Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Wednesday, February 9, 2011

PERKASA yg tidak perkasa

Hasrat untuk menjadi pahlawan melayu terakhir cukup terserlah oleh PERKASA dengan sesi ceramah di seluruh negara bersama dengan Dr Mahathir. Usaha ini hanya menyingkap tujuan sebenar PERKASA ditubuhkan oleh Dato Ibrahim Ali sebagai landasan untuk beliau bergerak cergas di arena politik tanah air setelah menjadi MP Bebas. Kegigihan beliau dilihat banyak berpaksikan kepada keupayaan beliau bergerak secara sendirian, tanpa perlu merayu pd mana2 kerajaan untuk mendapatkan projek2 samada d Kelantan maupun projek persekutuan. Melihat rumah yg terseram indah di Pasir Pekan/Wakaf Baru, cukup menonjolkan kekuatan sumber kewangan beliau untuk mengharungi lautan politik di Malaysia.

PERKASA harus juga menjadikan Islam sebagai agenda mereka, disamping memperjuangkan Kemelayuan di bumi Malaysia tercinta. Biarlah slogannya Melayu Islam. Ini adalah kerana, banyak kepincangan yg berlaku adalah disebabkan org2 Melayu yg tidak berpegang pada agama Islam sebagai paksinya. Itulah punca sebenar mengapa kita masih lagi ditakuk lama dalam semua bidang tetapi menjadi peneraju dalam bidang2 yang 'negetif'. Jika PERKASA menjadikan Melayu Islam sebagai agenda perjuangan mereka, nescaya ini akan menjadi lebih bermakna di mata masyarakat. PERKASA akan diletakan ditengah2 di antara UMNO dan PAS. UMNO memperjuangkan Melayu manakala PAS mempejuangkan Islam.

PERKASA harus sedar bahawa bila seseorang rakyat Malaysia yg memeluk Islam secara 'tidak sedar' telah menjadi Melayu atau diterima sebagai org melayu bumiputera. Apakah pandangan PERKASA tentang perkara ini? Adakah ini sesuatu yang positif kepada perkembangan bangsa Melayu atau ada implikasi2 jangka panjang kepada negara?

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sekali lagi mengubah target untuk Bumiputera mencapai 30%  pada tahun 2015. Apakah target tersebut rasional/releven?? Adakah mampu kita mencapainya?? Apakah PERKASA mampu menerajuinya? Mungkin bila bercakap memang sedap tapi bila nak buat kita akan tercungap2....sebab cakap tak kena bayar maaaa....

Kepada PERKASA...jadilah PEKIDA sebagai iktibar dalam perjuangan...janganlah jadi seperti PEKIDA yg telah disalah guna/disalahertikan oleh ramai ahli/pengikutnyaa....Malaysia tidak memerlukan pahlawan...kita memerlukan cendikiawan..ilmuan...dermawan...yg paling jujur membantu org Melayu Islam yg memerlukan....

No comments:

Post a Comment