Kita teliti lagi tentang saman trafik jalanraya. Setiap hari ada saja kenderaan yg disaman atas pelbagai kesalahan.Saman2 tersebut akan terpaksa dibayar dgn wang ringgit. Satu saman trafik kadar kompaun minima sudah RM300.00. Kalau 10 saman berape ya?? kalau 100..2000..10000...Wow!! Itu sudah berjuta2 ringgit yg berjaya dikutip oleh PDRM/JPJ saban tahun....
Persoalannya ialah adakah kerajaan 'ikhlas' dlm menangani isu keselamatan jalanraya ini? Atau sekadar ingin mengutip kompaun jutaan ringgit daripada rakyat utk dana kerajaan?? Adakah PDRM atau JPJ sudah menjadi entiti yg membuat perniagaan dan menjadi sumber pendapatan kerajaaan??
Cuma yang jelas kelihatan skrg adalah apabila kerajaan menguatkuasakan undang2 lalulintas supaya lebih ketat, lebih banyak saman yg boleh dikeluarkan dan lebih banyak wang kompaun boleh dikutip dari rakyat. Undang2 Jalanraya sudah menjadi sumber pendapatan negara. Adakah kerajaan benar2 'ikhlas' dlm isu ini? Adakah kadar kemalangan berkurangan apabila lebih banyak saman dikeluarkan? Adakah pengguna jalanraya bertukar menjadi lebih berdisiplin apabila lebih banyak saman dikenakan?? Jika benar strategi saman/kompaun sangat berkesan dlm mengurangkan kadar kemalangan jalanraya, mengapa kerajaan membuat kempen diskaun untuk rakyat membayar kompaun/saman yg tertunggak?? Apa kaitan kempen membayar saman tertunggak dgn pengurangan kadar kemalangan jalanraya??Adakah apabila pemandu yg disaman melunaskan semua saman2 tertunggak yg kekadang mencecah ribuan ringgit akan menjamin pemandu tersebut menjadi seorang pemandu yg berhemah??
Di sini yg jelas adalah penguatkuasaan undang2 jalanraya cuma untuk PDRM/JPJ memperbanyakkan lagi pengeluaran saman2 dan seterusnya meningkatkan lagi jumlah kutipan dana kerajaan dan menjadikan PDRM/JPJ penyumbang hasil kutipan pendapatan kerajaan seperti LHDN juga. Adakah kemungkinan kerajaan telah menetapkan target jumlah kutipan yg harus dikutip setiap tahun daripada saman2/kompaun jalanraya kepada PDRM/JPJ??
Di sini jelas kelihatan bahawa kerajaan tidak ikhlas dm menangani isu keselamatan jalanraya kerana lebih mementingkan wang kutipan dari rakyat daripada menyelesaikan faktor2 yg menyumbang kepada masalah kadar kemalangan yg tinggi di jalanraya di Malaysia. Hukuman wang/denda/kompaun bukanlah satu cara yg terbaik untuk menghukum pesalah lalulintas jika kerajaan benar2 ikhlas. Jika benar faktor pemandu memandu laju melebihi halaju maksima jalaraya yg telah ditetapkan oleh kerajaan menjadi faktor utama yg menyumbang kepada kemalangan jalanraya, maka mengapa hanya denda yg dikenakan sebagai hukuman?? Jika seorang pemandu yg memandu 100km/jam di jalan biasa, 10km/jam melebihi halaju yg dibenarkan, mengapa tidak diberikan hukuman lebih dramatik selain dari denda wang ringgit?? Mungkin hukuman kerja2 kemasyarakatan lebih mendidik mereka..atau mungkin kerja2 yg lebih berat utk orgramai lebih mendidik/menyedarkan mereka...kenapa hanya denda wang ringgit yg menjadi keutamaan???
Fenomena ini telah mendidik rakyat untuk berfikir bahawa jika ada wang banyak semua kesalahan tidak menjadi masalah lagi kerana yg penting mampu untuk membayar denda. Inila yg berlaku skrg di mana golongan2 berada/kaya/bisnesman2/bisneswoman2/org politik/org kenamaan/vip2 tetap juga memecut laju dijalanraya tanpa mengira halaju yg ditetapkan. Pada mereka yg penting mereka boleh sampai ke destinasi dgn cepat dan mereka mampu membayar saman2 jika dikenakan saman.
Sudah tiba masanya kerajaan menjadi lebih 'ikhlas' dlm menangani isu keselamatan jalanraya dan bukan sekadr ingin mengutip wang rakyat utk dana pendapatan negara. Cukuplah dgn pembayaran cukai setiap tahun yg tepaksa ditannggung rakyat..cukuplah dgn beban harga barangan yg semakin meningkat yg terpaksa dibayar oleh rakyat...cukuplah dgn tol yg terpaksa ditanggung oleh rakyat...cukuplah dgn situasi yg dibina oleh kerajaan skrg ini utk menekan rakyat - kelaur rumah kena bayar...jalan sikit kena bayar...gerak sikit kena bayar...semuanya duit..semuanya wang...semuanya kena bayar...cukuplah...cukuplahhhh....jika kerajaan ikhlas membantu rakyat...pasti akan timbul suasana rakyat rasa aman/damai bila berada dlm negara sendiri.....jika kerajaan lebih ikhlas...pasti timbul 'BARAKAH' dlm negara sendiri....sejuk hati...bahagia diri..harmoni peribadi.....
Pada kerajaan..ikhlas lah sedikit dlm membantu rakyat sendiri....
No comments:
Post a Comment