Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Thursday, February 24, 2011

Istimewanya Jadi Orang Bankrap...

Aduhai..baru ku tahu..istimewanya jadi orang yang diisytiharkan bankrap...kerana selama ini terlalu banyak persepsi negetif diberikan kepada golongan ini dan terlalu banyak kesengsaraan yang di alami oleh mereka apabila dilabelkan bankrap oleh mahkamah dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Insolvensi(JI).

Antara keistimewaan orang2 yang bankrap dan berada di bawah seliaan JI adalah mereka akan dilindungi oleh JI dari sebarang ancaman/ugutan/tuntutan oleh sebarang pemiutang di mana para pemiutang TIDAK BOLEH menyentuh mereka ini tanpa melalui JI kerana mereka dilindungi di bawah akta yang melindungi mereka sepanjang berada di bawah seliaan JI.

Mereka juga akan dilepaskan dari kawalan/seliaan JI selepas 5 tahun dengan syarat mereka sentiasa bekerjasama dan berkelakuan baik sepanjang tempoh itu. Apabila mereka telah dilepaskan oleh JI maka mereka adalah diibaratkan sebagai orang yang baru lahir tanpa sebarang bebanan hutang lagi walaupun jumlah yang telah dikutip oleh JI TIDAK CUKUP untuk melunaskan semua jumlah hutang mereka. Para pemiutang tidak boleh lagi menuntut sebarang tuntutan dari mereka setelah mereka dilepaskan oleh JI.

Khabarnya juga...JI tidaklah sekejam yang disangka oleh orang ramai di mana JI mempunyai budibicara apabila menyenaraikan aset2/harta2 yang mesti diletakkan di bawah pentadbiran JI.

Jadi...kepada mereka yang bermusibah dan terpaksa di isytiharkan bankrap..janganlah terlalu mengikut perasaan atau ianya bukanlah akhir bagi perjalanan hidup kerana JI akan menunjukkan sinar baru di hujung terowong yang gelap itu..dengan syarat anda sentiasa terbuka, telus dan bekerjasama dengan JI sepanjang tempoh tersebut...

No comments:

Post a Comment