Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Thursday, December 15, 2011

Wajarkah Air Zam Zam diharamkan Penjualannya?

Perlukah Pengharaman Penjualan Air Zam Zam?

Tanpa Ada nas Dan dalil yang tepat Dari Al Quran Dan Hadis, orang ramai tidak perlu meminta kerajaan supaya mengharamkan Penjualan air Zam Zam samada Dari segi syarak atau undang undang negara.

Walaupun air Zam Zam adalah air yang suci bagi umat Islam yang dianugerahkan kepada Nabi Ismail di Kota Mekah, Dan ianya adalah percuma di Kota Mekah, ini tidak bermakna ianya tidak boleh dijualbeli di Malaysia. Kita harus melihat Dari sudut kos kos yang terlibat untuk membawa air Zam Zam ke negara kita di mana sudah tentu kos pengangkutan harus diambilkira. Jika semua pihak memberikan khidmat percuma untuk membawa air Zam Zam ke Malaysia maka amat patutlah jika ianya diberikan secara percuma tanpa ada jualbeli.

Mengharamkan jualbeli air Zam Zam di Malaysia samalah seperti mengharamkan perniagaan menghantar umat Islam untuk menunaikan umrah atau haji ke Mekah kerana jualbeli itu berlaku disebabkan oleh kos kos yang terlibat samada di Malaysia atau di Arab Saudi Dan semua kos kos tersebut harus diambilkira.

Mungkin kita harus melihat Dari sudut yang lebih beradab iaitu air Zam Zam itu adalah percuma pada asasnya, tetapi yang perlu dibayar adalah lain lain kos yang terlibat untuk membawa air Zam Zam ke Malaysia Dan harga yang perlu dibayar sepatutnya tidaklah membebankan pengguna/pembeli.

Mungkin jika Pengharaman ini dibuat di Kota Mekah agar wajar kerana kerajaan Arab Saudi memberikannya secara percuma kepada penduduknya Dan juga tetamu yang datang.

Kita mungkin boleh mengambil contoh jika di kampung kita di Malaysia, Ada sebuah perigi yang memberikan bekalan air kepada semua penduduk di kampung tersebut Dan perigi tersebut telah dibina oleh penduduk kampung secara gotong royong sejak zaman berzaman. Adakah wajar Ada pihak yang menjual air perigi tersebut kepada penduduk yang inginkan bekalan air perigi? Adakah wajar Ada pihak yang mengenakan caj untuk air perigi tersebut? Sememangnya tidak wajar kerana perigi tersebut adalah milik penduduk kampung Dan semua penduduk berhak untuk mengambil air dar perigi tersebut secara percuma. Tetapi, jika ada penduduk yang tidak mampu untuk pergi mengambil air Dari perigi tersebut atas apa jua alasan, dia boleh juga menyuruh orang lain untuk pergi mengambil air di perigi tersebut Dan orang itu boleh mengenakan upah untuk kerja mengambil air. Jadi ini bermakna air perigi yang asalnya percuma sudah bertukar menjadi 'Ada harga' disebabkan oleh upah yang dikenakan oleh orang yang pergi mengambil air Dari perigi tadi. Adakah salah jika orang yang mengambil air mengenakan upah disebabkan tenaga dan juga peralatan yang digunakan? Adakah ini bermakna Ada jualbeli air perigi yang sememangnya percuma itu?

Konsepnya adalah sama kepada apa yang berlaku kepada air Zam Zam di mana bukan semua orang mampu ke Mekah Dan mendapatkan air Zam Zam. Adalah tidak logik jika ingin mendapatkan sebotol air Zam Zam tetapi terpaksa ke Mekah dan membayar harga seperti orang yang ingin menunaikan umrah atau haji. Ianya harus dilihat sebagai upah kepada pihak yang telah berusaha untuk membawa balik air Zam Zam untuk kegunaan umat Islam di Malaysia Dan bukannya satu bentuk perniagaan atas sesuatu barangan yang terlalu suci pada umat Islam.

No comments:

Post a Comment