Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, December 13, 2011

Cadangan Pemisahan Entiti Jentera Parti Dan Kerajaan-II

Cadangan Pemisahan Entiti Jentera Parti Dan Kerajaan- II

Parti masih lagi memilih calon calon untuk bertanding di dalam pilihanraya bagi memilih ADUN & Ahli Parlimen seperti proses sekarang ini.

Cuma pemilihan barisan menteri kabinet hendaklah dibuat melalui satu pemilihan lain oleh parti Dan dilantik ke Dewan Negara sebagaimana yang dilakukan untuk sesetengah jawatan Menteri Kabinet.

Calon calon menteri kabinet hendaklah dibuat berdasarkan kepada faktor faktor yang difikirkan wajar oleh parti seperti faktor kepakaran individu, pengalaman yang luas, tahap pendidikan, kredibiliti, personaliti yang seimbang, cara komunikasi yang baik Dan sahsiah diri yang disenangi oleh rakyat.

Ini adalah kerana barisan menteri kabinet adalah lambang muka depan bagi keseluruhan pentadbiran kerajaan dan sebarang kejayaan atau kegagalan seseorang menteri menjalankan tugasnya akan memberikan impak secara langsung kepada parti memerintah.

Rakyat akan memantau secara terus setiap menteri yang dilantik dan bukannya kepimpinan parti yang melantik. Jika ada sebarang kontroversi atau skandal yang melibatkan mana mana menteri kabinet, ianya Akan menjadi isu hangat kepada rakyat dan pihak pembangkang akan menggunakan isu tersebut untuk menyerang kerajaan. Samada benar atau salah tidak menjadi perhitungan tetapi imej kerajaan parti yang memerintah akan terus tercalar secara langsung. Kesannya akan menjadi cukup pedih jika menteri tersebut adalah Dari kalangan kepimpinan parti yang mana akan memusnahkan terus kredibiliti parti sebagai parti yang dipilih oleh rakyat.

Kepimpinan parti harus diletakkan sebagai tunjang utama kepada pemerintahan atau pentadbiran kerajaan yang mana berkuasa untuk mengkritik, memberi cadangan, menanmbahbaikan, memperbaiki Dan menyuarakan hasrat ahli parti di bawah kepada barisan menteri kabinet yang dilantik.

Ini memberikan lebih kuasa kepada JKKK, ahli parti di peringkat cawangan, Bahagian, Perhubungan Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi parti untuk bersuara kepada pihak pentadbiran kerajaan.

Ini Akan memberikan satu makna baru kepada Demokrasi di Malaysia, di mana rakyat atau ahli parti masih lagi mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan yang mentadbir negara melalui kepimpinan parti, berbanding dengan senario yang Ada sekarang ini di mana kuasa rakyat terhenti pada peringkat mengundi dalam pilihanraya sahaja Dan apa yang berlaku selepas kemenangan pilihanraya bukan lagi dalam bidang kuasa rakyat atau ahli parti. Rakyat hanya melihat demokrasi hanyalah sekadar pilihanraya dan parti parti yang bertanding akan berbuat apa saja semasa pilihanraya kerana bagi mereka tugas berat hanyalah semasa pilihanraya Dan selepas rakyat memberikan mandat kepada mereka, rakyat sudah tidak lagi mempunyai kuasa ke atas mereka. Ini memujudkan pelbagai konflik kerana kerajaan bebas berbuat apa saja setelah mendapat kuasa Dari rakyat Dan rakyat hanya mampu melihat Dan menerima apa saja yang diputuskan oleh kerajaan tanpa boleh bersuara.

Demokrasi seharusnya mampu memberikan kuasa kepada rakyat sepanjang masa kerana rakyat yang memberikan undi kepada calon dalam pilihanraya dan tanpa undi rakyat, mana mana calon tidak akan mendapat mandat untuk memerintah negara.

Secara mudahnya, sebelum Dan semasa pilihanraya, rakyat dilihat sebagai orang yang berkuasa dan ahli ahli politik sanggup membuat apa saja demi undi rakyat tetapi selepas pilihanraya, rakyat kembali menjadi rakyat dan ahli politik berada di peringkat yang lebih tinggi Dari rakyat yang mengundi mereka. Jika semasa pilihanraya mereka sanggup merayu kepada rakyat untuk mengundi mereka tetapi setelah mendapat undi, rakyat pula terpaksa merayu kepada mereka untuk mendapat pertolongan atau bantuan. Inilah makna sebuah demokrasi sekarang ini yang mana rakyat sudah mula membenci Dan inginkan sebuah perubahan.

Perubahan ini hanya akan dapat dilakukan melalui pemisahan entiti parti Dan pentadbiran kerajaan supaya rakyat tetap mempunyai suara sepanjang masa pemerintahan parti atau kerajaan yang dipilih oleh mereka.

Rakyat Akan berlumba lumba menjadi ahli parti kerana suara mereka akan menjadi lebih kuat apabila menjadi ahli parti kerana boleh disuarakan melalui mesyuarat JKKK atau mesyuarat Cawangan atau Bahagian Dan sebagainya.

Seorang menteri yang dilantik akan lebih fokus pada potfolio mereka tanpa perlu menagih sokongan rakyat kerana prestasi kerja mereka sentiasa dipantau oleh kepimpinan parti. Mereka juga tidak perlu lagi berlumba lumba mencari kekayaan melalui jawatan menteri yang dimiliki kerana mereka tidak perlu menjaga kepentingan mana mana ahli atau rakyat cukup sekadar dengan gaji yang diterima Dari kerajaan. Ini juga Akan menyelesaikan konflik rasuah dikalangan ahli politik yang boleh mencalarkan jentera pentadbiran negara.

Kesan baik hasil Dari cadangan ini adalah:

1. Melahirkan barisan menteri kabinet yang berwibawa, berilmu, pandai berkomunikasi, mempunyai kredibiliti Dan bersahsiah baik yang boleh dibanggakan oleh rakyat

2. Rakyat Akan terus mempunyai kuasa Dan suara di sepanjang tempoh pemerintahan parti

3. Rakyat mempunyai saluran untuk bersuara Dan mampu mempengaruhi pentadbiran kerajaan

4. Agenda mencari kekayaan melalui politik Akan dapat dikawal sebum menjadi barah di dalam parti Dan pentadbiran kerajaan

5. Kepimpinan parti Akan lebih fokus untuk mentadbir parti supaya menjadi lebih mantap

6. Barisan menteri kabinet Akan lebih fokus dalam tugasan mereka untuk mentadbir negara Dan membawa negara ke era dunia maju

7. Memujudkan hubungan yang lebih proaktif di antara parti Dan kerajaan Dan mampu menjadi instrumen 'check&balance' antara keduanya

8. Lebih ramai ahli parti boleh bergerak ke peringkat pimpinan yang lebih tinggi tanpa Ada batasan kerana ruangnya lebih terbuka kepada mana mana ahli yang ikhlas berjuang tanpa Ada agenda tersembunyi kerana 'agenda mencari kekayaan' mampu dikawal secara berkesan

No comments:

Post a Comment