Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Monday, June 20, 2011

ASTRO: Sudah Tiba Masanya...

Pahat sudah pun berbunyi...penukul pun dah berlari...masanya sudah tiba untuk ASTRO membuat pertimbangan yg sewajarnya utk kepentingan rakyat jelata sebagai pengguna.

Usahlah mendendangkan lagu kesusahan tentang 'terpaksa menangggung kos penyiaran yg tinggi' atau 'terpaksa membayar harga siaran yg mahal' atau 'kenaikan kos penerbitan' dll yg sememangnya sudah lama diketahui oleh rakyat jelata. Lagu2 tersebut turut sama dirasai oleh rakyat sebagai pengguna.

Sudah tiba masanya ASTRO lebih prihatin kepada rakyat sebagai pengguna. Rakyat ingin memberontak dengan tidak memasang sistem ASTRO di rumah tetapi akibatnya mutu siaran tanpa ASTRO adalah terlalu buruk. Monopoli yg dipraktikkan oleh ASTRO telah menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan selain memasang sistem ASTRO demi mendapatkan siaran yg lebih jelas dan berkualiti. Kadang2 pernah jga terfikir adakah masalah ini adalah salah satu strategi ASTRO untuk memaksa rakyat melanggan ASTRO untuk mendapatkan siaran??? Mengapa dulu, sebelum adanya ASTRO, kualiti penerimaan siaran adalah baik dan berkesan?? Dulu pun rakyat terpaksa juga membayar lesen TV sebanyak RM24.00 setahun (caj bayaran terakhir sebelum dimansuhkan). 

Sekali lagi rakyat menjadi mangsa keadaan, ditambah lagi dgn caj cukai perkhidmatan, dimana kadar paling rendah yg terpaksa dibayar oleh rakyat utk menonton TV adalah RM50.00 bagi sebuah rumah yg mempunyai 1 set ASTRO!!!! Bayangkanlah ASTRO mempunyai pelangan melebihi 1.5 juta seluruh Malaysia???

Sebagai entiti perniagaan, rakyat tidak mampu menghalang ASTRO tetapi jika Malaysia mempunyai beberapa stesen TV berbayar sebagai pilihan, mungkin ianya lebih adil kepada rakyat utnuk membuat pilihan seperti yg berlaku kpd bisnes telekomunikasi skrg ini. Dulu ada kedengaran akan dilancarkan perkhidmatan Cable TV sebagai alternative kpd ASTRO tetapi beritanya senyap begitu saja. Di negara2 lain, rakyat mempunyai banyak pilihan sebagai pengguna untuk membuat pilihan.

Sudah tiba masanya ASTRO menjalankan khidmat sosial kpd rakyat jelata dgn menurunkan caj yg dikenakan dgn memperkenalkan caj paling murah utk pakej asas bagi pengguna yg hanya inginkan siaran semata2 utk siaran TV sahaja. Kadang2 bagus juga bila kita memonopoli pasaran tetapi pada masa yg sama perlu fikirkan yg terbaik dan kos optimum utk pengguna dan bukannya mengambil kesempatan di atas rakyat yg tidak mempunyai pilihan..

ASTRO..sudah tiba masanyaaa...usah menunggu saat akyat memberontak.....

1 comment:

  1. sokong..pasang Astro sebab nak kualiti siaran tv jer sebenarnya sebab setengah hari dah buang masa kerja kat luar.mana de mase tengok tv sgt

    ReplyDelete