Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Monday, December 19, 2011

Musuh Dalam Selimut Masyarakat

Musuh Dalam Selimut Masyarakat.

Memang pada dasarnya kekuatan sebuah kerajaan banyak dibantu oleh kekuatan kakitangan kerajaan yang bekerja untuk merealisasikan apa jua program pembangunan untuk rakyat.
Tetapi, kerajaan tidak harus melupakan kakitangan sector Swasta yang semakin berkembang Dan jumlahnya melebihi bilangan kakitangan awam. Pekerja di sektor swasta mempunyai lebih banyak kelebihan untuk menumbangkan kerajaan kerana mereka lebih bebas Dari kawalan pengurusan kerajaaan Dan juga mempunyai sumber kewangan yang lebih mapan untuk bergerak maju dalam senario politik negara. Dengan jawatan yang tinggi, gaji yang lumayan, masa yang lebih flesibel, kelayakan akademik yang tinggi Dan dengan personaliti yang menarik, pegawai pegawai Dari sector swasta mampu untuk merubah persepsi masyarakat tentang ideologi politik Dan juga mampu menyokong parti politik yang diyakininya untuk maju ke hadapan.
Faktor sumber kewangan yang kukuh adalah faktor yang cukup penting untuk bergerak atau menggerakkan pergerakan politik di negara kita. Mereka tidak perlu bersusahpayah berniaga seperti ahli politik kerajaan yang lain atau berusaha merebut sebarang kontrak/tender sebagaimana ahli politik yang lain bagi mengukuhkan sumber kewangan mereka.
Yang paling penting, mereka mampu mempengaruhi orang orang bawahan mereka untuk bersama sama menyokong ideologi politik mereka.

Jika diperhatikan sekarang ini, ramai pegawai pegawai syarikat GLC seperti Petronas, TNB, Sime Darby, Felda Global Dan sebagainya yang amat berminat untuk menyertai politik atau memegang jawatan dalam politik. Bagaimana pula dengan syarikat syarikat petrolium atau dalam industri minyak&gas yang lain? Ada yang berbuat demikian secara terbuka Dan Ada yang secara tersembunyi di belakang tabir politik.
Yang cukup merbahaya adalah mereka yang bersembunyi di balk tabir politik tetapi mempunyai ketaksuban yang jitu kepada politik yang diyakininya, iaitu parti pembangkang. Mereka sudah membina satu jalinan rangkaian sokongan untuk membantu parti parti pembangkang melalui apa jua cara. Cara yang paling berkesan adalah membantu penyokong penyokong parti pembangkang untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat mereka. Ini Akan memberikan satu persepsi bahawa walaupun mereka menyokong pembangkang, peluang pekerjaan masih banyak tersedia tanpa memerlukan bantuan Dari kerajaan. Melalui cara ini mereka membina kekuatan jaringan Dan berusaha mempengaruhi masyarakat setempat dengan mengadakan program kemasyarakatan atas nama parti pembangkang. Bayangkanlah, golongan ini menerima gaji bulanan yang cukup tinggi, Dari RM10 ribu sebulan hinggakan puluhan ribu ringgit sebulan. Mereka mempunyai rumah rumah besar, kereta kereta besar, aset aset yang banyak, simpanan kewangan yang banyak yang mana sukar untuk membandingkan dengan sektor awam. Jadi, Cuba kita bayangkan berapa banyak yang mereka mampu sumbangkan kepada parti pembangkang untuk kegiatan politik mereka?

Sudah menjadi trend sekarang ini, Ada kalangan pegawai pegawai tinggi di sektor swasta yang secara tiba tiba mendapat keinsafan, kononnya, Dan mereka menyertai kumpulan kumpulan agama yang dibimbing oleh ustaz ustaz Dan seterusnya menganggap bahawa sudah tiba masanya mereka mesti menyokong parti yang cenderong kepada keagamaan. Maka timbullah semangat dalam diri mereka untuk menabur bakti Dan memberikan sokongan kepada parti pembangkang melalui apa jua cara yang diperlukan, samada Wang ringgit, masa atau tenaga. Mereka Akan hanya melihat Islam Dari perspektif kumpulan mereka sahaja Dan mendapat ilmu hanya Dari ustaz kumpulan mereka sahaja. Ini Akan membataskan ilmu tentang Islam Dari sudut pandangan mereka semata mata.
Golongan ini berkeyakinan bahawa mereka sudah mempunyai sumber kewangan yang cukup, harta yang cukup, jawatan yang tinggi, pekerjaan yang baik, syarikat yang stabil Dan mereka cuma perlu memikirkan tentang bekalan untuk akhirat selepas kematian mereka. Lantas, mereka yakin bahawa melalui penyertaan dalam kumpulan kumpulan agama Dan memberikan sokongan kepada pembangkang yang cenderong kepada Islam, adalah satu kewajipan yang mesti dipenuhi sebagai bekalan ke akhirat.

Persoalan yang menarik yang perlu ditanya kepada golongan ini adalah..apakah akan berlaku perubahan pada mereka jika secara tiba tiba mereka tidak mempunyai pekerjaan Dan jawatan yang dimiliki? Apakah mereka akan tetap dengan pendirian mereka jika secara tiba tiba mereka dapati gaji yang lumayan sudah tiada lagi....atau secara tiba tiba mereka bukan lagi dalam golongan orang berjawatan tinggi dalam masyarakat...atau secara tiba tiba mereka sudah tidak mampu membayar ansuran rumah, kereta Dan sebagainya lantaran kehilangan sumber pendapatan bulanan. Apakah mereka Akan menjadi orang yang sama jika secara tiba tiba mereka menjadi golongan yang tidak berkemampuan dalam masyarakat?

Para penganalisa politik negara perlu melihat kepada golongan ini dan betapa banyak kesannya kepada polar sokongan samada kepada parti pembangkang atau kerajaan. Kita jangan hanya melihat kepada kakitangan kerajaan atau sektor awam yang boleh dinilai sokongan secara mudah, tetapi satu kajian yang lebih terperinci mesti dibuat kepada golongan golongan ini yang hanya wujud dalam sektor swasta sahaja. Jika kita gagal menanganinya, di khuatiri kita Akan terus mempunyai musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan dalam masyarakat kita hari ini.

No comments:

Post a Comment