Perarakan aman BERSIH 2.0 yg dianjurkan oleh pakatan rakyat pd 99hb Julai 2011 terbukti menunjukan ianya sudah kalah sebelum berjuang. Akibat dari terlalu banyak promosi yg telah dibuat sebelum dari tarikh itu maka kelihatan pihak kerajaan melalui semua agensi2 yg ada telah mengambil pelbagai langkah utk mematahkan/melemahkan semangat penyokong perarakan tersebut. Terlau banyak propaganda yg telah dijalankan sebelum tarikh tersebut. Terlalu banyak tindakan teah dambil oleh pihak kerajaan utk menunjukkan kpd emua rakyat bahawa terlalu banyak impak negetif akan dirasai oleh rakyat jika perarakan seperti ini dibenarkan.
Sementara penyokong2 BERSIH 2.0 beranggapan perarakan secara aman adalah hak mutlak rakyat Malaysia yg dijamin oleh perlembagaan negara, pihak kerajaan yg berkuasa utk memerintah juga mempunyai hak2 yg lebih dulu dilindungi/diberikan oleh perlembagaan kpd mereka utk mempastikan kestabilan/keamanan/kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin tanpa sebarang gangguan dari org lain. Maka pertembungan hak2 inilah yg akhirnya cuma dlm 6 ribu org saja yg keluar utk berarak menyertai BERSIH 2.0 pd hari itu.
Ini jelas menunjukkan bahawa penganjur BERSIH 2.0 telah pun kalah sebelum berjuang. Mereka tidak mempunyai strategi2 alternatif utk menghadapi reaksi2 dr pihak berkuasa. Mereka perlu mempunyai beberapa plan yg boleh digunapakai untuk menghadapi pihak kerajaaan. Mereka telah memberikan terlalu banyak masa kepda pihak kerjaan utk membuat persediaan utk memathkan serangan psikologi mereka sehinggakan RTM sempat membuat/menayangkan iklan sebagai serangan psikologi kpd penganjur BERSIH 2.0. Iklan ini cukup memberika impak kpd penonton dgn memberikan imej yg berbeza kpd BERSIH 2.0; dari imej perarakan menunjuk perasaan ketidakpuasan hati kpd SPR kepada imej aktiviti membersihkan kampung halaman secara bergotong royong. 2 imej yg berbeza ini cukup memberikan satu tamparan kpd minda penonton samada menyertai perarakan haram atau menyertai khidmat masyarakat yg lebih mulia.
Penganur juga membrikan ruang yg terlalu luas kpd pihak berkuasa utk mengatur strategi utk mematahkan serangan secara undang2 yg ada. Penguatkuasaan sekatan jalanraya yg terlalu banyak dan meliputi seuruh negara cukup menyeksa ramai org dan menyusahkan banyak pihak. Apabila rakyat terasa susah, maka akan timbul rasa gelisah dan kesedaran bahawa apa gunanya memporakporandakan keadaan negara yg sedia aman dgn cara yg salah yg boleh menyusahkan org ramai.
Nampaknya BERSIH 2.0 sudah kalah sebelum berjuang..menang sorak tp kampung entah di mana.....
No comments:
Post a Comment