Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Saturday, July 3, 2010

Tahniah Buat Dato' Ahmad Said

Pejam celik dh hampir 3 tahun Dato'Ahmad Said memegang tampuk MB Terengganu. Tahniah diucapkan kepada Dato' kerana berjaya mengekalkan tampuk pimpinan sebagai MB walaupun pelbagai cabaran/dugaan semasa baru2 memegang jawatan tersebut.

Mungkin hingga ke hari ini, masih ramai lagi pemerhati2 politik yang cuba membuat perbandingan di antara Dato' Ahmad dan Dato' Seri Idris Jusoh, mantan MB. Ada juga yang merangka perancangan jika calon2 MB yang tersenarai dulu seperti YB Dato' Mohamad Awang Tera atau YB Rosol Wahid yang menjadi MB sekarang ini. Apa pun perbandingan atau perangkaan yang dibuat, pastinya ada perbezaan kerana masing2 mempunyai cara yang tersendiri di dalam menguruskan halehwal negeri.

Jika kita melihat dari sudut negatif maka sudah pasti kita akan nampak apa yang negatif tetapi jika kita mempunyai tahap rasional yang tinggi, maka penilaian harus diambilkira dari pelbagai sudut dalam menilai keberkesanan kepimpinan Dato' Ahmad dalam menguruskan negeri Terengganu. Hingga ke saat ini, kita boleh melihat bahawa Dato' Ahmad telah memenuhi hampir keseluruhan skop kerja beliau dalam pelbagai bidang yang memerlukan perhatian beliau. Namakan saja dari sudut mana atau dalam bidang apa, beliau telah memberikan perhatian/fokus yang nyata supaya apa jua permasalahan dapat di atasi dengan jujur dan saksama.

Permulaan cabaran adalah untuk menafikan dakwaan bahawa dengan terlantiknya beliau sebagai MB maka daerah Besut/Setiu akan menjadi 'anak tiri' kerana dijangkakan beliau akan memberi perhatian hanya pada daerah Kemaman, tempat asal beliau. Beliau telah membuktikan sebaliknya melalui program2 pembangunan yang terlalu banyak di salurkan ke daerah Besut/Setiu pada permulaan era pimpinannya. Ini telah berjaya meredakan sedikit ketegangan yang timbul setelah isu pelantikan beliau sebagai MB menggantikan Dato'Seri Idris.

Cabaran seterusnya adalah sukan kerana kebetulan Terengganu telah terpilih sebagai tuan rumah Sukma pada 2008. Beliau sendiri adalah seorang ahli sukan dan banyak terlibat dengan program2 belia&sukan semenjak permulaan kerjayanya lagi sebagai pegawai belia&sukan daerah Kemaman. Jadi cabaran tersebut adalah bagai 'burung pulang ke sarangnya' dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terbukti, di bawah kepimpinan beliau, Terengganu berjaya menjadi tuan rumah dan juga berjaya menjadi Juara Keseluruhan Sukma 2008. Kejayaan ini amat membanggakan seluruh rakyat negeri Terengganu dan kejayaan ini diteruskan lagi dengan pelbagai lagi kejayaan yang dicapai oleh atlit anak Terengganu di persada kebangsaan dan antarabangsa. Pelbagai program galakan & insentif diberikan kepada atlit yang berjaya. Kemudahan2 sukan dipertingkatkan di seluruh negeri. Di bawah kepimpinan beliau, boleh dilihat pertambahan program sukan, riadah & rekreasi yang lebih komersil dan 'extravaganza' memasuki negeri Terengganu dengan matlamat untuk memajukan industri sukan sebagai daya tarikan pelancongan ke negeri ini.

Sebutlah apa jenis sukan sekalipun, anak Terengganu telah mampu menyerlah di peringkat negara dan antarabangsa. Dato'Ahmad sedar bahawa untuk berjaya di dalam sukan mesti mempunyai kemudahan sukan yang setanding dengan negara lain. Ini dapat dilihat dengan pelbagai stadium2, trek2, lapangan2, padang2 baru dan gimnasium2 yang telah dibina diseluruh negeri. Amatlah banyak jika ingin disenaraikan kejayaan anak2 Terengganu di persada sukan di bawah kepimpinan beliau tetapi yang jelas cabaran/tugasan tersebut telah terlaksana dengan jayanya.


Sekali lagi Tahniah buat Dato' Ahmad Said MB Terengganu !!

No comments:

Post a Comment