Rentetan dari tulisan yg dibuat tentang isu penurunan subsidi atau kenaikan harga barang tempohari, Menteri KPDNKK telah membuat kenyataan yang sama di akhbar mengakui bahawa kerajaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengawal harga barangan yang tidak berada di dalam senarai Barang Kawalan.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pengguna akan sentiasa tersepit di antara kehendak kerajaan dan ketetapan peniaga di dalam isu harga barang ini. Kerajaan terpaksa menurunkan subsidi tetapi peniaga perlu menaikkan harga barang untuk mengimbangi kenaikan kos disebabkan kenaikan harga barang kawalan. Jika semua barangan berada di dalam senarai Barang Kawalan sekalipun, kemampuan kerajaan untuk mengawal semuanya pada setiap masa boleh dipersoalkan. Pihak peniaga akan terus menekan kerajaan supaya harga siling dinaikkan sejajar dengan kenaikan harga barang. Hampir keseluruhan kuasa ‘kawalan barang’ terletak di tangan peniaga dan yang tinggal Cuma kuasa membeli di tangan pengguna. Kempen jualan murah hanyalah promosi yang bermusim dan bukannya sepanjang masa.
Keadaan ini banyak memberi kelebihan kepada penduduk di bandar2 besar di mana mereka mempunyai banyak pilihan dari segi kedai borong, pasaraya, emporium, ‘supermarket, ‘hypermarket’ atau pasar borong yang berada di sekitar kawasan mereka. Ini memberikan satu persaingan sihat untuk menarik pelangan dengan berlumba2 memberikan tawaran harga yang terbaik dengan kualiti barang yang memuaskan.
Bagaimana dengan nasib penduduk kampong atau yang tinggal di bandar2 kecil yang tidak mempunyai banyak pilihan untuk membeli barang? Mereka terpaksa membeli pada harga yang ditawarkan tanpa boleh membuat tekanan kepada peniaga. Jika ingin membuat pilihan terpaksa pergi agak jauh dan mungkin tidak padan dengan kos pengangkutan. Mereka tidak mempunyai pilihan selain apa yang ada berdekatan.
Golongan inilah yang harus mendapat perhatian dari kerajaan dan merekalah yang layak mendapat kemudahan subsidi dari kerajaan.
No comments:
Post a Comment