Sempena Tahun Perundangan 2012 yang dirasmikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria semalam, beberapa langkah positif telah dicadangkan oleh Tan Sri Arifin untuk menambahbaikan sistem kehakiman negara.
Antara yang paling positif adalah cadangan penambahan bilangan hakim dalam panel yang mendengar prosiding rayuan di dalam mana mana mahkamah tertinggi di Malaysia dari 3 orang hakim kepada 5 orang Hakim. Secara logiknya, 5 akal fikiran adalah lebih baik dari 3 dan pasti akan menghasilkan satu justifikasi keputusan yang lebih adil dan saksama.
Cuma yang agak mengecewakan adalah bila Tan Sri Arifin membuat komen tentang perbandingan 2 kes yang telah diputuskan oleh hakim sebelum ini yang pada beliau keputusan yang dibuat tidak berdasarkan sensitiviti terhadap hidupan liar. Yang Arif TS Arifin membandingkan kes dalam Mahkamah Mejistret Tumpat(2005) yang mana hakim telah mengenakan denda sebanyak RM7,000 kepada pesalah yang memiliki bangkai harimau yang juga spesies yang dilindungi, dengan kes seorang lelaki yang terpaksa merengkok dalam penjara selama 5 tahun kerana mencuri 11 tin Tiger Beer dan Guinness Stout yang hanya bernilai RM70.
Pertamanya, keputusan telah dibuat dan harus dihormati. Sudah pasti hakim yang membuat keputusan mempunyai justifikasinya yang tersendiri semasa mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman.
Keduanya, walaupun kedua dua kes melibat 'Tiger' - satu 'extinct tiger' dan satu lagi 'drunk tiger, dari segi nilai harga memangnya 'extinct tiger' amat berharga..tetapi kalau kita melihat pada sudut kesannya pada masyarakat, 'drunk tiger' lebih berbahaya dari 'extinct tiger' yang sudah menjadi bangkai. Bayangkan jika 11 tin 'tiger beer' tersebut diminum oleh seorang lelaki dan dia memandu kereta? Bayangkan kalau dia melanggar manusia lain yang tidak berdosa? Bayangkan kalau 11 tin 'tiger beer' diminum oleh beberapa orang lelaki dan mereka mabuk? Bayangkan apa yang mampu mereka lakukan kepada manusia lain dan harta benda awam? Bandingkan kerosakan yang mampu dibawa oleh 11 tin Tiger Beer dengan seekor Tiger yang telah menjadi bangkai, apakah sama nilainya? Harimau tersebut di bunuh dahulu sebelum diperdagangkan kerana semua orang tahu harimau boleh membunuh jika masih hidup...tapi Tiger Beer tetap akan membunuh manusia dalam apa jua keadaan sekalipun!!!
Memang kita sayangkan Harimau sebagai species yang hampir pupus...memang kita harus melindungi harimau dari diperdagangkan secara berleluasa...tapi kita harus juga melindungi nyawa manusia yang lebih berharga pada negara dan agama.....antara EXTINCT TIGER dan BEER TIGER....nilainya tetap tidak akan sama...dan hakim terdahulu telah menjalankan tugasnya dengan baik.....
No comments:
Post a Comment