Semalam kita diberikan satu lagi senyuman apabila KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA di lancarkan di Stesen LRT Kelana Jaya oleh PM. Kedai Rakyat ini diurus dan dikendalikan sepenuhnya oleh MYDIN utk menjamin mutu/kualiti barangan yg ada menepati standard pasaran walaupun harganya murah dari harga harga pasaran. Pelancaran kedai rakyat seperti adalah cukup baik jika Mydin mampu menjalankan tugas yg diamanahkan oleh kerajaan dan sentiasa mempastikan harga barangan adalah rendah.
Setakat mana kemampuan Kedai Rakyat 1Malaysia mampu bertahan tidak lah diketahui kerana persaingan yang terlalu banyak dan kos tenaga kerja yg tinggi yg terpaksa ditanggung oleh Mydin. Mungkin ini satu strategi mydin utk mengukuhkan lg perniagaan Mydin dalam industri peruncitan.
Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia mesti dikembangkan tepat ke kumpulan sasar di kawasan luar bandar yg sentiasa dahagakan pilihan barangan dengan harga rendah. Rakyat harus diberikan lebih banyak pilihan supaya harga barangan akan sentiasa kekal 'competitive'. Jenama kedai lain juga patut diberikan tumpuan kerana walaupun berjenama antarabangsa tetapi mereka masih lagi 'ikhlas' dalam memrikan tawaran harga yg terbaik utk rakyat.
Jenama2 seperti GIANT, TESCO, CAREFFOUR , JAYA JUSCO, dll sentiasa memberikan pilihan harga yg amat berpatutan utk pengguna, namun penubuhannya masih lagi tertumpu di kawasan bandar berpendudukan tinggi. Bagaimana dengan kawasan luar bandar jika semua jenama tertumpu ke kawasan bandar?? Bagaimana harga boleh jadi murah jika pasaran dimonopoli oleh satu golongan peniaga saja??Kedai Rakyat 1Malaysia mesti berkembang ke luar bandar jika benar2 ikhlas untuk membantu rakyat.
Rakyat masih lagi mencari2 kedai mana yg boleh dipanggil Kedai Rakyat. Rakyat masih lagi dahagakan kedai yg boleh tolong rakyat dan bukannya sekadar retorik pilihanraya semata2. Jika kerajaan ada keikhlasan dalam isu harga barang ini, maka keseluruhan sistem mesti di transformasikan - bermula dengan harga baja pertanian, makanan haiwan, kawalan harga petrol/diesel, kos tenaga kerja/buruh, bantuan kewangan utk pertanian, bantuan kewangan utk perniagaan borong/runcit, meningkatkan bilangan pemborong bumiputera, menghapuskan monopoli perniagaan oleh mana2 pihak, transformasi sistem peruncitan dan kawalan barangan dari luarnegara yg terlalu murah tapi tidak berkualiti.
Kerajaan harus melihat contoh terbaik dalam melaksanakan konsep Kedai Rakyat kepada kedai KWIK SAVE di United Kingdom. KWIK SAVE adalah kedai yg cukup 'simple' tetapi semua barangan keperluan harian yg ada cukup murah dan pelbagai pilihan. Mereka telah membungkus semula barang2 keperluan di bawah jenama mereka supaya rakyat yg tidak mampu boleh membeli dgn kuantiti yg sedikit dan murah tanpa melupakan soal kualiti.
Kepada kerajaan 1Malaysia, rakyat memerlukan kedai rakyat yang memberikan nilai terbaik untuk setiap ringgit yg dikeluarkan oleg setiap rakyat apabila berkunjung ke kedai. Bermakna, jika kita membawa wang RM1.00 ke kedai, apakah barangan yg boleh kita bawa pulang ke rumah utk keluarga???? Boleh kah kita bawa roti sebungkus dgn wang RM1.00?? Bolehkah kita bawa gula, bawang, beras, suratkhabar, gula2 atau kek?? Apakah nilai RM1.00 semasa kita berada dikedai?? Inilah yg menyeksa rakyat apabila berbelanja membeli barangan keperluan.
Berbanding di UK, jika kita pergi ke kedai KWIK SAVE dengan membawa wang 1 Pound, kita mampu utk membawa balik sebungkus roti, snack, suratkhabar, air tin,gula2, bawang, gula, tepung dan minyak masak!!!! Bayangkan apa yg mampu dibeli oleh 1.00 pound berbanding dengan RM1.00!!!!!!
Inilah sebenarnya yg diinginkan oleh rakyat....Nilai seringgit yg lebih bermakna apabila membeli belah barangan keperluan....Jika kedai rakyat 1Malaysia mampu memberikan seperti itu maka itulah kedai rakyat sebenarnya..kedai rakyat yg tolong rakyat....
No comments:
Post a Comment