Saban waktu berpuluh-puluh website baru dibangunkan untuk ditatap oleh para pelayar internet dengan aroma yang tersendiri cuba memikat pelayar2 supaya menjengah ke website mereka. Apapun tujuan mereka, kebanyakan adalah untuk mencari produk2 yang mutakhir, yang paling murah dan paling berkualiti di pasaran untuk dibeli secara 'online'.
Ada juga mencari barangan terpakai atau 'second hand' dengan harapan dapat membuat tawaran yang baik dengan kualiti barangan tersebut. Urusniaga seperti ini amatlah positif kepada perkembangan ekonomi rakyat kerana produk2 dapat diurusniaga dengan lebih efektif atau 'terus ke pelanggan' tanpa terlalu banyak orang tengah. Pelanggan mendapat harga yang berpatutan manakala peniaga mendapat jualan yang tinggi dengan pasaran yang terlalu luas untuk dikuasai.
Namun, apa yang menyakitkan mata memandang adalah 'modus operandi' yang digunapakai untuk urusniaga secara online ini masih lagi berada ditakuk lama di mana 'pembeli' akan memasukkan duit ke dalam akaun 'penjual', kemudian 'penjual' akan menghantar barangan tersebut. 'Pembeli' kebanyakkan tidak tahu siapa 'penjual' dan kualiti barangan yang bakal dihantar. Semuanya berdasarkan kepada 'percaya&tawakal' semata-mata.
Sebenarnya 'modus operandi' seperti tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang ini kerana tidak meyakin kedua-dua pihak-pembeli atau penjual kerana pada bila2 masa sahaja, atas apa saja alasan, boleh berlaku penipuan/penyelewengan oleh mana2 pihak yang mengakibatkan kerugian dan perbalahan antara penjual dan pembeli tanpa ada pihak yang boleh membantu menyelesaikan kemelut tersebut.
Sudah tiba masanya untuk pihak2 yang berwajib untuk mewujudkan satu mekanisme baru atau 'modus operandi' yang lebih berkesan dan lebih meyakinkan kedua2 pihak-pembeli&penjual untuk berurusniaga secara 'online'. Kita mmerlukan satu kaedah/mekanisme di mana kedua2 pihak mendapat perlindungan jika berlaku sebarang penipuan semasa urusniaga. Kita memerlukan satu jaminan bahawa samada duit atau barangan hanya akan bertukar tangan secara sah apabila kedua2 pihak berpuashati dengan apa yang mereka harapkan melalui urusniaga tersebut.
Jika 'modus operandi' ini dapat diwujudkan, maka sudah pasti jumlah urusniaga secara online akan meningkat secara drastik dan mampu memacu ekonomi negara ke arah sasaran yang lebih baik.
pengalaman saya, pernah beli baju baby tru online..kualiti kain memang hampeh, kunun branded punyer..tapi x bleh tukar balik ler.nasib nasib
ReplyDeleteDraft mekanismenya sudah ada ...cuma sy xtau sape yg boleh membantu membangunkannya utk digunapakai di Malaysia..saber yea..
ReplyDelete