Hati cukup teruja dengan Program Imam Muda kerana konsep dan matlamatnya cukup bermakna kepada pembangunan ummah di Malaysia. Pemilihan calon2nya yang cukup teliti boleh dilihat dengan barisan Imam Muda yang terpilih yang hadir pada setiap minggu dengan tugasan2 yang diberikan oleh Mudir atau Mursyid.
Inilah barisan pemuda yang sepatutnya dimiliki oleh negara kita dengan kualiti jatidiri yang tinggi, berilmu dan berdisiplin. Perwatakan yang diterjemahkan melalui pertuturan yang berhemah dan bacaan Al-Quran yang cukup teratur, membuatkan hati ini begitu cemburu untuk memiliki perwatakan yang sama.
Mungkin juga, muslimah2 di luar sana yang menonton rancangan ini terdetik hatinya untuk memiliki para Imam Muda sebagai suami.
Diharapkan. Imam Muda ini, walaupun terkeluar dari senarai, mempunyai tugasan yang lebih kekal untuk bersama2 dengan masyarakat di luar dan mampu membuat perubahan membina wajah baru membasmi permasalahan yang ada di dalam masyarakat. Terbukti, siapa pun kita, dari latarbelakang apa sekalipun, dalam pekerjaan apa sekalipun, jika kita berusaha memupuk sifat2 seperti seorang Imam, maka kita mampu mengembala komuniti di bawah kita untuk membentuk masyarakat yang lebih dinamik dan Islamik.
Maka bertebaran lah mereka, para Imam Muda, selepas program ini untuk memakmurkan masyarakat. Diharap akan ramai lagi Imam Muda yang berkualiti seperti in dapat dilahirkan sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment