Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, December 13, 2011

Cadangan Pemisahan Entiti Jentera Parti Dan Karajan - iii

Cadangan Pemisahan Entiti Parti Dan Kerajaan-iii 

Sudah beberapa penggal kita dapati ada menteri yang dilantik menjadi menteri melalui pelantikan senator Dewan Negara Dan yang paling banyak contohnya adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, yang menjaga halehwal Agama Islam di Malaysia.

Jadi, adakah calon yang dilantik untuk menjadi menteri di JPM selepas menang pilihanraya adalah calon yang tidak layak menjadi menteri? Adakah sebab kegagalan beliau menjalankan tugas seorang menteri di JPM menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya? Adakah sebarang kaitan atau hubungan di antara kredibiliti sebagai menteri dengan kemenangan atau kekalahan dalam pilihanraya? Adakah calon calon pilihanraya memenangi pilihanraya disebabkan oleh parti atau kredibiliti calon itu sendiri?

Inilah senario yang mesti ditangani oleh kepimpinan parti Demi kesinambungan pemerintahan boleh berterusan. Menteri yang mempunyai ciri ciri yang tepat sebagai menteri Dan telah menunjukkan keupayaannya semasa menjadi menteri harus dikekalkan dan diberi an peluang seluas luasnya untuk memegang jawatan sebagai Menteri dalam kabinet kerajaan. Semakin lama khidmatnya pasti juga bermakna semakin luas pengalamannya dan seharusnya mampu membawa imej yang baik sebagai menteri kepada rakyat Dan juga orang luar. Menteri menteri yang telah menunjukkan kemampuan mereka dengan berkesan harus dikekalkan dan tempoh jangka hayat pentadbiran mereka tidak seharusnya ditentukan oleh undi rakyat di dalam pilihanraya. Menteri mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menerajui sesebuah kementerian Dan berkait langsung dengan pentadbiran rakyat. Tugas ini memerlukan skil, keupayaan, ilmu, jatidiri, minat yang mendalam, pandangan yang luas, komitmen yang tinggi, dedikasi dan kesungguhan yang jitu untuk memandu sesebuah kementerian ke landasan yang tepat untuk kemajuan negara Dan kepentingan rakyat. Mereka perlu berhadapan dengan media setiap masa Dan mesti bersedia untuk menjawab atau bertindak jika timbul sebarang permasalahan rakyat. Adakah mampu pada masa yang sama mereka terpaksa memikirkan juga tentang rakyat di kawasan mereka sebagaimana Ahli Parlimen yang lain? Walaupun seseorang menteri mempunyai struktur organisasi bantuannya sendiri, seperti S/U Sulit, S/U Akhbar, S/U Politik, S/U Parlimen, S/U Kementerian Dan Timbalan Menteri,tetapi rakyat di kawasan beliau pastinya ingin melihat Menteri sendiri sebagai wakil rakyat mereka untuk sentiasa bersama dengan mereka dalam apa jua program yang dianjurkan atau berjumpa sendiri dengan Menteri tersebut atas sebarang kesulitan yang memerlukan bantuan.

Senario inilah yang telah banyak Kali memakan diri wakil rakyat aka Menteri  kecuali di kawasan kawasan yang memang menjadi kubu kuat parti. Kita mempunyai ramai Menteri Menteri yang berkaliber tetapi terpaksa pergi disebabkan kekalahan di dalam pilihanraya. Pada waktu yang sama Kita juga tidak mempunyai ramai calon Menteri yang mampu menggalas tugas mentadbir Hal ehwal Agama Islam yang sememangnya kerusi yang panas Dan sensitif. Kita juga tidak mempunyai ramai calon Menteri yang berkaliber dalam bidang sains, teknologi dan inovasi untuk menerajui negara ke era teknologi tinggi. Begitu juga dalam bidang Pertanian & Perikanan Dan industri. Ramai Menteri Menteri yang diberikan jawatan sebagai menteri di mana mana kementerian, terpaksa meminati bidang yang diberikan kerana berdasarkan lantikan Dan bukannya kerana keupayaan mereka sebagai individu. Bagaimanakah sebuah kementerian mampu bergerak maju dengan jayanya jika Menteri yang menerajuinya bukan orang yang 'pakar' dalam bidang kementerian tersebut? Apa akan jadi kepada bidang pertanian negara jika Kementerian Pertanian diterajui oleh seorang Menteri yang langsung tidak berminat dengan dunia pertanian?

Cuma kita sedikit bernasib baik lagi kerana mempunyai beberapa Menteri yang begitu synonym dengan kementerian yang diterajuinya iaitu seperti Menteri Belia & Sukan, Menteri Kesihatan, Menteri Penerangan Dan Menteri Kerjaraya. Bakat, minat Dan ilmu yang mereka miliki telah banyak membantu kementerian mereka menjadi kementerian yang efektif kepada negara. Secara logiknya, seorang doktor perubatan memang sesuai menjadi Menteri Kesihatan; seorang jurutera amat sesuai menerajui Kementerian Kerjaraya Dan Kemudahan Awam;seorang yang berjiwa sukan amat sesuai menjadi Menteri Belia Dan Sukan; seorang yang berpendidikan agama/penceramah/pendakwah amat bersesuaian menjadi Menteri di JPM menjaga halehwal agama Islam.

Sudah tiba masanya untuk kita mempertimbangkan cadangan supaya seorang Menteri harus dilihat sebagai pentadbir Dan bukannya sebagai ahli politik Dari kepimpinan parti. Sudah tiba masanya, kepimpinan parti hanya mentadbir parti supaya lebih ramai ahlinya, lebih mapan perpaduannya Dan lebih sistematik pengurusannya. Sudah tiba masanya rakyat diberikan kuasa dan suara secara berterusan sepanjang pemerintahan parti dan tidak hanya terhenti di peringkat pilihanraya semata mata. Sudah tiba masanya, parti Dan kerajaan menghormati satu UNDI Dari seorang rakyat yang mengundi untuk sebuah demokrasi. Sudah tiba masanya, kita memberikan makna yang baru kepada erti demokrasi demi rakyat, bangsa, agama Dan negara yang tercinta.

No comments:

Post a Comment