Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Saturday, July 31, 2010

Bila Guru2 Berpolitik

Kementerian Pelajaran telah memberikan lampu hijau kepada semua guru2 untuk berpolitik - aktifkan diri dalam politik secara terbuka. Tetapi samada ini adalah satu berita baik atau kurang baik pada guru2 tidaklah diketahui lagi. Namun, sebagaimana yang kita tahu, rata2 ramai guru2 telah bergiat aktif dalam politik tetapi secara diam2.

Mungkin juga ini adalah satu cara yang terbaik untuk kerajaan menilai siapakah antara guru2 yang menyokong kerajaan dan yang mana menyokong pembangkang. Ini juga boleh menjadi sesi saringan untuk memerangkap guru2 yang menyokong pihak pembangkang. Jika semuanya sudah cukup jelas, maka pihak kerajaan boleh membuat saringan seterusnya tentang isu2 kenaikan pangkat atau gaji kepada guru2. Jika ini menjadi salah satu strategi kerajaan, maka guru2 perlu lebih berhati2 dalam berpolitik di sekolah2.

Kebenaran untuk berpolitik yang diberikan oleh kerajaan ini, dirasakan suatu yang tidak perlu dan tidak menguntungkan kepada falsafah pendidikan negara. Terlalu banyak kontra/keburukan kepada sistem pendidikan negara. Jika berlaku keruntuhan sistem pendidikan negara, yang menjadi mangsa mungkin anak2 kita. Kita mengharapkan mereka pergi ke sekolah untuk menimba ilmu untuk berjaya tetapi akhirnya terperangkap dengan kesibukan guru2 melayani ideologi politik masing2.

Kita tengok pada faktor masa yang dimiliki oleh semua guru di sekolah, adakah mereka mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan sebelum mengajar melalui Alat Bantu Mengajar(ABM) dan nota2 tambahan?? Apakah guru2 mempunyai banyak masa yang terluang?? Apakah guru2 mempunyai banyak masa lapang semasa di rumah?? Apakah guru2 tidak mempunyai program2/kursus2 yg perlu dihadiri semasa cuti sekolah?? Jika di buat tinjauan secara teliti, kita akan dapati jika guru2 benar2 bersifat seorang guru dan hanya memikirkan tugas perguruan, maka pasti mereka tidak mempunyai banyak masa terluang, apatah lagi untuk bergiat aktif dalam politik, kecuali guru2 yg sudah tidak mempunyai 'hati' dengan dunia perguruan.

Kita tengok pula faktor pergaulan di sekolah apabila semua guru2 berpolitik. Apakah guru2 yg pro-kerajaan akan berdamping rapat dgn guru2 yg pro-pembankang??? Pastinya akan ada jurang yg ketara di antara mereka dan ini akan menjejaskan program2 yg terancang di sekolah. Satu komuniti guru yg mesra tidak mungkin akan terlihat di sekolah2 lantaran kecenderungan guru2 pada politik. Tambah lagi dgn ibubapa pelajar2 yg pd masa yg sama juga cenderung dgn politik.Ini akan menimbulkan pertembungan ideologi secara 3 penjuru di sekolah2. Pastinya yg tersepit di tgh2 adalah pelajar2 yg begitu bersemngat untuk belajar.

Kebenaran berpolitik di kalangan guru2 harus dikaji semula supaya dunia sekolah terus menjadi dunia berkecuali dari sebarang ideologi atau fahaman politik. Ditakuti, dgn kebenaran ini akan bermula pula episod2 lain seperti aktiviti2 dakwah dr agama lain utk bergiat aktif di sekolah2 lantaran engambil alasan jika kerajaan boleh membenarkan guru2 berpolitik mengapa tidak dibenarkan gur2 utk berdakwah pd pelajar2. Jika ini berlaku, barulah kita sibuk menunding jari ke semua pihak, menyalahkan org lain tetapi diri sendiri yg silap membuat percaturan.

No comments:

Post a Comment