Tindakan Drastik Yang Harus Dipertimbangkan BN
Jika BN benar benar ingin membuat transformasi untuk rakyat, maka BN harus mempertimbangkan beberapa langkah yang agak drastik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kepimpinan yang ada sekarang ini adalah kepimpinan yang mempunyai jiwa politik yang baru dan mampu membawa negara ke alaf dunia baru, berbanding dengan BN yang hampir kalah dalam PRU 12 yang lalu.
Di antara langkah langkah yang harus dipertimbangkan dengan serius adalah:
1. Mengelakkan DS Rosmah Mansor dari menjadi fokus kontroversi rakyat melalui penampilan yang sederhana dan tidak ketara;
- beliau harus mengikut contoh isteri TPM yang langsung tidak terlibat dalam mana mana agenda yang boleh menimbulkan kontroversi atau cakap-cakap politik pihak pembangkang atau rakyat yang sentiasa menghidu sebarang kesilapan yang telah, sedang Dan bakal di lakukan
- persepsi bahawa Malaysia mempunyai 2 orang PM harus diubah dengan cepat kerana ianya menunjukkan bahawa seorang PM tidak mampu membuat keputusan sendiri atau gagal mengawal tindak-tanduk isterinya sendiri, apatah lagi mengawal sebuah negara
- persepsi sebuah keluarga yang bahagia dan tiada sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan tatasusila Islam dan Melayu
2. Isu NFC mesti ditangani dengan segera melalui kaedah pengstrukturan semula;
- kerajaan harus menyokong laporan audit negara bahawa ada kesilapan dalam pentadbiran NFC
- keluarga DS Sharizat harus dijauhkan dari NFC walaupun mereka berada dipihak yang benar kerana rakyat Akan tetap melihat NFC sebagai kroni BN dan nepotisme masih lagi wujud dalam BN
- geran RM250 juta yang diperuntukkan kepada NFC harus diagih agihkan kepada semua negeri negeri yang ingin menjalankan bisnes dengan konsep yang sama seperti NFC( contohnya RM25juta setiap negeri), di mana kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengawal selia syarikat tersebut
3. UMNO mengubah struktur organisasinya melalui penggubalan perlembagaannya dengan memisahkan jawatan Presiden UMNO dan PM Malaysia;
- Presiden UMNO dan PM Malaysia adalah dua orang yang berbeza di mana Presiden UMNO Akan hanya mentadbir/bertanggungjawab atas UMNO sahaja manakala PM akan mentadbir Malaysia
- Pemisahan entiti ini akan memujudkan satu situasi "check&balance" di antara parti UMNO dan kerajaan, di mana parti mempunyai ruang yang luas untuk mengkritik, menambahbaikan, mencadangkan, memperbaiki Dan memajukan pihak kerajaan yang dilantik oleh parti
- Presiden UMNO mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ahli UMNO di semua peringkat, cawangan, bahagian, negeri, Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja UMNO supaya menjadikan pentadbiran kerajaan kukuh Dan man tap
- PM cuma menfokuskan kepada perancangan pelan kemajuan negara tanpa memikirkan akan apa jua ketidakstabilan sokongan kepada mereka kerana parti akan sentiasa menyokong mereka
- Akan mewujudkan komuniti pimpinan yang lebih besar kepada UMNO berbanding sekarang kerana bilangan yang ingin menjadi pemimpin terlalu ramai di dalam UMNO yang kadang kadang mencetuskan konflik sesama sendiri Dan seterusnya memecahkan perpaduan parti
4. Melaksanakan industri sumber makanan halal secara lebih drastik supaya harga, kualiti, tahap halal dan kuantiti mencukupi untuk keperluan rakyat melalui penubuhan syarikat syarikat di bawah tanggungjawab kerajaan Dan geran bantuan kewangan;
- menubuhkan Ladang Ayam Negara supaya negara mempunyai bekalan ayam yang cukup untuk keperluan Orang Islam di Malaysia dan boleh dieksport pula ke negara lain
- menubuhkan Syarikat Perikanan Laut Dalam Negara supaya bekalan ikan mencukupi untuk keperluan dalam negara sebagai keutamaan yang utama
- menubuhkan Syarikat Sayur Negara supaya keperluan sayuran mencukupi untuk keperluan dalam negara
5. Memberikan gambaran yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan atau parti UMNO tidak pernah menentang Hukum Hudud sebagaimana yang Ada di dalam Al Quran, malah akan memberikan sokongan kemasukan Hukum Hudud ke dalam sistem undang undang negara tetapi pelaksanaannya memerlukan kesesuaian masa yang tepat setelah seluruh umat Islam di Malaysia mempunyai kekuatan Dari segi ekonomi, rohani, jasmani, sistem prasarana yang cukup, sistem pembelajaran yang kemas dan tahap pengetahuan/pemahaman agama yang cukup;
- supaya isu Hudud tidak lagi menjadi permainan politik pembangkang
- supaya kerajaan dilihat lebih Wasatiyyah dalam menangani permasalahan umat Islam di Malaysia
6. Melaksanakan sistem kawalan yang cukup cukup ketat Dan efisyen untuk warga negara asing Dan pendatang tanpa izin(Pati) supaya keselamatan rakyat Dan negara lebih terjamin walaupun terpaksa mengorbankan industri pelancongan dan pendidikan negara;
- supaya rakyat negara asing tidak membanjiri seluruh negara atas apa jua alasan yang halal di sudut undang undang tetapi pad a hakikatnya mencari jalan untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang undang negara
- supaya rakyat Malaysia tidak terasa seperti berada di negara asing di negara sendiri
- mengharamkan rakyat asing menjalankan perniagaan secara sewenang wenangnya atau bebas berniaga dan hak untuk berniaga hanya menjadi milik Dan hak mutlak rakyat Malaysia
- supaya kadar pengangguran berkurangan Dan lebih banyak peluang kerja untuk rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment