato' Ahmad sebagai MB Terengganu yang baru.
Berapa ramai sekalipun yang menyokong Dato' Seri Idris, atau yang menyokong Dato' Ahmad, atau yang setia dengan Rosol Wahid, ataupun yang tetap menyokong Dato' Mohamad, sebagai rakyat negeri Terengganu yangsetia dengan Sultan, mesti menerimapakai bahawa MB Terengganu yang kita ada adalah Dato' Ahmad Said. Buruk baiknya itulah MB kita. Sokong atau tidak itulah MB kita. Benci atau sayang itulah MB kita. Terima atau tidak itulah MB kita.
Sepatutnya percanggahan diambil sebagai daya kekuatan sesebuah kumpulan. Kekuatan dan kelemahan masing2 diambil sebagai penguat kepada kekuatan kumpulan. Semua emimpin2 tersebut sepatutnya berganding bahu bersepakat membentuk satu kumpulan pemimpin yang kuat untuk menerajui kerajaan negeri.
Buanglah perselisihan yang ada Buanglah keegoaan yang ada demi kesejateraan rakyat.
Ini adalah sesuatu yang baik untuk pengurusan kerajaan negeri kerana kita tidak boleh lari dari konsep perniagaan dalam semua perancangan kerajaan. Projek2 di bawah kerajaan negeri harus dilihat dari konteks kacamata seorang korporat supaya percaturan pelaburan yang dibuat lebih menguntungkan kerajaan negeri dan pada akhirnya rakyat akan mempersoalkan jika ada kerugian atau kehilangan duit kerajaan negeri di dalam sesuatu projek.
Konsep perancangan atau 'Planning' mestilah juga ditaksir dari sudut 'project management' supaya setiap projek itu mematuhi garispanduan yang 'standard', berdaya maju, bersesuaian dengan kehendak rakyat dan yang paling penting boleh disambung oleh generasi akan datang. Kita tidak mahu ada projek2 yang bertaraf 'gajah putih' yang terpaksa dibuat demi untuk memenuhi kehendak pemimpin. Keegoaan seorang pemimpin harus ada batasnya dengan mengambilkira faktor2 luaran lain dan yang paling penting mendapatkan nasihat dari pihak yang lebih 'pro' dan 'jujur'. Pembangunan Bandar2 Baru amat bagus untuk rakyat tetapi pelan pembangunannya haruslah juga mengambilkira keperluan2 'standard' dan mengikut spesifikasi2 yang telah ditetapkan oleh amalan2 yang 'standard'.
No comments:
Post a Comment