1) Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah
Kepada semua KAWAN – KAWAN / Dear Friends
Saya ingin menyampaikan permohonan bantuan oleh Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, Batu 13, Puchong untuk membantu mereka membayar bil elektrik yang tertangguh dari tahun lepas. Detail adalah seperti dilampirkan.
Puan Azuana, penjaga rumah tersebut memberitahu yang pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah mengeluarkan notis pemotongan sehingga 3 Mei ini. Jumlah tertunggak lebih dari RM5000. Pihak TNB meminta rumah tersebut membayar sekurang-kurang 1/3 dari jumlah tersebut.
Minta jasa baik pihak kawan2 semua untuk membantu seberapa mampu. Sekurang-kurangnya kita dapat mencukupkan 1/3 yang diperlukan.
Salam kepada sahabat -sahabat,
2) Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH
Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.
Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.
Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.
Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.
HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844
Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah
Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH
Maybank :: 562209609000
Tolong lah panjangkan email ini kepada sahabat handai yang lain yang boleh turut serta membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.
3) Pusat Jagaan Siraman Kasih ,Rawang
--Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada kenalan anda yang lain. Semoga usaha kecil kita ini mendapat nilaian TAQWA dari Allah SWT--
Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera
Pusat Jagaan Siraman Kasih merupakan sebuah PUSAT KEBAJIKAN yang menaungi seramai lebih 60 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat. Pusat ini telah diasaskan oleh Pn Hajjah Kamariah Yaakob,seorang bekas guru sekolah kerajaan yang berhasrat menjadikan PJSK sebagai pusat membela kelompok anak-anak kecil yang sebegini.
PJSK juga berperanan sebagai Pusat Pengumpulan dan Agihan Bantuan berupa makanan asas, pakaian serta lain-lain barangan untuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, terutama kepada anak-anak miskin, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain.
Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sebarang bantuan untuk sama-sama menyumbang dan berkhidmat kepada mereka yang sangat memerlukan ini. Sebarang bentuk bantuan kewangan boleh di buat atas nama RUMAH SIRAMAN KASIH. Akaun Maybank 562012003129.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Pn Hajjah Kamariah Yaakob: 016-331 3546 atau fakskan ke nombor 03-6733 1690.
"Semoga usaha kita ini di nilai oleh Tuhan serta menjadi amal jariah yang berkekalan dan mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti."
No comments:
Post a Comment