Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Sunday, December 11, 2011

Sumber Makanan 1Malaysia

Apakah Kedai Rakyat 1Malaysia memberi kesan yang positif kepada ekonomi rakyat?

Apakah yang diperlukan oleh rakyat sebenarnya?? Adakah kedai yang boleh memberikan harga barangan yang murah untuk ketibaan harian seperti KR1M? Jika benar, apa yang berlaku pada supermarket atau hypermarket yang ada di Malaysia sekarang ini? Adakah harga barangan di hypermarket mahal Dari KR1M??

Sebenarnya mempunyai kedai atau pasaraya atau supermarket atau hypermarket memang bagus kepada rakyat sebagai pengguna kerana mereka mempunyai banyak pilihan Dan harga Akan lebih kompetitif. 

Tetapi mampukah kita mengadakannya di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak ? Mampukah Mydin mengadakan semua kemudahan tersebut tanpa dilabel sebagai kroni kerajaan?

Langkah terbaik sebenarnya adalah kerajaan mesti memastikan sumber makanan yang ada di Malaysia mencukupi Dan di bawah kawalan kerajaan. Apabila sumber makanan mencukupi Dan mural harganya, maka rakyat akan tidak lagi terbeban dengan kenaikan harga barangan seperti sekarang ini. Kerajaan mesti melihat kepada makanan yang diperlukan oleh rakyat atau yang dibeli secara harian seperti ikan, ayam, telur, daging, Sayur sayuran, bawang, minyak masak, gula Dan gandum. Barangan inilah yang mesti dikawalselia oleh kerajaan supaya harganya tidak mengalami kenaikan mendadak yang Akan membebankan rakyat. Barangan barangan lain tidak menjadi kerisauan bagi rakyat kerana mereka juga mempunyai perancangan belanjawan bulanan sendiri, kecuali yang bekerja sendiri.

Mampukah Mydin menjual ayam dengan harga yang murah sebagaimana harga siling kerajaan? Bagaimana dengan telur atau sayur atau gula?

Jadi kerajaan mesti membina Dan menerajui industri sumber makanan yang halal, murah, berkualiti Dan mencukupi bekalannya untuk rakyat jelata. 

Kerajaan mesti mempunyai:

1. Syarikat Ayam Daging&Telur Negara
2. Syarikat Perusahaan Ikan Laut Dalam Negara
3. Syarikat Sayuran Negara
4. Syarikat Gula Negara
5. Syarikat Gandum Negara
6. Syarikat Daging Halal Negara

Jika kita mempunyai semua sumber makanan halal yang cukup- berkualiti, harga murah, bekalan cukup, sistem logistik yang baik, maka kita sebenarnya tidak memerlukan KR1M disemua kawasan, cukup sekadar di tempat2 yang strategik sahaja.

Rakyat cuma mahukan barangan makanan harian yang halal, murah, berkualiti Dan 'available' di tempat mereka pada setiap masa Dan ketika.

Inilah yang dinamakan Sumber Makanan 1Malaysia!!!!!

No comments:

Post a Comment