Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman Menyertai Mesyuarat Majlis Tindakan daerah

Majlis Tindakan Daerah

Pengalaman mengadakan satu 'presentation' bagi satu projek yg dicadangkan untuk dibangunkan di sebuah tempat terpencil di satu daerah di Pantai Timur, cukup memberikan satu pengalaman yang bermakna.

'Presentation' tersebut dibuat semasa mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yg biasanya diadakan setiap bulan yg dihadiri biasanya ketua2 jabatan, wakil2 GLC, ADUN2 dan juga Ahli Parlimen(MP) yang dipenegrusikan oleh Tuan Pegawai Daerah(DO).

Matlamatnya memang baik kerana setiap ahli mesyuarat memahami setiap aspek tentang projek yg akan dibangunkan dan memberikan pandangan2 jika ada untuk menambahbaikan projek tersebut sebelum dibangunkan. 
Ianya juga bertujuan untuk setiap jabatan memberikan bantuan2 yg diperlukan supaya cadangan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Namun, ada beberapa perkara yg dapat dipelajari dari mesyuarat tersebut:

1. Daerah tersebut telah banyak pengalaman2 pahit yg teah mereka lalui apabila adanya pelan projek pembangunan seperti cadangan tersebut di mana, banyak pihak yg telah mengemukakan cadangan dan hingga ke majlis perasmian, semuanya kelihatan seperti 'satu projek yg asli' (Genuine Project) tetapi selepas mereka mendapat geran bantuan dari mana2 pihak, samada dari kerajaan, bank atau GLC, semuanya lenyap begitu sahaja, yang tinggal hanyalah kertas kerja atau rangka besi khemah tempat majlis perasmian di adakan.
Kebanyakan projek yg dicadangkan sebelum ini lebih kepada untuk mendapatkan geran bantuan semata2 dan bukannya projek pembangunan yg asli untuk pembangunan daerah.

2. Sistem Bekalan Eletrik dari TNB masih lagi menjadi penghalang utama untuk memajukan apa jua projek di daerah tersebut. 
Beberapa projek yg telah dibangunkan sebelum ini, mengalami kesukaran mendapat bekalan eletrik dari TNB dan ada yang mengambil  masa bertahun2 sebelum mendapat bekalan.
Ini adalah masalah utama yg perlu ditangani oleh TNB untuk pembangunan daerah tersebut, namun wakil TNB semasa mensyuarat tersebut tidak memberikan sebarang komen/jawapan walaupun beberapa kali dibangkit oleh ADUN2 yg hadir.

3.  Tuan Pegawai Daerah yg mempengerusikan mesyuarat tersebut, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Daerah kelihatan begitu komited dan mempunyai keyakinan penuh supaya projek tersebut dapat dibangunkan di daerah tersebut dan beliau akan membantu dalam apa jua bentuk yang diperlukan oleh pihak pemaju projek.

Harapan yg tinggi yang diberikan oleh Tuan DO ADUN2 dan MP yg hadir memberikan kami sedikit tekanan untuk mempastikan projek tersebut dapat dibangunkan dengan jayanya di daerah tersebut. 
Projek ini akan memberikan impak yg besar kepada keseluruhan pelan pembangunan ekonomi di daerah tersebut dengan memberikan jenama baru bagi sebuah pekan kecil di kawasan terpencil di daerah tersebut.
Projek ini bakal meletakan nama pekan kecil tersebut di dalam peta dunia kerana buat masa sekarang ini, projek tersebut hanya terdapat di 3 tempt saja di dunia  - 2 di Germany dan 1 di Abu Dhabi.

Kami benar2 berharap cadangan projek pembangunan tersebut dapat dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah projek yg asli, jujur menepati kehendak pembangunan rakyat.

Sunday, June 26, 2011

Erti Perpaduan di Malaysia..

perpaduan

Berapakah lagi kit a boleh menjangkakan keamanan dan perpaduan yg kit a kecapi sekarang ini mampu kita pertahankan? Dengan 3 bangsa  utama yang menerajui negara, mampukah konsep 1 Malaysia yg diperkenalkan oleh PM menjadikan 3 bangsa dalam 1 bangsa yg bernama Malaysia?

Mungkin kebebasan yg terlalu ban yak yang diberikan kepada semua bangsa selepas merdeka menjadikan mereka begitu selesa dgn bangsa masing2. Dari sudut bahasa saja, kit a boleh mengambil iktibar di mana setiap bangsa bebas untuk menggunakan bahasa ibunda mereka di mana saja mereka suka untuk apa saja tujuan.
kaum Cina dengan dialek yang pelbagai - mandarin, hokkien atau kantonis -bebas untuk bercakap sesama mereka walau di mana jua mereka berada. kaum India juga mempunyai pilihan yang luas untuk bercakap  samada bahasa tamil, urdu atau hindi mengikut keturunan mereka. Cuma kaum melayu saja yang tidal mempunyai ban yak pilihan selain Bahasa Melayu, walaupun mempunyai pelbagai 'slang' mengikut negeri asal seperti slang utara atau pantai timur yang sedikit berbeza slangnya.

Setelah 50 tahun, keadaan ini masih lagi sam a dengan kebebasan yang sama kerana ianya telah termaktub di dal am perlembagaan negara yang menjamin kebebasan beragama dan bahasa walaupun Islam masih tetap menjadii agama rasmi Malaysia dan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.

Apabila setiap kaum bercakap dengan bahasa mereka sendiri, maka kekadang akan timbul sedikit salah sangka di kalangan bangsa/kaum lain yang tidak memahami bahasa tersebut. Salah sangka ini akan terus terbina yang lambat laun akan menjadi 'buruk sangka' di kalangan mereka dan menimbulkan rasa tidak selesa. Mangsanya mungkin kaum melayu kerana mereka tidal memahami samada bahasa china atau tamil yang dipertuturkan oleo kaum china dan india. Kaum china dan india tidak terlalu tertekan kerana mereka  memahami bahasa melayu dengan baik. Banyak persoalan bermain difikiran jika kit a tidak memahami bahasa yang dipertuturkan oleo orang lain. kita pasti akan merasakan seolah2 mereka sedang memperkatakan sesuatu tenting kit a padahal ianya adalah sebaliknya. Keadaan yang sam a berlaku jika kit a pergi ke negara2 yang bahasanya bukan 'English' seperti Russia, Germany, Holland, Sweden, Africa, Middle East dll.

Sesuatu mesti dilakukan dari sekarang jika kit a in gin mengekalkan suasana harmoni, aman damai dan nilai perpaduan yang ada hingga selama2nya. Faktor bahasa mesti dipandang serius sebagai alat/instrument pengekal perpaduan semua kaum di Malaysia. Setiap kaum mesti sedaya upaya mengamalkan bahasa melayu atau 'english' supaya kaum lain boleh memahami apa yang kit a perkatakan. keadaan mungkin berubah jika kaum melayu mempunyai satu lagi bahasa yang tidak difahami oleo kaum lain seperti bahasa arab contohnya. Saat itu pasti kaum china dan india pasti akan merasa 'tidak selesa' dan 'tidak selamat' apabila berada dal am kelompok majmuk di Malaysia.

kit a mungkin boleh belajar dari Indonesia yg telah lama mengamalkan konsep satu bahasa di negara mereka, di mana kaum bangsa lain mesti mengamalkan bahasa indonesia sebagai bahasa pengantara utama. Sampaikan nama pun mesti berpaksikan pad a bahasa indonesia. Dan dengarnya, kalau in gin melabur atau berniaga di indonesia, syarat utama mestilah mampu berbahasa indonesia. kit a boleh mengambil indonesia sebagai model dengan penambahbaikan supaya lebih sesuai dengan suasana negara kit a. Mungkin inilh car a yg terbaik yang berjaya mengekalkan keharmonian di negara indonesia sebagai sebuah negara yang paling ramai penduduk di Asia dan sebagai negara paling ramai umat Islam di dunia.

Thursday, June 23, 2011

Kelab Isteri Taat(Wife Obedient Club)

Dr Rohaya Mohamad


Isu yg menyentuh tentang wanita sekali lagi menggegarkan Negara. Kali ini dengan penubuhan sebuah persatuan/kelab yg dinamakan Kelab Isteri2 Taat (Wife Obedient Club) yang mana telah turut menular ke Sngapura dan juga Brunei.

Kelab ini bukan setakat ‘sensasi’ dengan penubuhannya saja tetapi juga kenyataan yg dikeluarkan oleh kelab tersebut turut menggegarkan seluruh Negara. Kenyataan yg dikeluarkan oleh kelab tersebut, melalui Naib Pengerusinya, Dr Rohaya Mohamad dengan lantang menyarankan supaya semua isteri2 melayan suami mereka seperti layanan ‘pelacur kelas pertama’. Saranan tersebut telah menyebabkan pelbagai pihak memberikan reaksi yg ‘meruap2’ terutamanya NGO2 wanita, majlis agama Islam negeri2 dan juga ahli2 politik. Rata2 berpendapat saranan tersebut telah menjatuhkan maruah wanita kerana menyamakan taraf seorang isteri seperti ‘pelacur’.

Ruangan2 pojok di internet turut mengupas isu tersebut dengan pelbagai alasan2 yg turut sama menentang saranan yang dibuat oleh Kelab Isteri Taat tersebut. Paling terbaru, mufti2 turut mengatakan bahawa saranan tersebut adalah ‘melampau’ dan keterlaluan untuk wanita.

Namun begitu, jika diteliti sedalam2 nya saranan Dr Rohaya itu, maka kita dapat melihat kebenaran dan keikhlasan yg terkandung di dalam saranan tersebut. Ramai yg menentang kerana ‘pelacur kelas pertama’ yg seolah2 menyamakan isteri sebagai pelacur. Ini lah yg disalahertikan oleh banyak pihak. Ini bukan maksud Dr Rohaya tetapi adalah ‘metafora’ bagi menunjukkan tahap kualiti khidmat yg dimaksudkan sebagai yg terbaik dari sudut hubungan batiniah seorang wanita dan lelaki. Bukannya menyamakan taraf seorang isteri dgn pelacur; tarafnya jauh berbeza, ibarat langit dan bumi, antara HALAL dan HARAM. Tetapi demi menunjukkan kepada kita betapa tingggi kualiti yg sepatutnya dimainkan oleh seorang di dalam melayani suami, maka perbandingan ini terpaksa diambilkira. Ini kerana, semua orang tahu akan kewujudan pelacur2 dan kelas2 pelacur yg ada di semua tempat/Negara. Ada yg murah puluhan ringgit kadar caj khidmatnya tetapi ada yg melambung hingga ribuan ringgit hanya untuk khidmat yg sementara itu. Kenyataannya ada lelaki yg sanggup membayar harga yg mahal demi untuk mendapatkan khidmat mereka dan ada juga sanggup menanggung tempat tinggal, kereta, brg2 kemas, jam tangandan wang ringgit sebagai balasan atas khidmat yg diberikan. Persoalannya, mengapakah lelaki sanggup berbuat demikian sedangkan di rumah sudah ada menunggu isteri yg tecinta????

Seorang isteri yg tidak berfikir panjang pasti tidak akan memahami hakikat ini kerana mereka Cuma melihat luaran semata-mata. Bagi mereka, suami adalah hak mereka dan perkahwinan adalah hubungannya. Bagi mereka, Suami kena faham masalah kekurangan isteri sepanjang perkahwinan/rumahtangga. Jarang2 sangat isteri yg berfikir bahawa perkahwinan itu satu nikmat yg besar buat mereka kerana bukan senang untuk seorang lelaki membuat ikrar janji akad/nikah utk menikahi seorang wanita menjadi isteri. Tambah lagi dgn kos majlis pertunangan, kos hantaran, kos kenduri dll yg akan menekan kehidupan seorang lelaki. Berapa ramai wanita yg menangis selepas akadnikahnya?? Menangis bukan kerana sedih tetapi menangis kerana gembira ada lelaki yg sanggup mengambil tanggungjawab sebagai suaminya dan sanggup menanggung segalanya tentang dirinya selepas akadnikah. Cuma yg ada ‘rasa bangga’ kerana suaminya ‘kacak’, bergaya, berjawatan tinggi atau kaya dan hantaran pun tinggi sampai ribuan ringgit!!! Cuma yg ada rasa cemuhan pada yg tidak bertemu jodoh lagi berbanding dgn mereka yg sdah bergelar isteri. Kalaulah mereka dapat merasai bagaimana perasaan perempuan yg belum kahwin lagi walau usia sudah lanjut, tentu boleh menyedarkan meeka tentang betapa bertuahnya nikmat yg Allah berikan kpd mereka.

Jika kita dapat merasai betapa besar nikmat menjadi seorang isteri, maka sudah pasti kita akan senantiasa berfikir dan memikirkan bagaimana untuk membuat yg terbaik utk suami. Kita akan mengkaji apa saja inovasi2 terbaru yg boleh dipraktikkan di rumah supaya suami rasa lebih bahagia, anak2 gembira dan seterusnya rumahtangga aman damai. Isteri yg ‘berfikir’ akan mampu membawa suami dan anak2 turut sama dlm proses ‘brainstorming’ ini utk melahirkan inovasi2 yg terbaik utk keluarga. Antara inovasi yg perlu dipertimbangkan oleh para isteri adalah memberikan khidmat hubungan batiniah dengan penuh berkualiti kepada suami sehingga suami merasakan ‘bagai berada di kayangan’ atau ‘bersama dengan bidadari’.

Adakah sukar untuk isteri menerima hakikat/kenyataan bahawa seorang suami amat memerlukan layanan yg paling baik dari isteri?? Adakah jatuh maruah seorang isteri jika berbuat demikian kepada seorang suami?? Adakah mereka akan menjadi seorang ‘pelacur’ jika berbuat demikian?? Adakah mereka akan menjadi seorang ‘hamba’ jika berbuat demikian??

Dulu2, ayah dan ibu sanggup buat apa saja utk anak2 mereka sehinggakan kdg2 boleh dianggap seperti ‘hamba’ pd anak2. Tapi adakah boleh dianggap demikian?? Ayah ibu sanggup berbuat demikian kerana kasih sayang mereka pd anak2. Ayah ibu tahu betapa besarnya erti mempunyai anak2. Mereka tahu betapa tinggi nilai anak2 sebagai anugerah dari Allah dan disebabkan itulah mereka sanggup berkorban apa saja demi anak2. Apakah jatuh maruah mereka sebagai ibu ayah di mata masyarakat?? Tidak..malahan darjat mereka semakin tinggi di sisi Allah!!!!

Wednesday, June 22, 2011

Yang Mana Kedai Rakyat Yang Betul2 Tolong Rakyat???


Semalam kita diberikan satu lagi senyuman apabila KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA di lancarkan di Stesen LRT Kelana Jaya oleh PM. Kedai Rakyat ini diurus dan dikendalikan sepenuhnya oleh MYDIN utk menjamin mutu/kualiti barangan yg ada menepati standard pasaran walaupun harganya murah dari harga harga pasaran. Pelancaran kedai rakyat seperti adalah cukup baik jika Mydin mampu menjalankan tugas yg diamanahkan oleh kerajaan dan sentiasa mempastikan harga barangan adalah rendah.

Setakat mana kemampuan Kedai Rakyat 1Malaysia mampu bertahan tidak lah diketahui kerana persaingan yang terlalu banyak dan kos tenaga kerja yg tinggi yg terpaksa ditanggung oleh Mydin. Mungkin ini satu strategi mydin utk mengukuhkan lg perniagaan Mydin dalam industri peruncitan.

Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia mesti dikembangkan tepat ke kumpulan sasar di kawasan luar bandar yg sentiasa dahagakan pilihan barangan dengan harga rendah. Rakyat harus diberikan lebih banyak pilihan supaya harga barangan akan sentiasa kekal 'competitive'. Jenama kedai lain juga patut diberikan tumpuan kerana walaupun berjenama antarabangsa tetapi mereka masih lagi 'ikhlas' dalam memrikan tawaran harga yg terbaik utk rakyat. 

Jenama2 seperti GIANT, TESCO, CAREFFOUR , JAYA JUSCO, dll sentiasa memberikan pilihan harga yg  amat berpatutan utk pengguna, namun penubuhannya masih lagi tertumpu di kawasan bandar berpendudukan tinggi. Bagaimana dengan kawasan luar bandar jika semua jenama tertumpu ke kawasan bandar?? Bagaimana harga boleh jadi murah jika pasaran dimonopoli oleh satu golongan peniaga saja??Kedai Rakyat 1Malaysia mesti berkembang ke luar bandar jika benar2 ikhlas untuk membantu rakyat.

Rakyat masih lagi mencari2 kedai mana yg boleh dipanggil Kedai Rakyat. Rakyat masih lagi dahagakan kedai yg boleh tolong rakyat dan bukannya sekadar retorik pilihanraya semata2. Jika kerajaan ada keikhlasan dalam isu harga barang ini, maka keseluruhan sistem mesti di transformasikan - bermula dengan harga baja pertanian, makanan haiwan, kawalan harga petrol/diesel, kos tenaga kerja/buruh, bantuan kewangan utk pertanian, bantuan kewangan utk perniagaan borong/runcit, meningkatkan bilangan pemborong bumiputera, menghapuskan monopoli perniagaan oleh mana2 pihak, transformasi sistem peruncitan dan kawalan barangan dari luarnegara yg terlalu murah tapi tidak berkualiti.

Kerajaan harus melihat contoh terbaik dalam melaksanakan konsep Kedai Rakyat kepada kedai KWIK SAVE di United Kingdom. KWIK SAVE adalah kedai yg cukup 'simple' tetapi semua barangan keperluan harian yg ada cukup murah dan pelbagai pilihan. Mereka telah membungkus semula barang2 keperluan di bawah jenama mereka supaya rakyat yg tidak mampu boleh membeli dgn kuantiti yg sedikit dan murah tanpa melupakan soal kualiti.




Kepada kerajaan 1Malaysia, rakyat memerlukan kedai rakyat yang memberikan nilai terbaik untuk setiap ringgit yg dikeluarkan oleg setiap rakyat apabila berkunjung ke kedai. Bermakna, jika kita membawa wang RM1.00 ke kedai, apakah barangan yg boleh kita bawa pulang ke rumah utk keluarga???? Boleh kah kita bawa roti sebungkus dgn wang RM1.00?? Bolehkah kita bawa gula, bawang, beras, suratkhabar, gula2 atau kek?? Apakah nilai RM1.00 semasa kita berada dikedai?? Inilah yg menyeksa rakyat apabila berbelanja membeli barangan keperluan. 

Berbanding di UK, jika kita pergi ke kedai KWIK SAVE dengan membawa wang 1 Pound, kita mampu utk membawa balik sebungkus roti, snack, suratkhabar, air tin,gula2, bawang, gula, tepung dan minyak masak!!!! Bayangkan apa yg mampu dibeli oleh 1.00 pound berbanding dengan RM1.00!!!!!! 

Inilah sebenarnya yg diinginkan oleh rakyat....Nilai seringgit yg lebih bermakna apabila membeli belah barangan keperluan....Jika kedai rakyat 1Malaysia mampu memberikan seperti itu maka itulah kedai rakyat sebenarnya..kedai rakyat yg tolong rakyat....

Siapakah dia itu...............


siapakah dia...di balik kerawang besi itu
siapakah dia...yang masih mampu senyum bisu
siapakah dia itu...

kita tahu namanya tapi tidak orangnya
kita baca kitabnya tapi bukan sirahnya
kita hafal tulisannya tapi bukan penanya
kita selalu mendengar orang menyebut
kita selalu mendengar orang menyahut
hebatnya bagai ribut
tulisannya tajam tapi lembut
hujahnya bisa buat dahi berkedut
musuh pun jadi serabut


siapakah dia orang itu...
dia lah SYED QUTB....

-ibnu-

Tuesday, June 21, 2011

Maybank CEO's income - a shocking discovery??

Lately, there was a letter from NUBE circulated to its members and also to the public, commenting on the Maybank CEO income in which to them the figures were a shocking discovery, based on Maybank Financial Report.

Based on the report, Abdul Wahid Omar annual income in 2009 was RM4,227,000.00 and slightly increase of RM470,000.00 in 2010. NUBE claimed that the figures were too massive and immoral if compared the contribution of Abdul Wahid 3 years employed with 5000 NUBE members in lowest income group in Maybank.

Yes if we comparing the figures of course it is too massive for 1 person income. But is he the only person in Malaysia with that figure income?? What about other companies in Malaysia?? Bear in mind that he is the CEO of Maybank, the biggest bank in Malaysia, owned by Malaysian Government!!! Do we know how much other banks are paying their CEO?? Public Bank, RHB Bank, CIMB, HSBC, Citibank, Affin Bank etc...have we thought of that? Last year, the minister of PM department, already clarified the comparison of CEO GLC income/salary  with other competitor/private company. He was comparing the salary of TNB CEO with YTL CEO, Sime Darby CEO and IOI CEO and some others with rough figures were given to the parliment. Clearly shown that the figures were much much lower than private sectors!!

Why cant we pay GLC CEO with better salary or by right should be much higher than private sectors as we should be putting a benchmark to others?? Should we be so humble to pay less and hoping others would pay less too??? NOPE, in business, what matters are how much profit we are making under the CEO tenure and the company should be thankful with the contribution of the CEO by bringing good business opportunity and good image of the company by any means.

Bear in mind too that GLC CEO are chosen/appointed by the government and NOT by inherit or by application or interview like others!!Means the government would search their best choice based on performance, share market opinions, stability of personality, life style, people opinions, politicians opinions and most important the capability to drive GLC towards utmost profit region.

So, I guess, NUBE should be careful with the circulation of the letter as it would not tarnishing the good name of Maybank but NUBE itself as bank workers. Just wandering how much is the salary for NUBE President and NUBE General Secretary??

Monday, June 20, 2011

ASTRO: Sudah Tiba Masanya...

Pahat sudah pun berbunyi...penukul pun dah berlari...masanya sudah tiba untuk ASTRO membuat pertimbangan yg sewajarnya utk kepentingan rakyat jelata sebagai pengguna.

Usahlah mendendangkan lagu kesusahan tentang 'terpaksa menangggung kos penyiaran yg tinggi' atau 'terpaksa membayar harga siaran yg mahal' atau 'kenaikan kos penerbitan' dll yg sememangnya sudah lama diketahui oleh rakyat jelata. Lagu2 tersebut turut sama dirasai oleh rakyat sebagai pengguna.

Sudah tiba masanya ASTRO lebih prihatin kepada rakyat sebagai pengguna. Rakyat ingin memberontak dengan tidak memasang sistem ASTRO di rumah tetapi akibatnya mutu siaran tanpa ASTRO adalah terlalu buruk. Monopoli yg dipraktikkan oleh ASTRO telah menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan selain memasang sistem ASTRO demi mendapatkan siaran yg lebih jelas dan berkualiti. Kadang2 pernah jga terfikir adakah masalah ini adalah salah satu strategi ASTRO untuk memaksa rakyat melanggan ASTRO untuk mendapatkan siaran??? Mengapa dulu, sebelum adanya ASTRO, kualiti penerimaan siaran adalah baik dan berkesan?? Dulu pun rakyat terpaksa juga membayar lesen TV sebanyak RM24.00 setahun (caj bayaran terakhir sebelum dimansuhkan). 

Sekali lagi rakyat menjadi mangsa keadaan, ditambah lagi dgn caj cukai perkhidmatan, dimana kadar paling rendah yg terpaksa dibayar oleh rakyat utk menonton TV adalah RM50.00 bagi sebuah rumah yg mempunyai 1 set ASTRO!!!! Bayangkanlah ASTRO mempunyai pelangan melebihi 1.5 juta seluruh Malaysia???

Sebagai entiti perniagaan, rakyat tidak mampu menghalang ASTRO tetapi jika Malaysia mempunyai beberapa stesen TV berbayar sebagai pilihan, mungkin ianya lebih adil kepada rakyat utnuk membuat pilihan seperti yg berlaku kpd bisnes telekomunikasi skrg ini. Dulu ada kedengaran akan dilancarkan perkhidmatan Cable TV sebagai alternative kpd ASTRO tetapi beritanya senyap begitu saja. Di negara2 lain, rakyat mempunyai banyak pilihan sebagai pengguna untuk membuat pilihan.

Sudah tiba masanya ASTRO menjalankan khidmat sosial kpd rakyat jelata dgn menurunkan caj yg dikenakan dgn memperkenalkan caj paling murah utk pakej asas bagi pengguna yg hanya inginkan siaran semata2 utk siaran TV sahaja. Kadang2 bagus juga bila kita memonopoli pasaran tetapi pada masa yg sama perlu fikirkan yg terbaik dan kos optimum utk pengguna dan bukannya mengambil kesempatan di atas rakyat yg tidak mempunyai pilihan..

ASTRO..sudah tiba masanyaaa...usah menunggu saat akyat memberontak.....

Bilakah kerajaan akan jadi lebih 'ikhlas' pada rakyat?? PART 2

Kita teliti lagi tentang saman trafik jalanraya. Setiap hari ada saja kenderaan yg disaman atas pelbagai kesalahan.Saman2 tersebut akan terpaksa dibayar dgn wang ringgit. Satu saman trafik kadar kompaun minima sudah RM300.00. Kalau 10 saman berape ya?? kalau 100..2000..10000...Wow!! Itu sudah berjuta2 ringgit yg berjaya dikutip oleh PDRM/JPJ saban tahun....

Persoalannya ialah adakah kerajaan 'ikhlas' dlm menangani isu keselamatan jalanraya ini? Atau sekadar ingin mengutip kompaun jutaan ringgit daripada rakyat utk dana kerajaan?? Adakah PDRM atau JPJ sudah menjadi entiti yg membuat perniagaan dan menjadi sumber pendapatan kerajaaan?? 

Cuma yang jelas kelihatan skrg adalah apabila kerajaan menguatkuasakan undang2 lalulintas supaya lebih ketat, lebih banyak saman yg boleh dikeluarkan dan lebih banyak wang kompaun boleh dikutip dari rakyat. Undang2 Jalanraya sudah menjadi sumber pendapatan negara. Adakah kerajaan benar2 'ikhlas' dlm isu ini? Adakah kadar kemalangan berkurangan apabila lebih banyak saman dikeluarkan? Adakah pengguna jalanraya bertukar menjadi lebih berdisiplin apabila lebih banyak saman dikenakan?? Jika benar strategi saman/kompaun sangat berkesan dlm mengurangkan kadar kemalangan jalanraya, mengapa kerajaan membuat kempen diskaun untuk rakyat membayar kompaun/saman yg tertunggak?? Apa kaitan kempen membayar saman tertunggak dgn pengurangan kadar kemalangan jalanraya??Adakah apabila pemandu yg disaman melunaskan semua saman2 tertunggak yg kekadang mencecah ribuan ringgit akan menjamin pemandu tersebut menjadi seorang pemandu yg berhemah??

Di sini yg jelas adalah penguatkuasaan undang2 jalanraya cuma untuk PDRM/JPJ memperbanyakkan lagi pengeluaran saman2 dan seterusnya meningkatkan lagi jumlah kutipan dana kerajaan dan menjadikan PDRM/JPJ penyumbang hasil kutipan pendapatan kerajaan seperti LHDN juga. Adakah kemungkinan kerajaan telah menetapkan target jumlah kutipan yg harus dikutip setiap tahun daripada saman2/kompaun jalanraya kepada PDRM/JPJ??

Di sini jelas kelihatan bahawa kerajaan tidak ikhlas dm menangani isu keselamatan jalanraya kerana lebih mementingkan wang kutipan dari rakyat daripada menyelesaikan faktor2 yg menyumbang kepada masalah kadar kemalangan yg tinggi di jalanraya di Malaysia. Hukuman wang/denda/kompaun bukanlah satu cara yg terbaik untuk menghukum pesalah lalulintas jika kerajaan benar2 ikhlas. Jika benar faktor pemandu memandu laju melebihi halaju maksima jalaraya yg telah ditetapkan oleh kerajaan menjadi faktor utama yg menyumbang kepada kemalangan jalanraya, maka mengapa hanya denda yg dikenakan sebagai hukuman?? Jika seorang pemandu yg memandu 100km/jam di jalan biasa, 10km/jam melebihi halaju yg dibenarkan, mengapa tidak diberikan hukuman lebih dramatik selain dari denda wang ringgit?? Mungkin hukuman kerja2 kemasyarakatan lebih mendidik mereka..atau mungkin kerja2 yg lebih berat utk orgramai lebih mendidik/menyedarkan mereka...kenapa hanya denda wang ringgit yg menjadi keutamaan???

Fenomena ini telah mendidik rakyat untuk berfikir bahawa jika ada wang banyak semua kesalahan tidak menjadi masalah lagi kerana yg penting mampu untuk membayar denda. Inila yg berlaku skrg di mana golongan2 berada/kaya/bisnesman2/bisneswoman2/org politik/org kenamaan/vip2 tetap juga memecut laju dijalanraya tanpa mengira halaju yg ditetapkan. Pada mereka yg penting mereka boleh sampai ke destinasi dgn cepat dan mereka mampu membayar saman2 jika dikenakan saman.

Sudah tiba masanya kerajaan menjadi lebih 'ikhlas' dlm menangani isu keselamatan jalanraya dan bukan sekadr ingin mengutip wang rakyat utk dana pendapatan negara. Cukuplah dgn pembayaran cukai setiap tahun yg tepaksa ditannggung rakyat..cukuplah dgn beban harga barangan yg semakin meningkat yg terpaksa dibayar oleh rakyat...cukuplah dgn tol yg terpaksa ditanggung oleh rakyat...cukuplah dgn situasi yg dibina oleh kerajaan skrg ini utk menekan rakyat - kelaur rumah kena bayar...jalan sikit kena bayar...gerak sikit kena bayar...semuanya duit..semuanya wang...semuanya kena bayar...cukuplah...cukuplahhhh....jika kerajaan ikhlas membantu rakyat...pasti akan timbul suasana rakyat rasa aman/damai bila berada dlm negara sendiri.....jika kerajaan lebih ikhlas...pasti timbul 'BARAKAH' dlm negara sendiri....sejuk hati...bahagia diri..harmoni peribadi.....

Pada kerajaan..ikhlas lah sedikit dlm membantu rakyat sendiri....

Sunday, June 19, 2011

Bilakah kerajaan akan jadi lebih 'ikhlas' pada rakyat?? PART 1

Apabila berada dijalanan utk jangka masa yang panjang, melalui jalanraya dan lebuhraya dlm dan memandu berjam2..pelbagai isu bermain dibenak. Yang paling popular adalah isu duit tol, harga petrol yg makin meningkat,  kualiti jalanraya/lebuhraya, cara pengurusan trafik dan juga saman2 trafik yg kekadang 'mencuri' budget bulanan kita tanpa kita sedari.

Hakikatnya masih lagi kekal bahawa rakyat memerlukan jalanraya/lebuhraya dan kenderaan sebagai suatu keperluan utama utk bekerja dan rakyat amat berterima kasih kepada kerajaan yang telah berjaya mengadakn semua kemudahan yang diperlukan. Tetapi rakyat amat memerlukan 'keikhlasan' kerajaan dlm menyediakan semua kemudahan2 kepada rakyat. Rakyat perlukan kemudahan infrstruktur/prasarana yg lebih 'ikhlas' dari kerajaan supaya semua prasarana yg tersedia itu bukan lagi menjadi isu2 berbangkit tetapi lebih pada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat, sebagimana yang selalu dilaungkan semasa pilihanraya.

Sebagai contohnya, kita memerlukan sistem jalanraya/lebuhraya yang sempurna, meluas dan efektif tetapi kita tidak mahu terbeban dengan kadar tol yg mahal dan semakin meningkat mengikut kadar konsesi syarikat yg mengendalikan lebuhraya tersebut. Mengapa kerajaan tidak mengambil alih pembinaan/pengurusan lebuhraya melalui entiti2 kerajaan seperti KWSP atau LHDN supaya kadar tol yg dikenakan adalah SIFAR atau yg paling minima, jika ingin dikenakan. KWSP atau LHDN adalah 2 entiti kerajaan yg mempunyai kutipan yg paling tinggi dalam negara dan yg paling penting kutipan tersebut adalah daripada DUIT RAKYAT melalui pembayaran cukai dan tabungan. Mengapa tidak kerajaan gunakan duit yg dikutip daripada rakyat utk menyediakan kemudahan percuma utk rakyat???

Bayangkan jika semua konsesi lebuhraya dimiliki oleh KWSP atau LHDN?? Berapa banyak yg boleh dijimatkan oleh rakyat?? Berapa banyak keuntungan yg mampu dijana utk rakyat?? Adakah rakyat akan marah jika cukai pendapatan dinaik?? Adakah rakyat akan marah jika kadar sumbangan KWSP dinaikan?? Rakyat amat gembira jika ini berlaku kerana kemudahan ini sudah menjadi kemudahan kebangsaan kerana kemudahan ini sudah digunakan oleh semua lapisan rakyat, walaupun dikampung. Adakah ini memudaratkan kewangan kerajaan??? Ianya adalah 'one time investment' dari KWSP/LHDN dan kerajaan boleh membuat persiapan budget mengikut kesesuaian waktu. Bank2 juga tidak perlu memberikan pinjaman yg besar utk menampung kos tersebut atau mungkin tidak perlu membuat pinjaman luarnegara!!!!

Inilah yg dinamakan 'keikhlasan' dari kerajaan. Rakyat perlukan kemudahan dari kerajaan tetapi kerajaan perlulah lebih 'ikhlas' dlm menyediakannya. Jika kerajaan lebih 'ikhlas' dlm menyediakan kemudahan utk rakyat, maka sudah pasti kerajaan akan memikirkan bebanan yg terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menggunakan kemudahan tersebut. Jika KWSP/LHDN yg membina/mengurus lebuhraya utk kemudahan rakyat, maka banyak perkara positif yg akan bermain difikiran rakyat. Paling utama rakyat akan merasakan duit yang mereka sumbangkan kepada dana kerajaan telah dimanfaat utk kemudahan mereka semula. Lebih banyak sumbangan/cukai yg diberikan oleh rakyat, lebih banyak lagi kemudahan yg akan disediakan oleh kerajaan secara percuma atau beban 'free'. Dan jika ada sebarang keuntugan daripada projek kemudahan tersebut, maka sudah pasti keuntungan tersebut akan kembali kepada rakyat sebagai penyumbang dana. Kerajaan mesti memaparkan bahawa setiap ringgit yg dikutip dari rakyat adalh utk memberi kemudahan utk rakyat dan keuntungan akan dikembalikan kpd rakyat. Inilah yg dinamakan 'keikhlasan' dari kerajaan utk rakyat. 

Jika kerajaan dianggap IBUBAPA, rakyat adalah ANAK2;Jika kerajaan dianggap GURU, rakyat adalah MURID2. Justeru hubungan ini memerlukan keikhlasan yg berpanjangan supaya lebih harmoni dan tiada buruk sangka. Rakyat memerlukan kerajaan yg lebih ikhlas dan kerajaan memerlukan rakyat yg lebih berterima kasih. Jika kedua2 pihak mampu mengubahnya, tidak timbu lagi isu perubahan kerajaan pd bila2 masa.