Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Sunday, July 25, 2010

Teknologi Lampu Kereta Mewah - Hati-hati memilih!

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifatnya yang suka mengkut perkembangan terkini dalam dunia teknologi dan seboleh-bolehnya akan cuba menjadi 'perintis' apabila menggunakan sesuatu barangan berteknologi tinggi. 

Demikianlah yang berlaku dalam kes pengggunaan lampu bahagian hadapan kereta di mana ramai yang berlumba2 untuk memasang lampu 'putih' atau 'white lamp' pada kereta mereka supaya kelihatan setanding dengan kereta2 mewah yang lain. Kita mesti berhati2 tentang pemasangan lampu putih ini kerana sebarang kesilapan boleh membawa padah pada pengguna jalanaya yang lain.

Penggunaan lampu2 jenis ini adalah sebenarnya didatangkan khas bersama kereta yang berjenama mewah yang siap-pasang sebelum dibawa masuk ke negara kita. Namun ianya menjadi 'trend' atau ikutan bagi kereta2 yg kurang mewah apabila melihat kecantikan lampu2 tersebut apabila di pasang pada kenderaan. 

Lampu2 ini dikenali sebagai lampu HID (High Intensity Discharge) dan mempunyai beberapa kategori seperti  3000K (berwarna kuning dan keemasan), 4500K( lampu halogen biasa dan sedikit putih), 6000K(berwarna putih dan kekuning-kuningan), 8000K( berwarna putih dengan sedikit biru atau ungu) dan 10000K(berwarna biru, merah jambu atau ungu). Lampu2 ini, disebabkan mempunyai 'high intensty discharge' sebagaimana namanya, maka suhu lampu tersebut adalah tinggi dan memerlukan satu sistem untuk mengawal suhu serta langkah2 keselamatan yg tersendiri.

Lampu2 HID mempunyai banyak kelebihan berbanding lampu2 halogen biasa kerana cahaya yang dihasilkan oleh lampu HID ini adalah lebih halus dan sangat mudah untuk diserap oleh mata kita apabila memandang tepat ke cahaya tersebut. Ini menyebabkan kita tidak akan mengalami sebarang gangguan apabila memandu kenderaan pada waktu malam dan bertembung dengan kenderaan yang memasang lampu HID di hadapan kita. Saraf mata kita akan memberikan tindakan yang lebih positif kerana cahaya tersebut mampu diserap dengan baik. Kelebihan yang kedua adalah disebabkan suhu yang tinggi terhasil di dalam kotak lampu maka tiada wap2 air terbentuk di dalam kotak lampu tersebut semasa kita memandu di dalam hujan atau awal pagi disebabkan kabus dan sebagainya. Ini menyebabkan cahaya lampu boleh dipancar terus tanpa ada biasan disebabkan oleh pembentukan wap air di muka kotak lampu. Kelebihan ketiga adalah penjimatan tenaga boleh dijamin melalui penggunaan lampu2 HID dan boleh memanjangkan jangkahayat bateri kenderaan.

Jika ada dakwaan bahawa lampu2 HID ini amat merbahaya kepada kenderaan lain apabila memandu disebabkan oleh masalah mata silau atau 'membunuh' pandangan pemandu kenderaan yang bertembung, ini adaah disebabkan kurangnya pemahaman pengguna tentang teknologi lampu HID ini. Bukan niat penulis untuk membela pemilik2 kereta mewah tetapi ini adalah kenyataan yang harus diterima tentang teknologi HID. Masalah2 yang dibangkitkan itu adalah benar tetapi perkara2 tersebut timbul disebabkan penggunaan atau pemasangan lampu2 HID yang tidak mengikut spesifikasi pengilang(OEM) atau boleh dikatakan lampu HID 'TIRUAN'. Produk lampu HID yang tiruan inilah yang menyebabkan berlakunya kesilauan mata dan menyebabkan kemalangan. Lampu HID tiruan tidak mampu berfungsi sebagaimana lampu2 HID yang asli yang mengikut spefikasi pengilang(OEM). Lampu2 HID yang asli mesti melalui ujian2 yang ketat dikilang mereka sebelum boleh diuji di kenderaan2 mewah. Kenderaan2 berjenama seperti Lexus, Mercedes Benz, BMW, Toyota, dan sebagainya semestinya mempunyai syarat2 yang ketat sebelum mereka boleh menerimapakai lampu2 HOD tersebut ntuk dipasang pada kenderaan jenama mereka kerana jika berlaku sebarang kemalangan atau bantahan awam, mereka terpaksa mempertahankan jenama mereka, walaupun disebabkan oleh lampu HID. Jadi sudah semestinya, lampu HID terpaksa melepasi ujian2 keselamatan sebelum boleh digunapakai pada kenderaan jenama mereka.

Kelemahan yang ketara yang boleh dikesan tentang produk lampu2 HID yang tiruan ialah kegagalan lampu tersebut mencapai suhu untuk mengeringkan wap2 air yg terbentuk di dalam kotak lampu. Kemungkinan masalah ini timbul adalah disebabkan ketidaksesuain bahan yg digunakan untuk kotak lampu yg tidak mampu menahan suhu yg terbentuk semasa/sepanjang pemanduan. Mungkin kos bahan tersebut adalah mahal dan untuk mempastikan produk mereka boleh bersaing dengan produk yang 'original', maka mereka menukarkan bahan tersebut kepada bahan yg lebih murah dan kurang kualitinya. Ini menyebabkan pancaran/sinaran cahaya yang terhasil tidak 'high intensity discharge' dan mudah terbias oleh molekul2 air yang terbentuk di dalam kotak lampu tersebut. Kegagalan inilah yang menyebabkan cahaya yang terhasil agak kasar dan tidak mampu diSERAP oleh saraf mata apabila bertembung dengan kenderaan di hadapan.

Jika ada cadangan untuk mengharamkan penggunaan/pemasangan lampu2 HID ini oleh pihak kerajaan, penulis ingin mencadangkan agar pengharaman itu dikenakan kepada lampu2 HID yang tiruan. Pihak kerajaan boleh menggunakan akta barangan tiruan di bawah KPDNHK dan juga Peraturan 96(2) Kaedah Kenderaan Bermotor(Pembinaan&Penggunaan) 1959 di bawah kawalan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Kepada pengguna dan pemandu/pemilik kenderaan yang ingin memasang lampu HID, belilah yang 'original' dan mengikut spefikasi2 yg diluluskan, serta astikan kenderaan anda 'compatible' dengan produk yg ingin dipasang. Janganlah kerana mengikut 'trend' atau meniru lagak kawan2, maka anda memperjudikan nyawa org lain. Hati-hatilah bila memilih dan sebaik-baiknya 'Ukurlah Baju di Badan Sendiri'.

2 comments:

  1. tulisan biru, background hitam.. sakit mata gak aku baca blog nih..

    ReplyDelete
  2. Informasi yang you publish ni salah. Tiada istilah HID ni cahaya senang diserap mata. Tiada dalam sains tentang ini. HID tu cahaya bervoltan tinggi yang menghasilkan cahaya bersuhu tinggi. Cahaya dia amat terang dan digunakan oleh kereta mahal / mewah kerana lampu HID ni didatangkan perumah yang akan "limitkan" cahaya dari terbias ke atas. Ia akan terhenti di suatu level contohnya bawah pinggang anda.

    Kalau HID pasang dekat kereta murah, nak nampak rock katanya dia ambil HID sahaja tanpa perumah (cahaya terbiasa ke semua arah) dan akibatnya kereta murah bercahaya putih ini membutakan mata orang lain.

    Tu beza orang yang kurang berilmu mengaplikasikan teknologi. Bila error sikit kereta terbakar, short with voltage tinggi. Selamat beramal. :)

    ReplyDelete