Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Monday, July 12, 2010

Nota Untuk Abang

“ Ke hadapan abang,

Abang, Nor tidak tahu nak buat apa-apa apabila membaca nota yang abang tinggalkan. Mulut Nor jadi bisu, lidah Nor jadi kelu, kaki Nor jadi kejang dan dada Nor jadi sebak tak menentu. Nota abang telah membunuh seluruh diri Nor yang abang kenali.

Abang, Nor mengumpul seluruh kekuatan untuk menulis nota ini kepada abang kerana Nor tidak pernah terfikir yang abang akan berbuat seperti ini, meningalkan Nor dan anak-anak begitu saja. Nor tidak pernah bersedia untuk ini bang. Sumpah! Selama ini bagi Nor suami Nor adalah abang da dunia Nor adalah abang serta anak-anak kita. Yang lain tidak pernah bertakhta di hati Nor. Kerja Nor, jawatan Nor atau apa saja yang Nor ada semuanya untuk keluarga kita bang. Terus terang Nor katakana, jika suatu hari abang minta Nor lepaskan semuanya dan tumpukan pada keluarga, Nor sanggup bang. Nor redha dan bersedia bila-bila masa saja.

Abang, apa yang telah Nor berikan pada abang dan anak-anak itu adalah tanggungjawab Nor. Nor tidak pernah menganggap ianya satu pengorbanan besar yang harus Nor berikan tetapi adalah untuk kebahagiaan kelaurga kita. Abang bahagia Nor pun bahagia. Anak-anak bahagia Nor lagi cukup bahagia. Apalah ada pada wang ringit yang Cuma sementara tu bang, lambat laun habis juga. Abang kan sudah kenal Nor begitu lama, Nor bukannya orang yang suka memakai barang-barang kemas, intan berlian yang mahal-mahal, cukuplah apa yang ada dan apa yang abang lihat pada diri Nor. Abang tahu tak, rantai yang abang belikan untuk Nor dulu itulah yang paling Nor suka dan hargai walaupun Nor tahu harganya bukan lah mahal tetapi itu adalah hadiah dari abang dan Nor cukup-cukup hargai.

Abang, kita sudah bersama buka sehari dua kita bukan baru kenal semnggu dua tetapi sudah hamper 20 tahun bang. 20 tahun bukannya waktu yang singkat bang, anak-anak kita dah besar panjang dah. Mungkin esok lusa kita akan dapat menantu dan mungkin selepas itu kita akan menimang cucu. Kita dah semakin tua dah bang..kita sepatutnya lebih matang dalam soal-soal seperti ini. Bukannya dengan membuat keputusan seperti ini.

Abang, Nor tidak sekali-kali menyalahkan abang. Tidak pernah Nor rasa marah dengan tindakan abang kerana Nor faham apa yang dirasai oleh abang. Nor dah kenal siapa abang. Nor dah masak sangat dengan perangai abang. Nor tahu abang seorang terlalu baik dan terlalu pemurah. Sebab itu lah abang sentiasa menjadi mangsa keadaan dan orang-orang yang ingin menginiaya abang. Nor tahu juga cerita sebenar yang berlaku bang. Nor tahu dan Nor dah selidik duduk perkara sebenarnya. Nor yakin ramai orang mengambil kesempatan di atas kebaikan abang dan kejujuran abang. Nor tahu abang selalu mengalah bila ada yang tidak berpuashati bila timbul soal-soal duit. Nor tahu abang tidak sampai hati bila ada yang meminta pertolongan dari abang walapun abang sendiri tidak mampu untuk memberi.

Abang, Nor tahu pasal kes tanah ladang tu. Nor tahu masa jualbeli abang telah serahkan semuanya pada broker tapi broker tu yang berlaku tidak jujur dengan tuan tanah dan akhirnya abang terpaksa mengganti balik duit yang hilang itu. Bukannya abang dapat komisen dari jualan tanah tersebut tapi abang terpaksa pulak mencari duit lain untuk gantikan duit yang telah di curi oleh broker tersebut. Namanya Sahak kan bang? Nor tahu bang sebab Nor pun boleh berfikir dan Nor boleh juga mencari maklumat. Apabila Nor tahu saja pasal perkara ini, terus Nor menyiasat. Bukan niat Nor untuk mencampuri urusan kerja abang tetapi Nor terpaksa buat untuk mempertahankan maruah abang apabila dituduh mencuri.

Tapi yang paling sedih sekali ialah bila Nor tahu dari En Dollah yang abang mengalah dalam kes itu sebab abang tahu yang Sahak terpaksa mencuri sebab nak bayar kos rawatan mak dia di Hospital Selayang. Betul kan bang? Abang rela mencari duit lain sebab abang lihat sendiri kesusahan Sahak mengubati peyakit mak dia waktu itu. Abang sanggup dituduh mencuri dan mengganti duit tersebut demi serang kawan yang abang pun baru kenal. Nor masih ingat bila abang nak mintak tolong dari Nor masa tu, Nor Tanya nak buat apa duit ni, tetapi abang tetap berkeras untuk tidak membeitahu cerita sebenarnya. Abang sanggup menutup malu seorang kawan dan sanggup membantunya di saat dia susah. Nor tahu bang..Nor tahu..

Abang, Nor tahu abang merasa cukup sedih apabila orang yang selalu abang tolong tidak pernah mah membalas jasa budi baik abang. Apabila abang susah dulu, tiada seorang pun yang sudi menolong abang. Masa abang mengganggur mencar kerja tiada yang sudi membantu membuka peluang kepada abang untu mencari rezeki. Waktu itu Nor tah abang cukup rasa terseksa kerana terpaksa merayau mencari kerja dan pernah juga Nor diberitahu abang terpaksa merayu pada kawan-kawan abang untuk menolong abang mendapatkan kerja. Nor tahu abang bukannya seorang yang begitu penting jenis kerja sebab abang tak kisah kerja apa yang penting dapat duit yang halal untuk keluarga. Nor tahu abang buat macam-macam jenis kerja masa tu. Abang pernah kerja angkat barang untuk dihantar ke pelabuhan kan? Abang pernah bawak teksi waktu malam kan? Abang pernah tolong buat tender kawan abang kan? Abang pun pernah jual ikan dekat pasar borong hari jumaat kan? Nor tahu macam-macam kerja abang buat dan Nor merasa cukup-cukup bangga dengan abang kerana abang sanggup buat semua tu untuk keluarga. Nor tak pernah rasa malu bila ada kawan-kawan Nor bagitau pada Nor yang abang buat kerja seperti itu. Nor bangga mempunyai suami seperti abang!

Abang, kemewahan hidup adalah sementara saja bang. Itu yang abang ajar pada Nor dulu dan Nor sentiasa ingat. Abang banyak mengajar Nor tentang reality hidup yang kadang-kadang Nor sendiri tak pernah terfikir. Abang bagitau Nor tentang apa yang berlaku disekeliling dan jika Nor tersalah cakap pasti abang akan diam sekejap dan selepas itu barulah abang bagitau apa yang tak kena. Abang ajar Nor cara nak berkawan dengan kawan-kawan sekerja Nor, abang bagitau cara berjiran dengan tetangga kita, abang ajar Nor tentang politik, tentang ekonomi dan banyak lagi yang Nor belajar dari abang. Abang tau tak, apa yang abang bagitau Nor dan Nor sampaikan pada kawan-kawan Nor ramai yang terpegun dan hairan macam mana Nor bleh tahu banyak perkara. Nor Cuma boleh senyum bangga, suami saya yang bagitau!!

Abang, terlalu banyak yang ingin Nor catatkan dalam nota ini untuk abang supaya abang tahu bahawa Nor belum dan tidak bersedia untuk semua ini. Nor harap abang akan pertimbangkan kembali keputusan yang telah abang buat kerana bagi Nor yang penting adalah diri abang. Nor sentiasa bersyukur kerana dianugerahkan Tuhan dengan sebuah perkahwinan, seorang lelaki yang bernama suami dan anak-anak. Apa lagi yang perlu Nor harapkan dalam hidup ini. Duit boleh kita cari walau sebanyak mana sekalipun tetap takkan sama dengan nikmat sebuah perkahwinan dan sebuah keluarga yang sempurna. Nor harap abang pulanglah bila abang sudah bersedia dan Nor sedia menunggu walau selama mana sekalipun. Nor sudi menunggu abang. Tentang anak-anak usahlah abang bimbang, tahulah Nor terangkan pada mereka.

Abang, usahlah gundah usahlah bersedih, Nor akan tetap di sini menanti kepulangan abang. Rumah tangga kita akan Nor jaga sebagaimana yang abang tinggalkan dan ia menunggu kepulangan tuannya yang abadi. Nor harap waktu yang abang habiskan apabila berjauhan akan abang manfaatkan untuk mengingati kenangan-kenangan sewaktu kita mula-mula berkenalan, berjumpa, bercinta, bertunang dan berkahwin. Lihatlah gambar-gambar kita sewaktu dulu supaya abang akan merasai apa yang Nor rasa. Semoga abang akan mendapat kekuatan untuk kembali dan bersama-sama kita tempuhi apa jua rintangan yang ada.

Abang, akhir kata Cuma Nor ingin sampaikan pada abang semenjak abang pergi, Nor Cuma ada bantal peluk yang selalu abang guna sebagai peneman Nor untuk tidur malam dan baju jaket yang abang selalu pakai ketika sejuk itulah juga yang Nor pakai ketika Nor merindui abang.

Sekian saja, semoga abang merasai apa yang Nor rasa dan abang pertimbangkan apa yang Nor katakana. Kembalilah dengan hati yang terbuka. Nor dan anak-anak sentiasa menanti dengan doa semoga abang selamat walau di mana saja.

Sambutlah salam ampun maaf dari Nor dan anak-anak.

Wassalam.

Yang ikhlas,

Nor “

No comments:

Post a Comment