Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Friday, December 9, 2011

Cadangan Pemisahan Entiti UMNO/BN Dan Kerajaan

Cadangan Pemisahan Entiti Jentera Parti Dan Kabinet Kerajaan.

Cadangan pemisahan entiti jentera parti Dan pentadbiran negara adalah satu cadangan yang amat baik dan perlu dipertimbangkan oleh kepimpinan UMNO atau BN secara lebih serius demi menjamin kesinambungan pemerintahan parti dan kerajaan.

Maksud pemisahan entiti tersebut adalah parti harus diletakkan sebagai tunjang utama kepada pemerintahan negara dan kerajaan hanyalah terbentuk hasil dari lantikan parti dan bertanggungjawab penuh kepada parti atas semua perancangan Dan tindakan kerajaan.

Ini bermaksud kepimpinan parti Akan melantik sekumpulan ahli parti atau luar parti yang mempunyai kelayakan Dan kredibiliti untuk membentuk barisan kabinet kerajaan untuk memerntah negara. 

Presiden  pada parti tidak harus memegang jawatan ketua kerajaan atau Perdana Menteri Dan begitu juga dengan pemimpin pemimpin parti yang lain dan Golongan kepimpinan parti mesti dipisahkan dari barisan kabinet kerajaan secara total.

PM Dan barisan menteri kabinetnya mempunyai kebebasan untuk mentadbir negara melalui apa jua perancangan Dan pelan tindakan yang difikirkan bersesuaian dengan kehendak rakyat.

Namun kepimpinan parti masih lagi menjadi teras utama Dan diletakkan di kedudukan yang lebih tinggi Dari kerajaan sebagai badan yang memilih Dan melantik barisan kabinet kerajaan.

Objektif Pemisahan entiti parti Dan kerajaan adalah:

1. Membuka ruang yang lebih luas kepada ahli ahli parti untuk menjadi pemimpin kerana kepimpinan akan lebih terbuka samada di peringkat parti atau kerajaan dan ini akan mengurangkan konflik perpecahan disebabkan keghairahan untuk memegang jawatan jawatan tinggi dalam parti sebagaimana yang berlaku sekarang ini;

2. Mewujudkan suasana yang lebih proaktif di antara parti Dan kerajaan yang mentadbir negara kerana parti mempunyai suara untuk mengkritik atau menambahbaikan pentadbiran kerajaan demi kepentingan rakyat tanpa memerlukan kritikan dari pihak pembangkang yang mana rakyat Akan melihat bahawa proses "check&balance" sentiasa berlaku dalam pentadbiran kerajaan untuk kepentingan ahli ahli parti Dan juga rakyat;

3. Pemilihan Barisan menteri kabinet boleh dilakukan melalui proses yang lebih ketat kerana calon yang ingin dilantik mestilah seseorang yang mempunyai keupayaan yang tepat, kredibiliti yang dinamik, berilmu, berpandangan luas, bebas dari sebarang kontroversi, berakhlak mulia, berinovasi tinggi dan sebagainya tanpa perlu menghadkan kepada ahli parti semata mata; Ini akan memperlihatkan kepada rakyat bahawa barisan menteri kabinet yang dilantik adalah orang orang yang terbaik untuk mentadbir negara;

4. Kuasa yang ada pada mana mana individu samada di peringkat kepimpinan parti atau kabinet kerajaan akan dapat dikawal dengan baik secara langsung atau tidak langsung kerana semua pihak mempunyai hak Dan suara untuk menumbangkan sesiapa saja yang melakukan penyelewengan Dan ini Akan mewujudkan suasana pentadbiran negara secara keseluruhan yang lebih adil Dan saksama;

5. Jentera kepimpinan parti Akan lebih fokus untuk mentadbir dan mengawal ahli ahli parti disemua peringkat samada cawangan, bahagian, negeri atau di peringkat Majlis Tertinggi melalui struktur organisasi parti dan ini akan mewujudkan sebuah parti yang kukuh dan mantap;

6. Semua rakyat mempunyai ruang yang lebih luas untuk bersuara Dan seterusnya mampu mempengaruhi apa jua perancangan kerajaan kerana rakyat boleh bersuara melalui saluran parti, sebagai ahli Dan juga sebagai rakyat yang mana jika mempunyai suara yang majoriti dalam parti Akan dapat memberikan tekanan kepada kerajaan sebagai entiti yang dilantik oleh parti;

7. Setiap menteri yang dilantik boleh diarahkan supaya meletakkan jawatan jika gagal menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan apa jua salahlaku atau dikaitkan dengan sebarang skandal/kontroversi yang mengundang kemarahan rakyat hanya melalui arahan kepimpinan parti kepada PM;

8. Pemantaun prestasi yang berterusan boleh dilakukan oleh semua ahli parti Dan rakyat kepada semua kepimpinan pentadbiran kerajaan;

9. Barisan kabinet yang lebih berkecuali Akan dapat dibentuk yang mana boleh memberikan layanan yang lebih adil dan saksama dengan peruntukan yang ada kepada semua DUN di semua negeri kerana menteri yang dilantik bukannya seorang ADUN atau Ahli Parlimen bagi mana mana kawasan;

10. Secara langsung ini Akan mewujudkan barisan kepimpinan Tertinggi negara yang lebih besar ahli kumpulannya kerana kepimpinan Tertinggi parti boleh juga menyertai barisan menteri kabinet dalam apa jua perkara yang boleh menentukan halatuju Dan dasar dasar negara berbanding dengan sekarang ini di mana Presiden Parti Dan PM boleh berbincang bersama, begitu juga dengan Timbalan Presiden, Naib Naib Presiden dengan Timbalan PM;

11. Memberitahu kepada rakyat bahawa rakyat masih lagi berada di kedudukan atas mengatasi kerajaan Dan rakyatlah yang melantik barisan menteri kabinet Dan rakyat mempunyai kuasa untuk membuat perubahan yang difikirkan wajar Dan menteri tidak boleh membuat tindakan sesuka hati tanpa mampu disentuh oleh rakyat;

No comments:

Post a Comment