Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Saturday, July 3, 2010

Pengambilan Guru2 Lelaki Sekolah Kerajaan

Statistik menunjukkan dengan jelas bahawa kita kekurangan guru2 lelaki untuk ditempatkan di sekolah2 kerajaan di seluruh negara. Angka yg ada agak membimbangkan kita kerana mungkin jika tiada tindakan diambil, kebanyakan sekolah hanya dipenuhi dengan guru2 wanita.

Bukan untuk menidakkan keupayaan guru2 wanita untuk memikul beban tanggungjawab menguruskan murid2 dan sekolah tetapi guru2 lelaki mempunyai peranan yg tersendiri yg boleh mengukuhkan lagi pengurusan sekolah dalam menangani masalah2 mutakhir yg semakin berleluasa. Jika di dalam rumahtangga, seorang isteri memerlukan seorang suami, maka begitulah juga di sekolah. Pasti ada hal2 yg tidak dapat tidak memerlukan seorang guru lelaki untuk menanganinya. Mungkin peranan sebagai Guru Disiplin atau Guru Ko-korikulum adalah lebih memerlukan kepada guru lelaki berbanding dengan guru wanita. Namun, masih lagi tertakluk kepada budibicara dan kebijaksanaan Pengetua dalam pengurusan beliau.

Apa yang ingin ditekankan adalah, dalam keghairahan kerajaan, melalui Kementerian Pelajaran, untuk meningkatkan bilangan guru2 lelaki di sekolah2 melalui skim galakan, pengurangan kuota calon2 wanita semasa pengambilan atau kelonggaran syarat2 kemasukan bagi calon2 lelaki, di harapkan objektifnya masih lagi tidak berubah iaitu untuk meningkatkan kualiti sistem pembelajaran di negara kita.

Jika berlaku banyak kelonggaran bagi calon2 lelaki, demi untuk meningkatkan angka bilangannya, maka di takuti akan menjejaskan kualiti guru2 lelaki tersebut apabila berjaya menjawat jawatan sebagai guru. Pihak Kementerian Pelajaran disarankan agar melihat lebih kepada faktor kualiti guru berbanding dengan kuantiti guru yang berjaya diserap. Ini adalah penting kerana seorang guru harus berdamping rapat dengan pelajar2 di sekolah pada setiap masa dan ini memerlukan kualiti guru2 lelaki yg mampu berfikiran rasional dalam membezakan antara seoang guru dengan seorang pelajar. Perbezaan ini harus ada untuk mengelakkan berlakunya perkara2 yg tidak diingini antara guru&pelajar atau salahtafsir jenis hubungan yg ada.

Kita semua maklum bahawa tahap fizikal&matang para pelajar sekarang amatlah luarbiasa dan kadang2 melampaui jangkaan ibubapa sendiri. Ini lebih memudahkan lagi salahtafsiran hubungan antara guru2 lelaki dan pelajar tersebut untuk berlaku.

Bukanlah niat ntuk meruntuhkan kepercayaan masyarakat kepada guru2 lelaki yang sedia ada kerana memang tidak dinafikan bahawa guru2 lelaki yang sedia ada cukup berdedikasi, jujur dan beramanah di dalam menjalankan tanggungjawabnya tetapi ada segelintir yang kurang rasional penilaiannya terhadap pelajar perempuan semasa menjalankan tugas dan mereka inilah yang telah merosakkan susu sebelanga. Mereka kadang2 lupa betapa besarnya harapan ibubapa pelajar kepada masa depan anak2 mereka dan senatiasa mengharapkan guru2 akan menjadi pelindung/pembimbing/pendidik/penasihat/pengajar kepada anak2 mereka.

Lantaran itu, kita tidak mahu pihak kementerian terlepas pandang akan isu kualiti guru lelaki apabila memikirkan soal kuantiti yang perlu ditingkatkan. Dicadangkan agar pihak kementerian melakukan beberapa tahap saringan yang melibatkan tahap IQ dan juga EQ supaya guru2 lelaki terlebih dulu dinilai tahap psikologi dan keadaan mental sebelum menjawat jawatan guru. Adalah dicadangkan juga, agar kadar elaun bagi guru2 lelaki yang berkualiti ini ditingkatkan setimpal dengan pengorbanan mereka dalam menjaga moral para pelajar sekolah dan seterusnya menjana insaniah di kalangan mereka.

No comments:

Post a Comment