Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Thursday, June 23, 2011

Kelab Isteri Taat(Wife Obedient Club)

Dr Rohaya Mohamad


Isu yg menyentuh tentang wanita sekali lagi menggegarkan Negara. Kali ini dengan penubuhan sebuah persatuan/kelab yg dinamakan Kelab Isteri2 Taat (Wife Obedient Club) yang mana telah turut menular ke Sngapura dan juga Brunei.

Kelab ini bukan setakat ‘sensasi’ dengan penubuhannya saja tetapi juga kenyataan yg dikeluarkan oleh kelab tersebut turut menggegarkan seluruh Negara. Kenyataan yg dikeluarkan oleh kelab tersebut, melalui Naib Pengerusinya, Dr Rohaya Mohamad dengan lantang menyarankan supaya semua isteri2 melayan suami mereka seperti layanan ‘pelacur kelas pertama’. Saranan tersebut telah menyebabkan pelbagai pihak memberikan reaksi yg ‘meruap2’ terutamanya NGO2 wanita, majlis agama Islam negeri2 dan juga ahli2 politik. Rata2 berpendapat saranan tersebut telah menjatuhkan maruah wanita kerana menyamakan taraf seorang isteri seperti ‘pelacur’.

Ruangan2 pojok di internet turut mengupas isu tersebut dengan pelbagai alasan2 yg turut sama menentang saranan yang dibuat oleh Kelab Isteri Taat tersebut. Paling terbaru, mufti2 turut mengatakan bahawa saranan tersebut adalah ‘melampau’ dan keterlaluan untuk wanita.

Namun begitu, jika diteliti sedalam2 nya saranan Dr Rohaya itu, maka kita dapat melihat kebenaran dan keikhlasan yg terkandung di dalam saranan tersebut. Ramai yg menentang kerana ‘pelacur kelas pertama’ yg seolah2 menyamakan isteri sebagai pelacur. Ini lah yg disalahertikan oleh banyak pihak. Ini bukan maksud Dr Rohaya tetapi adalah ‘metafora’ bagi menunjukkan tahap kualiti khidmat yg dimaksudkan sebagai yg terbaik dari sudut hubungan batiniah seorang wanita dan lelaki. Bukannya menyamakan taraf seorang isteri dgn pelacur; tarafnya jauh berbeza, ibarat langit dan bumi, antara HALAL dan HARAM. Tetapi demi menunjukkan kepada kita betapa tingggi kualiti yg sepatutnya dimainkan oleh seorang di dalam melayani suami, maka perbandingan ini terpaksa diambilkira. Ini kerana, semua orang tahu akan kewujudan pelacur2 dan kelas2 pelacur yg ada di semua tempat/Negara. Ada yg murah puluhan ringgit kadar caj khidmatnya tetapi ada yg melambung hingga ribuan ringgit hanya untuk khidmat yg sementara itu. Kenyataannya ada lelaki yg sanggup membayar harga yg mahal demi untuk mendapatkan khidmat mereka dan ada juga sanggup menanggung tempat tinggal, kereta, brg2 kemas, jam tangandan wang ringgit sebagai balasan atas khidmat yg diberikan. Persoalannya, mengapakah lelaki sanggup berbuat demikian sedangkan di rumah sudah ada menunggu isteri yg tecinta????

Seorang isteri yg tidak berfikir panjang pasti tidak akan memahami hakikat ini kerana mereka Cuma melihat luaran semata-mata. Bagi mereka, suami adalah hak mereka dan perkahwinan adalah hubungannya. Bagi mereka, Suami kena faham masalah kekurangan isteri sepanjang perkahwinan/rumahtangga. Jarang2 sangat isteri yg berfikir bahawa perkahwinan itu satu nikmat yg besar buat mereka kerana bukan senang untuk seorang lelaki membuat ikrar janji akad/nikah utk menikahi seorang wanita menjadi isteri. Tambah lagi dgn kos majlis pertunangan, kos hantaran, kos kenduri dll yg akan menekan kehidupan seorang lelaki. Berapa ramai wanita yg menangis selepas akadnikahnya?? Menangis bukan kerana sedih tetapi menangis kerana gembira ada lelaki yg sanggup mengambil tanggungjawab sebagai suaminya dan sanggup menanggung segalanya tentang dirinya selepas akadnikah. Cuma yg ada ‘rasa bangga’ kerana suaminya ‘kacak’, bergaya, berjawatan tinggi atau kaya dan hantaran pun tinggi sampai ribuan ringgit!!! Cuma yg ada rasa cemuhan pada yg tidak bertemu jodoh lagi berbanding dgn mereka yg sdah bergelar isteri. Kalaulah mereka dapat merasai bagaimana perasaan perempuan yg belum kahwin lagi walau usia sudah lanjut, tentu boleh menyedarkan meeka tentang betapa bertuahnya nikmat yg Allah berikan kpd mereka.

Jika kita dapat merasai betapa besar nikmat menjadi seorang isteri, maka sudah pasti kita akan senantiasa berfikir dan memikirkan bagaimana untuk membuat yg terbaik utk suami. Kita akan mengkaji apa saja inovasi2 terbaru yg boleh dipraktikkan di rumah supaya suami rasa lebih bahagia, anak2 gembira dan seterusnya rumahtangga aman damai. Isteri yg ‘berfikir’ akan mampu membawa suami dan anak2 turut sama dlm proses ‘brainstorming’ ini utk melahirkan inovasi2 yg terbaik utk keluarga. Antara inovasi yg perlu dipertimbangkan oleh para isteri adalah memberikan khidmat hubungan batiniah dengan penuh berkualiti kepada suami sehingga suami merasakan ‘bagai berada di kayangan’ atau ‘bersama dengan bidadari’.

Adakah sukar untuk isteri menerima hakikat/kenyataan bahawa seorang suami amat memerlukan layanan yg paling baik dari isteri?? Adakah jatuh maruah seorang isteri jika berbuat demikian kepada seorang suami?? Adakah mereka akan menjadi seorang ‘pelacur’ jika berbuat demikian?? Adakah mereka akan menjadi seorang ‘hamba’ jika berbuat demikian??

Dulu2, ayah dan ibu sanggup buat apa saja utk anak2 mereka sehinggakan kdg2 boleh dianggap seperti ‘hamba’ pd anak2. Tapi adakah boleh dianggap demikian?? Ayah ibu sanggup berbuat demikian kerana kasih sayang mereka pd anak2. Ayah ibu tahu betapa besarnya erti mempunyai anak2. Mereka tahu betapa tinggi nilai anak2 sebagai anugerah dari Allah dan disebabkan itulah mereka sanggup berkorban apa saja demi anak2. Apakah jatuh maruah mereka sebagai ibu ayah di mata masyarakat?? Tidak..malahan darjat mereka semakin tinggi di sisi Allah!!!!

No comments:

Post a Comment