Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, December 13, 2011

Cadangan Pemisahan Entiti parti Dan Kerajaan - iv

Cadangan Pemisahan Entiti Jentera Parti Dan Kerajaan-iv

Kita turut menyaksikan bagaimana perubahan positif yang berlaku kepada MCA apabila Presidennya tidak lagi mempunyai apa apa jawatan dalam kabinet. 
Beliau mempunyai lebih ruang untuk menfokuskan kepada pentadbiran parti dan mencari formula formula terbaik untuk mengembalikan MCA ke zaman kegemilangannya setelah kehilangan taringnya dalam PRU12.  Permasalahan yang berlaku ekoran  dari krisis perpecahan kepimpinan adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil berat secara sepenuhnya tentang perpaduan parti Dan kehendak ahli ahli. 
Semua pemimpin pada waktu itu, mengambil mudah akan permasalahan yang ada kerana begitu yakin bahawa ahli tidak akan sama sekali memberontak jika timbul sebarang ketidakpuasan hati dikalangan ahli.
Sejarah keputusan pilihanraya PRU12 telah menunjukkan bahawa kehendak ahli tidak boleh dipandang ringan kerana kesan ya amatlah berpanjangan jika ahli ahli memberontak dan mengambil keputusan untuk membelakangi parti dalam pilihanraya.
Namun, Presiden MCA telah berjaya mengembalikan perpaduan di dalam parti walaupun terpaksa mengorbankan jawatan Menteri kabinetnya.
Apakah suara beliau hilang atau tenggelam setelah tidak berjawatan Menteri kabinet? Apakah beliau hilang penghormatan dari ahli ahli MCA apabila tiada jawatan Menteri? Apakah kredibiliti beliau tercalar sebagai Presiden Parti tanpa jawatan Menteri?
Apa yang berlaku mutakhir ini menunjukkan bahawa parti MCA telah pulih dan menunjukkan perubahan yang cukup positif Dan bersedia untuk mencabar parti pembangkang yang turut mewakili kaum cina di Malaysia.
Ini menunjukkan satu bukti bahawa Pemisahan Entiti Kepimpinan Parti Dan Kerajaan adalah satu jalan penyelesaian yang terbaik kepada senario politik negara Dan bakal menjamin kesinambungan kepada parti BN untuk terus memerintah negara.
Begitu juga yang berlaku kepada MIC, di mana selepas DS Samy Vellu meletak jawatan sebagai Presiden MIC Dan memberikan laluan kepada Dato G Palanivel, berlaku perubahan yang lebih positif kepada penerimaan kaum India terhadap MIC. Apabila DS Samy Vellu berada di luar kerajaan, beliau mempunyai ruang yang cukup luas untuk memantapkan perpaduan ahli MIC yang ada disamping menambahkan lagi ahli ahli baru tanpa banyak halangan sebagaimana semasa mempunyai jawatan dalam kerajaan. 
Kita perlu berani membuat perubahan seperti ini dan sekaligus memberitahu ahli ahli parti bahawa perjuangan dalam politik bukan bermakna kita mesti menjadi seorang Menteri dalam kerajaan tetapi apa jua jawatan dalam parti adalah juga medan terbaik untuk kita bersuara Dan yang paling penting suara kita didengari oleh barisan kabinet kerajaan.
Perhimpunan Agung parti, samada UMNO, MCA atau MIC boleh menjadi  medan yang terbaik untuk membahaskan isu isu yang akan disampaikan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.
Sebarang kritikan, cadangan, penambahbaikan atau arahan boleh disampaikan secara telus semasa perhimpunan tersebut kerana semuanya datang dari ahli ahli parti dan seterusnya kepimpinan parti akan membawanya kepada kerajaan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
Apabila ini berlaku, maka perhimpunan agung yang diadakan mempunyai erti yang lebih bermakna kepada ahli ahli kerana di situlah ahli ahli boleh menyuarakan apa jua hasrat atau kehendak tanpa ada halangan/tapisan Dan bukannya sekadar sebuah perhimpunan agung yang mengikut tradisi parti.
Setiap cawangan atau bahagian membawa masalah masalah yang belum lagi dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan Dan yang memerlukan tindakan segera oleh kerajaan yang mana rakyat Akan merasa cukup terbela apabila mendengar masalah kawasan mereka diperbincangkan dengan adil di dalam perhimpunan agung Dan kerajaan mesti mengambil perhatian Dan tindakan yang sewajarnya.
Perbahasan semasa perhimpunan Akan menjadi lebih proaktif kerana ahli ahli parti menyuarakan apa jua cadangan kepada kerajaan Dan kerajaan mesti mendengar Dan memberikan jawapan. Kegagalan memberikan jawapan bermakna ahli ahli berhak untuk mencadangkan kepada parti supaya Menteri tersebut ditukar dengan calon yang lebih bertanggungjawab.
Pada waktu yang sama, Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, juga mempunyai tempat untuk menyuarakan lagi hasrat Dan kehendak rakyat iaitu di Parlimen. Ini bermakna, suara rakyat mempunyai lebih banyak saluran untuk diperdengarkan kepada kerajaan tanpa ada sebarang prejudis dari mana mana Wakil Rakyat/ Ahli Parlimen kerana Menteri kabinet senantiasa bersedia untuk memberikan respon kepada permasalahan rakyat yang diutarakan.

No comments:

Post a Comment