Harta sepencarian
"kalau kau benci aku hari ni tak apa bro...jangan kemudian hari" kata kata Zaki kuat menyentak perasaan Wardi. Zaki amat perasan dengan perubahan raut wajah Wardi apabila dihujani dengan pandangan dan soalan soalan negetif tentang situasi yang dihadapi oleh Wardi.
Wardi tetap diam dan matanya merenung jauh ke dinding kaca restoren. Sesekali menghirup kopi cappuccino yang mahal setara dengan status restoren hotel Lima bintang di Kuala Lumpur.
"Sememangnya bro secara ikhlas aku tidak mahu syarikat yang kau bina selama ini hancur disebabkan oleh keadaan ini..syarikat kau adalah satu satunya syarikat bumiputera yang mampu pergi jauh selagi esplorasi minyak masih berjalan...." Wardi mengangkat kening memandang tepat ke mata Zaki tanda terkejut.
"Isshhh..takkan la sampai tahap tu bro...come on laa" balas Wardi sambil senyum meleret.
"Bro..kau jangan sangka dia tak boleh masuk ke dalam syarikat kau bro..kalau dia dah mula failkan tuntutan di mahkamah aku yakin dia ada peluang untuk dapat saham dalam syarikat bro..." Zaki Cuba meyakinkan Wardi.
"Kalau dah dapat saham kau tahu lah macam mana bro...dia ada kuasa dalam syarikat...kecik atau besar kuasanya tak penting..tapi dia Akan wujud dalam syarikat kau bro..."
"Aahhh..tak mungkin la bro..aku dah tanya dengan peguam aku...dia dah bagi kepastian yang perkara macam ni tak akn berlaku...kedudukan syarikat tidak Akan terganggu"
"Peguam mana bro? Siapa yang bayaran bro? Takkan dia nak cerita sesuatu yang tak sedap kau dengar bro...come on...he might lose a wealthy client bro..."
" Maybe you need to remind him on Tan Sri Musa Salim case...he lost control of his company...or Flat Group family case...atau yang terbaru kes anak anak Raja Ismail..owner Salford Holdings..."
" Itu semuakan kes penceraian bro...not like mind..."
" Betul..but we are talking about hart sepencarian bro...the base is still the same...yang beza cuma siapa yang menuntut saja....orang yang menuntut will persue to any boundary that allowed by Syariah or Civil Law...up to the limit...kalau ada peluang share company lagi bagus..."
" I'm so sorry if it looks so scary to you but I just want you to think of the other side of this picture..not only the beauty of it..we have to expect the worst case scenario...though I do hope it won't be the case...so sorry..."
"Aku cadangkan kau dapatkan pendapat beberapa orang peguam lain untuk Lebih kepastian...better be prepared la kan..." Zaki melihat Wardi mengangguk tanda setuju dengan cadangannya tadi. Suasana senyap seketika untuk masing masing berfikir tentang langkah yang terbaik.
Syarikat milik Wardi adalah sebuah syarikat kecil yang memiliki ruang perniagaan yang cukup besar dengan nilai kontrak hampir satu bilion ringgit berada dalam tangannya. Pertikaian dengan keluarga mertuanya selepas isterinya meninggal dunia cukup memberikan tamparan hebat kepadanya. Keluarga mertuanya tidak membenarkan Wardi mengambil anak anak yang seramai dua orang tanpa alasan yang munasabah. Sebaliknya Wardi terpaksa membiayai semua kos perbelanjaan keluarga mertuanya setiap bulan. Wardi terpaksa menghantar duit sebanyak dua puluh ribu ringgit sebulan kepada keluarga mertuanya untuk belanja harian, bil bil, ansuran kereta MPV, keperluan sekolah anak anaknya Dan lain lain. Tapi Wardi tak pernah kisah tentang perkara tersebut atas dasar anak anaknya dan tanda kasihnya pada keluarga mertuanya sebagai ibubapa kepada arwah isterinya yang tercinta.
Tapi tindakan keluarga mertuanya , terutama ibu mertuanya dan abang abang iparnya cukup mengecewakan Wardi. Tidak cukup dengan tindakan tidak membenarkan Wardi membawa bersama anak anaknya ke kampung, mereka membuat pelbagai tohmahan mengatakan bahawa kematian arwah isterinya adalah disebabkan oleh perbuatan sihir oleh nya.
Ibu mertuanya juga mendakwa Wardi menggunakan Wang arwah isterinya untuk memajukan perniagaan yang Ada sekarang ini dan dia mempunyai hak ke atas perniagaan Wardi.
Tanpa pengetahuan Wardi, ibu mertuanya telah menuntut Wang pampasan insuran nyawa arwah yang hampir mencecah setengah jut a ringgit Dan Wardi tahu Wang tersebut sudah habis dibelanjakan oleh ibu mertuanya .
Wardi tahu ibu mertuanya inginkan wang dan akan melakukan apa saja untuk mendapatkan wang tanpa mengira apa pandangan undang undang.
Wardi cuma ingin mengambil anak anaknya dari jagaan mertuanya. Jika mertuanya memahami kehendak Wardi, segala keperluan mertuanya pasti akan dijaganya dengan baik kerana ibu mertua adalah ibarat ibu kandung yang wajib dihormati. Wardi cukup tahu semua itu. Tapi dia tidak faham mengapa ibu mertuanya berubah menjadi seorang yang materialistik Dan langsung tidak memahami kehendak arwah dan kehendaknya sebagai menantu. Ibu mertuanya cukup berbeza dengan ayah mertuanya yang lebih lembut dan cukup memahami keadaan Wardi.
Pernah Wardi ingin menampar muka ibu mertuanya semasa dia pergi untuk mengambil anak anaknya tempohari. Kata kata ibu mertuanya cukup kasar dan mengguris hatinya.
"kau jangan pikir boleh ambik budak budak tu..diorang tu anak Saleha..cucu cucu aku...aku nak jaga diorang...baik kau balik saja...dahh..berambus.." . Masih terngiangiang kata kata ibu mertuanya.
"Dah laa Wardi..aku tau kau banyak duit..kau boleh beli samseng samseng kat sini..aku tak takut...kau jangan nak pandai pandai nak ambik budak budak tu...". Abang iparnya juga turut menambah dengan gaya seorang samseng. Abang iparnya juga seorang yang cukup pelik bagi Wardi kerana selama ini dia hidup atas wang yang Wardi kirim setiap bulan. Abang iparnya tidak bekerja hanya duduk goyang kaki saja dirumah. Semua keperluan rumah semuanya dari wang hasil ihsan dari Wardi tetapi cara dia bercakap seolah olah dia seorang yang bertanggungjawab atas keluarga. Cukup pelik dan menjijikkan bagi Wardi sebagai seorang lelaki.
Yang tambah menyedihkan Wardi adalah setakat abang iparnya saja yang tidak bekerja tapi adik iparnya juga tidak mahu bekerja walaupun sudah mampu untuk berdikari. Cukup menyedihkan kerana kedua duaanya sudah berkahwin walaupun tidak mempunyai anak. Wardi Cuba membayangkan berapa ramai yang terpaksa ditanggungnya setiap bulan ditambah lagi dengan ansuran rumah, kereta, bil air dan elektrik untuk dua buah rumah.
Baru sekarang Wardi dapat memahami betapa terseksanya arwah isterinya diperlakukan oleh keluarganya sendiri semasa dia masih hidup. Pernah juga arwah menceritakan bahawa hampir kesemua gaji bulanan akan diambil terus oleh ibunya dan diagih agihkan untuk keperluan ibunya, abang dan juga adiknya. Ibu mertuanya cukup fobia apabila tiba tarikh hari gaji arwah isterinya dan tidak sabar sabar untuk keluar berbelanja.
"Inilah konsep pernikahan dalam Islam....dalam Islam bila kita kawin kita bukan saja kawin dengan isteri tapi dengan keluarganya sekali..dengan maknya, dengan ayahnya,dengan adik beradiknya,dengan semua secara maranya,dengan masalah masalahnya, pendek kata semua suka duka pahit manis yang ada...semuanya dalam satu pakej....." Masih diingat kata kata Tuan Haji Salam, penceramah semasa kursus perkahwinan anjuran Pejabat agama dulu.
"Alamak..terukla macam tu Tuan Haji...berat tu...." Ada juga yang sempat menyampuk dari tempat duduk belakang sambil ada yang ketawa.
" Betul...bukan mudah nak kawin ni..sebab itulah Rasulullah mengingatkan kita supaya mencari calon isteri atau suami berdasarkan keimanan...kesolehan...keturunan yang baik baik...kesihatan yang baik...kemudian barulah rupa paras dan harta kekayaan.....ini adalah sunnah..."
" Saudara dan saudari sekalian...perkahwinan mungkin dilihat sebagai penyelesaian bagi masalah Saudara dan saudari...tetapi hakikatnya perkahwinan cuma menyelesaikan satu saja masalah tetapi pada masa yang sama ianya membuka pintu kepada beribu ribu lagi masalah kepada Saudara dan saudari sekalian..." Agak terkejut para hadirin apabila mendengarnya.
" Dan tugas saudara dan saudari lah sebagai suami atau isteri untuk menyelesaikan masalah masalah yang akan timbul melalui ilmu yang kita ada..berpandukan Al Quran dan As Sunnah...dengan cara musyawarah..berbincang...mintak pendapat orang orang yang lebih tua..Dan sebagainya..."
" Dan kita mesti selesaikan semua masalah masalah yang timbul sepanjang alam rumahtangga kita kerana inilah pengalaman yang Akan mematangkan kita sebagai suami atau isteri.....inilah hakikat hidup berumahtangga.."
" Sebab itulah dinyatakan bahawa perkahwinan melengkapkan satu pertiga lagi kehidupan kita yang belum lengkap itu.....sebab itulah apabila kita membuat kebaikan atau amal ibadah selepas berkahwin pahalanya berganda ganda berbanding dengan sebelum berkahwin.....sebagai tanda hadiah Dari Allah kerana kita sanggup menerima cabaran Dan dugaan untuk menempuh alam rumahtangga...."
Tugas seterusnya bagi Wardi adalah memahami sedalam dalamnya tentang harta sepencarian dari segi perundangan syariah dan sivil supaya dia Akan lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan yang Akan berlaku selepas ini. Sekurang kurangnya dia boleh membuat sebarang persediaan untuk melindungi syarikat yang disayangi itu. Syarikat yang menjadi tunjang kepada keluarganya, adik beradiknya dan teman karibnya. Jika sesuatu berlaku kepada syarikat tersebut, ramai yang akan terjejas ekonominya kerana ramai yang bergantung harap dengan syarikatnya itu. Wardi turut membeli beberapa buku tentang undang undang syariah Dan sivil di samping rujukan di laman sesawang dan blog orang perseorangan yang membuat kajian tentang harta sepencarian.
" Mengikut Hukum Syarak, Harta Sepencarian bermaksud pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. " Wardi membaca dengan penuh fokus untuk memahami setiap patah perkataan yang ada.
" Harta Sepencarian adalah “harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara bersama oleh Suami dan Isteri yang melibatkan harta alih ( wang, kenderaan dll) dan harta tak alih (rumah, tanah, saham dll”). Biasanya isu Harta Sepencarian timbul apabila berlaku penceraian dalam rumah tangga. Suami ataupun isteri apabila berlaku penceraian akan menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah untuk Mahkamah menentukan pembahagian yang patut diterima ke atas harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan sebelum berlakunya penceraian. " Agak rumit juga untuk memahami pengertian bahasa undang undang Dan Wardi membaca sambil mengusap usap kepalanya.
" Mahkamah Tinggi Syariah Perak di bawah bidangkuasanya (Seksyen 50 (3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 hendaklah menentukan pembahagian harta sepencarian yang dituntut mengikut (Seksyen 122(2)(a)(b)(c) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004). "
" Di bawah Seksyen 122(2)(a)(b)(c) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004, Mahkamah hendaklah dalam menentukan pembahagian Harta Sepencarian melihat kepada:
1. Takat Sumbangan - Sumbangan yang telah dibuat oleh setiap pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;
2. Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
3. Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada; "
" Setelah mengambil kira semua pertimbangan-pertimbangan di atas, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang “sama banyak” atas harta sepencarian yang dituntut oleh pihak Plaintif dan Defendan; "
" Sekiranya berlaku “kematian” samada suami atau isteri, di dalam perkahwinan atau setelah berlaku penceraian, pihak suami atau isteri yang masih hidup boleh menuntut harta sepencarian dengan menamakan waris-waris yang menerima harta faraid si mati sebagai Defendan-Defendan. Contohnya seperti berikut :
"A dan B telah berkahwin dan kemudian telah bercerai. A tidak sempat menuntut harta sepencarian dari B selepas penceraian kerana B telah meninggal dunia. Hasil perkahwinan A & B telah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Bapa dan ibu B telah meninggal dunia dahulu sebelum B meninggal dunia. Oleh sebab B telah meninggal dunia, A masih mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian dari waris-waris faraid B"
" Di dalam kes di atas, A hendaklah menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah dengan menamakan waris-waris faraid iaitu anak-anak lelaki dan perempuan sebagai Defendan-Defendan di dalam kes Harta Sepencarian yang difailkan. Setelah Mahkamah membuat keputusan, harta yang telah diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian A dengan B, setelah ditolak bahagian A, baki harta bahagian B (si mati) akan dibahagikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid. "
Wardi merenung jauh ke sudut rumahnya setelah selesai membaca beberapa perenggan yang menerangkan dengan mendalam tentang harta sepencarian. Wardi tidak pasti apakah dia berjaya memahaminya atau sekadar membaca sahaja. Agak rumit juga untuk difahami walaupun ada contoh contoh kes yang pernah berlaku sebagai rujukan. Wardi meneruskan pembacaannya sambil membuka laman sesawang di komputer ribanya.
" Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri. "
" Apa yang jelas, harta sepencarian tidak boleh dianggap sebagai satu aqad perkongsian (al-Syarikah). Ini kerana harta sepencarian dikuatkuasakan melalui perkongsian hasil suami dan isteri. Walaupun ketika aqad nikah wujud satu bentuk aqad, namun ia tidak boleh dianggap aqad bagi kontrak secara langsung menimbulkan harta sepencarian. Ini kerana, ijab dan qabul tersebut hanyalah bertujuan menghalalkan satu pergaulan antara suami dan isteri sahaja "
" Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian telahpun dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai ”carian laki bini”. Misalnya dalam kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian. Malah jika diamati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu."
" Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak."
" Hukum Syarak
Persoalannya kini, adakah harta sepencarian itu diktiraf oleh hukum syarak? Sepertimana disebut sebelum ini, meskipun harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf (adat) dan maslahah setempat. Ini mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur Ayat 32 menyatakan “orang –orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”. Maka apabila sesuatu uruf itu diperakui baik dan sesuai oleh undang-undang kedudukannya, maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Malah ia selaras dengan kaedah fiqh antaranya ialah ”adat yang diakui sebagai hukum” dan juga ”uruf itu diiktibarkan oleh syarak”.
Oleh itu, kini hata sepencarian telahpun dianggap sebahagian daripada undang-undang Islam. Malah Mahkamah Syariah telahpun diberi bidangkuasa khusus dan eksklusif bagi membicarakannya. Ia juga telah diperuntukan dalam semua Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam di setiap negeri dan juga dalam Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Misalnya dibawah Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan. Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidaklah boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
Sumbangan tidak langsung
Namun kini, konsep harta sepencarian telah mula diluaskan termasuk juga harta yang diperoleh suami melalui usahanya sendiri semasa perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Sumbangan tidak langsung bermaksud suatu usaha yang disumbangkan oleh mana-mana pasangan dalam mendapatkan harta itu di mana usaha yang disumbangkan adalah kecil berbanding dengan hasil atau manfaat sumbangan itu yang menghasilkan sesuatu harta yang besar. Ini bermaksud, salah satu pasangan memberi sumbangan secara tidak langsung samaada melalui idea, dorongan, nasihat, keselesaan, ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha dan berjaya dalam mendapatkan harta itu.
Dalam kes Tengku Anum Zaharah, mahkamah memutuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian ialah harta sepencarian hasil daripada sumbangan tidak langsung isteri yang berketurunan berpengaruh. Kesan pengaruh isteri membolehkan suaminya mendapat gelaran Dato’ dan berjaya memajukan perniagaannya.
Tuntutan
Bagi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian. Bagi tuntutan selepas perceraian, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 misalnya memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian apabila mahkamah itu membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. Oleh itu, mahkamah hanya berbidangkuasa membicarakan kes harta sepencarian di mahkamah di negeri di mana perceraian berlaku dan didaftarkan. Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat semasa tempoh perkahwinan.
Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan. Malah Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyebut bahawa sebelum Mahkamah mengesahkan keluar agama, satu perintah untuk membahagikan harta sepencarian hendaklah dilaksanakan. Kedua-dua peruntukan tersebut berkaitan dengan permohonan poligami dan juga keluar agama Islam.
Bagi tuntutan selepas kematian, meskipun tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian sekiranya akibat kematian, namun fatwa negeri Selangor menjelaskan bahawa jika berlaku kematian, maka pihak yang hidup boleh memohon pengisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka. Jadi pihak itu perlu membuktikan bahawa sebahagian harta itu adalah harta sepencarian.
Penyelesaian
Kaedah penyelesaian apabila melibatkan harta sepencarian ialah melalui kaedah sulh iaitu dengan cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut persetujuan. Persetujuan ini boleh dibuat samaada di luar mahkamah atau di hadapan pegawai sulh dan kemudian ianya akan diendors sebagai satu perintah oleh mahkamah. Kaedah lain adalah melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung.
Hakim kebiasaannya akan memberi peluang kepada kdua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama. Maka persetujuan ini akan diendors sebagai satu perintah Mahkamah. Sekiranya kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian, maka mahkamah akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak. Seterusnya mahkamah akan memutuskan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah. "
Wardi cuma mampu termenung untuk memahami semua yang dibacanya kerana ianya di luar bidang pengetahuannya. Terlalu banyak yang ingin ditanya kepada peguamnya. Terlalu banyak persoalan bermain difikirannya. Mahukah ibu mertuanya membuat penyelesaian cara baik melalui kaedah sulh? Bolehkah keluarga mertuanya menerima hakikat penyelesaian luar mahkamah seperti itu? Bolehkah mereka menerima orang luar menjadi orang tengah? Setujukah mereka untuk menyerahkan anak anaknya kepadanya?
Wardi cuma terbayangkan wajah anak anaknya yang masih berada dalam jagaan keluarga mertuanya. Mereka seperti memanggil manggil namanya supaya datang mengambil mereka. Wardi semakin buntu tentang langkah yang harus diambilnya. Langkah yang terbaik buat anak anaknya, keluarga mertuanya dan dirinya.
banyak info...macam baca novel sudah
ReplyDeletewaaa..bang..ni kisah benar ke ni?aduii..ade jugak org mcmni..
ReplyDelete