Majlis Tindakan Daerah
Pengalaman mengadakan satu 'presentation' bagi satu projek yg dicadangkan untuk dibangunkan di sebuah tempat terpencil di satu daerah di Pantai Timur, cukup memberikan satu pengalaman yang bermakna.
'Presentation' tersebut dibuat semasa mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yg biasanya diadakan setiap bulan yg dihadiri biasanya ketua2 jabatan, wakil2 GLC, ADUN2 dan juga Ahli Parlimen(MP) yang dipenegrusikan oleh Tuan Pegawai Daerah(DO).
Matlamatnya memang baik kerana setiap ahli mesyuarat memahami setiap aspek tentang projek yg akan dibangunkan dan memberikan pandangan2 jika ada untuk menambahbaikan projek tersebut sebelum dibangunkan.
Ianya juga bertujuan untuk setiap jabatan memberikan bantuan2 yg diperlukan supaya cadangan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
Namun, ada beberapa perkara yg dapat dipelajari dari mesyuarat tersebut:
1. Daerah tersebut telah banyak pengalaman2 pahit yg teah mereka lalui apabila adanya pelan projek pembangunan seperti cadangan tersebut di mana, banyak pihak yg telah mengemukakan cadangan dan hingga ke majlis perasmian, semuanya kelihatan seperti 'satu projek yg asli' (Genuine Project) tetapi selepas mereka mendapat geran bantuan dari mana2 pihak, samada dari kerajaan, bank atau GLC, semuanya lenyap begitu sahaja, yang tinggal hanyalah kertas kerja atau rangka besi khemah tempat majlis perasmian di adakan.
Kebanyakan projek yg dicadangkan sebelum ini lebih kepada untuk mendapatkan geran bantuan semata2 dan bukannya projek pembangunan yg asli untuk pembangunan daerah.
2. Sistem Bekalan Eletrik dari TNB masih lagi menjadi penghalang utama untuk memajukan apa jua projek di daerah tersebut.
Beberapa projek yg telah dibangunkan sebelum ini, mengalami kesukaran mendapat bekalan eletrik dari TNB dan ada yang mengambil masa bertahun2 sebelum mendapat bekalan.
Ini adalah masalah utama yg perlu ditangani oleh TNB untuk pembangunan daerah tersebut, namun wakil TNB semasa mensyuarat tersebut tidak memberikan sebarang komen/jawapan walaupun beberapa kali dibangkit oleh ADUN2 yg hadir.
3. Tuan Pegawai Daerah yg mempengerusikan mesyuarat tersebut, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Daerah kelihatan begitu komited dan mempunyai keyakinan penuh supaya projek tersebut dapat dibangunkan di daerah tersebut dan beliau akan membantu dalam apa jua bentuk yang diperlukan oleh pihak pemaju projek.
Harapan yg tinggi yang diberikan oleh Tuan DO ADUN2 dan MP yg hadir memberikan kami sedikit tekanan untuk mempastikan projek tersebut dapat dibangunkan dengan jayanya di daerah tersebut.
Projek ini akan memberikan impak yg besar kepada keseluruhan pelan pembangunan ekonomi di daerah tersebut dengan memberikan jenama baru bagi sebuah pekan kecil di kawasan terpencil di daerah tersebut.
Projek ini bakal meletakan nama pekan kecil tersebut di dalam peta dunia kerana buat masa sekarang ini, projek tersebut hanya terdapat di 3 tempt saja di dunia - 2 di Germany dan 1 di Abu Dhabi.
Kami benar2 berharap cadangan projek pembangunan tersebut dapat dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah projek yg asli, jujur menepati kehendak pembangunan rakyat.
No comments:
Post a Comment