Apabila berada dijalanan utk jangka masa yang panjang, melalui jalanraya dan lebuhraya dlm dan memandu berjam2..pelbagai isu bermain dibenak. Yang paling popular adalah isu duit tol, harga petrol yg makin meningkat, kualiti jalanraya/lebuhraya, cara pengurusan trafik dan juga saman2 trafik yg kekadang 'mencuri' budget bulanan kita tanpa kita sedari.
Hakikatnya masih lagi kekal bahawa rakyat memerlukan jalanraya/lebuhraya dan kenderaan sebagai suatu keperluan utama utk bekerja dan rakyat amat berterima kasih kepada kerajaan yang telah berjaya mengadakn semua kemudahan yang diperlukan. Tetapi rakyat amat memerlukan 'keikhlasan' kerajaan dlm menyediakan semua kemudahan2 kepada rakyat. Rakyat perlukan kemudahan infrstruktur/prasarana yg lebih 'ikhlas' dari kerajaan supaya semua prasarana yg tersedia itu bukan lagi menjadi isu2 berbangkit tetapi lebih pada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat, sebagimana yang selalu dilaungkan semasa pilihanraya.
Sebagai contohnya, kita memerlukan sistem jalanraya/lebuhraya yang sempurna, meluas dan efektif tetapi kita tidak mahu terbeban dengan kadar tol yg mahal dan semakin meningkat mengikut kadar konsesi syarikat yg mengendalikan lebuhraya tersebut. Mengapa kerajaan tidak mengambil alih pembinaan/pengurusan lebuhraya melalui entiti2 kerajaan seperti KWSP atau LHDN supaya kadar tol yg dikenakan adalah SIFAR atau yg paling minima, jika ingin dikenakan. KWSP atau LHDN adalah 2 entiti kerajaan yg mempunyai kutipan yg paling tinggi dalam negara dan yg paling penting kutipan tersebut adalah daripada DUIT RAKYAT melalui pembayaran cukai dan tabungan. Mengapa tidak kerajaan gunakan duit yg dikutip daripada rakyat utk menyediakan kemudahan percuma utk rakyat???
Bayangkan jika semua konsesi lebuhraya dimiliki oleh KWSP atau LHDN?? Berapa banyak yg boleh dijimatkan oleh rakyat?? Berapa banyak keuntungan yg mampu dijana utk rakyat?? Adakah rakyat akan marah jika cukai pendapatan dinaik?? Adakah rakyat akan marah jika kadar sumbangan KWSP dinaikan?? Rakyat amat gembira jika ini berlaku kerana kemudahan ini sudah menjadi kemudahan kebangsaan kerana kemudahan ini sudah digunakan oleh semua lapisan rakyat, walaupun dikampung. Adakah ini memudaratkan kewangan kerajaan??? Ianya adalah 'one time investment' dari KWSP/LHDN dan kerajaan boleh membuat persiapan budget mengikut kesesuaian waktu. Bank2 juga tidak perlu memberikan pinjaman yg besar utk menampung kos tersebut atau mungkin tidak perlu membuat pinjaman luarnegara!!!!
Inilah yg dinamakan 'keikhlasan' dari kerajaan. Rakyat perlukan kemudahan dari kerajaan tetapi kerajaan perlulah lebih 'ikhlas' dlm menyediakannya. Jika kerajaan lebih 'ikhlas' dlm menyediakan kemudahan utk rakyat, maka sudah pasti kerajaan akan memikirkan bebanan yg terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menggunakan kemudahan tersebut. Jika KWSP/LHDN yg membina/mengurus lebuhraya utk kemudahan rakyat, maka banyak perkara positif yg akan bermain difikiran rakyat. Paling utama rakyat akan merasakan duit yang mereka sumbangkan kepada dana kerajaan telah dimanfaat utk kemudahan mereka semula. Lebih banyak sumbangan/cukai yg diberikan oleh rakyat, lebih banyak lagi kemudahan yg akan disediakan oleh kerajaan secara percuma atau beban 'free'. Dan jika ada sebarang keuntugan daripada projek kemudahan tersebut, maka sudah pasti keuntungan tersebut akan kembali kepada rakyat sebagai penyumbang dana. Kerajaan mesti memaparkan bahawa setiap ringgit yg dikutip dari rakyat adalh utk memberi kemudahan utk rakyat dan keuntungan akan dikembalikan kpd rakyat. Inilah yg dinamakan 'keikhlasan' dari kerajaan utk rakyat.
Jika kerajaan dianggap IBUBAPA, rakyat adalah ANAK2;Jika kerajaan dianggap GURU, rakyat adalah MURID2. Justeru hubungan ini memerlukan keikhlasan yg berpanjangan supaya lebih harmoni dan tiada buruk sangka. Rakyat memerlukan kerajaan yg lebih ikhlas dan kerajaan memerlukan rakyat yg lebih berterima kasih. Jika kedua2 pihak mampu mengubahnya, tidak timbu lagi isu perubahan kerajaan pd bila2 masa.
No comments:
Post a Comment