Di ceritakan secara lisan dari orang orang tua dulu tentang asal usul nama daerah Kemaman, kerana tiada suatu rujukan khusus yang didapati secara hitamputih tentang sejarah sebenarnya.
Diceritakan bahawa pada tahun 1800an, ada seorang saudagar atau pengembara yang telah datang ke negeri Terengganu dari Pattani, di antara tahun 1808-1826M, setelah gagal dalam peperangan melawan Siam. Beliau adalah Lebai Saris atau Saras. Beliau telah mudik ke selatan Terengganu, dari Kuala Terengganu, bersama sama dengan isteri, yang bernama Nilam dan anak lelakinya yang bernama Abu Bakar. Mereka juga mempunyai beberapa pengikut yang turut sama mudik hingga ke hulu. Apabila mereka sampai ke satu kawasan yang kini dikenali dengan nama Kampung Nyior, Lebai Saras ternampak kera kera yang begitu banyak di kawasan tersebut. Kera kera tersebut bersaiz besar dan mempunyai rupa bentuk yang agak unik kerana kembang di bahagian belakangnya seperti Maman, sejenis sayur yang banyak terdapat di kawasan itu dan hingga kini, yang sedap apabila dibuat ulam atau sayur.
Maka, tattatkala terpandang saja kera kera tersebut, Lebai Saras pun menjerit "Kera Maman..Kera Maman..!!" Mengikut sebutan orang dulu dulu, kera disebut KRE secara lebih ringkas dan cepat cara sebutannya. Apabila pengikut pengikut Lebai Saras mendengar jeritan Lebai Saras "KREMAMAN" maka diceritakan lekatlah nama tersebut yang lama kelamaan menjadi KEMAMAN.
Diceritakan juga, Lebai Saras anak beranak dan para pengikutnya telah berusaha keras untuk memajukan kawasan baru tersebut sehingga disegani oleh penduduk sekitarnya. Lama kelamaan, mereka dianggap sebagai pemerintah bagi kawasan Kemaman. Melalui pengaruh mereka, mereka berjaya mentadbir kawasan tersebut dengan jayanya. Kawasan Kemaman terkenal dengan hasil bijih dan emas yang begitu banyak. Lebai Saras berjaya menguasai hampir keseluruhan kawasan Kemaman hingga ke Cukai.
Hingga kini, nama Lebai Saras masih diingati dan diabadikan pada sebatang jalan utama di bandar Chukai, dengan nama Jalan Lebai Saras.
No comments:
Post a Comment