Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Monday, January 23, 2012

Asal Usul Nama Daerah Kemaman

Di ceritakan secara lisan dari orang orang tua dulu tentang asal usul nama daerah Kemaman, kerana tiada suatu rujukan khusus yang didapati secara hitamputih tentang sejarah sebenarnya.

Diceritakan bahawa pada tahun 1800an, ada seorang saudagar atau pengembara yang telah datang ke negeri Terengganu dari Pattani, di antara tahun 1808-1826M, setelah gagal dalam peperangan melawan Siam. Beliau adalah Lebai Saris atau Saras. Beliau telah mudik ke selatan Terengganu, dari Kuala Terengganu, bersama sama dengan isteri, yang bernama Nilam dan anak lelakinya yang bernama Abu Bakar. Mereka juga mempunyai beberapa pengikut yang turut sama mudik hingga ke hulu. Apabila mereka sampai ke satu kawasan yang kini dikenali dengan nama Kampung Nyior, Lebai Saras ternampak kera kera yang begitu banyak di kawasan tersebut. Kera kera tersebut bersaiz besar dan mempunyai rupa bentuk yang agak unik kerana kembang di bahagian belakangnya seperti Maman, sejenis sayur yang banyak terdapat di kawasan itu dan hingga kini, yang sedap apabila dibuat ulam atau sayur.
Maka, tattatkala terpandang saja kera kera tersebut, Lebai Saras pun menjerit "Kera Maman..Kera Maman..!!" Mengikut sebutan orang dulu dulu, kera disebut KRE secara lebih ringkas dan cepat cara sebutannya. Apabila pengikut pengikut Lebai Saras mendengar jeritan Lebai Saras "KREMAMAN" maka diceritakan lekatlah nama tersebut yang lama kelamaan menjadi KEMAMAN.
Diceritakan juga, Lebai Saras anak beranak dan para pengikutnya telah berusaha keras untuk memajukan kawasan baru tersebut sehingga disegani oleh penduduk sekitarnya. Lama kelamaan, mereka dianggap sebagai pemerintah bagi kawasan Kemaman. Melalui pengaruh mereka, mereka berjaya mentadbir kawasan tersebut dengan jayanya. Kawasan Kemaman terkenal dengan hasil bijih dan emas yang begitu banyak. Lebai Saras berjaya menguasai hampir keseluruhan kawasan Kemaman hingga ke Cukai.
Hingga kini, nama Lebai Saras masih diingati dan diabadikan pada sebatang jalan utama di bandar Chukai, dengan nama Jalan Lebai Saras.

Muslim Medical Students Against Darwin's Theory



It was reported in recent news, 3 Muslim Students in London, were refused to join their medical classes due to, what they referred as 'inappropriate subject'. They have boycott the class of Biology, as the subject taught was 'Evolution Theory', based on the book 'On the origin of species'  by the late Charles Darwin in 1859.
Of course, the theory is totally indifferent from what is taught in Islam and as a muslim it is a mandatory to believe that all human beings and mankind are originated from Allah, The Almighty God. The different in concept has driven those 3 students to skip their Biology classes in which the subject is considered vital for any medical student doing medical study.
The only question is what about other Muslim students in other countries? Do they face the same dillema? Do they take the same decision? What the Muslim Scholars say about this phenomenon?

What about Malaysia? Most of medical students in Malaysia are muslim and are they taking the same step as those students in London? Do we have other alternative, instead of studying 'Darwin's theory', we have sort of option in view of Islamic Perspective? Maybe we have to be clear of this.....while the steps taken by those students might be an essential step to open peoples eyes of what is exactly the 'Real Theory of Human Being'..........

Saturday, January 21, 2012

Puisi: Aku Melayu!!

Hidup Seorang Melayu

Aku lahir, Nama Melayu
Aku dibesarkan di kampung, kampung Melayu
Aku berkawan, kawan Melayu
Aku ke kedai, kedai bukan Melayu
Aku beli sayur di pasar, Penjual bukan Melayu
Aku beli ikan di pasar, Penjual orang Melayu

Aku ke sekolah, sekolah Melayu
Cikgu Ada Melayu Ada bukan Melayu
Aku masuk U, ramai bukan Melayu
Aku dapat biasiswa sebab aku Melayu
Aku kerja, syarikat bukan Melayu
Aku kerja, orang bawah ramai Melayu
Aku kerja, orang atas ramai bukan Melayu
Aku ke bank, bank Nama Melayu
Masuk duit, ramai bukan Melayu
Keluar duit, ramai Melayu
Aku beli rumah, taman Nama Melayu
Pemaju bukan Melayu kontraktor bukan Melayu
Aku dapat diskaun sebab aku Melayu
Rumah teres, ramai Melayu
Rumah banglo, ramai bukan Melayu
Aku ke supermarket, Nama bukan Melayu
Pekerja bukan Melayu, pelanggan ramai Melayu

Aku Ada anak, masih lagi Melayu
Aku Ada cucu, harap masih lagi Melayu
Aku Ada cicit, doa agar tetap Melayu
Aku Ada cuit, impian biarlah Melayu

Monday, January 16, 2012

Nostagia Kaset...



Inilah namanya KASET atau dalam bahasa omputih dipanggil cassette...maklum le asal perkataannya dari France....kalau idup sebelum zaman 90an...kaset ler yang jadi teman hidup bagi kebanyakan orang...nak tape lagu ke...nak dubbing suara ke...semuanya pakai kaset....kalau beli kaset kosong dapat ler kertas muka depan utk tulis ape ape..mcm nak tulis nama lagu ker...yang uniknya dalam kaset tu ada pita yang panjang berjelaa jelaa...kalau kaset dah tak pakai, boleh guna pita tu untuk lain lain kegunaan...macam buat ikat barang2...boleh buat main tarik tarik....tapi yang bahayanya pita tu cepat terbakar....
Yang bawah tu tempat pasang kaset untuk dengar lagu yang ada dalam kaset...ada butang PLAY, REW FWD, REC....yang seksa kalau time nak dengar lagu favourite kite..kene pulak satu lagu je dalam sepuluh lagu...aduhaiiii...main REW..FWD..PLAY laa jawabnyaa....kalu nak cepat???? pakai laaa pen atau pensil...hahahaaa.....masukkan dalam lubang yang ada dua tu...pastu pusingggggggg...aduhaiii...seksaa.....semuanya manual sayanggg oiiiiiii!!!!!

Camar Yang Hilang


pernah ku lihat camar itu terbang
amat riang bagai tiada mau pulang
tika hinggap terlalu sekejap
tika sendiri tak nampak sepi
umpama dunia bukan lagi mimpi
untuk pergi ke sana ke mari

pernah ku lihat camar itu hilang
entah ke mana
mungkin ada yang menikam rindu dendam
mungkin ada yang memanggil datang
ke sarang 
aku bimbang camar itu akan terluka lagi
kecewa seperti  dulu tika diperdayakan
aku bimbang camar itu akan menangis lagi
diketawakan
bulu yang putih sudah hitam
mata yang jernih jadi kelam

pernah ku lihat camar itu pulang
membawa ghairah yang dalam
terbangnya sudah jarang
mungkin sudah bertemu tuan.


Sunday, January 15, 2012

Ulasan Ketua Hakim Negara

Sempena Tahun Perundangan 2012 yang dirasmikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria semalam, beberapa langkah positif telah dicadangkan oleh Tan Sri Arifin untuk menambahbaikan sistem kehakiman negara.
Antara yang paling positif adalah cadangan penambahan bilangan hakim dalam panel yang mendengar prosiding rayuan di dalam mana mana mahkamah tertinggi di Malaysia dari 3 orang hakim kepada 5 orang Hakim. Secara logiknya, 5 akal fikiran adalah lebih baik dari 3 dan pasti akan menghasilkan satu justifikasi keputusan yang lebih adil dan saksama.
Cuma yang agak mengecewakan adalah bila Tan Sri Arifin membuat komen tentang perbandingan 2 kes yang telah diputuskan oleh hakim sebelum ini yang pada beliau keputusan yang dibuat tidak berdasarkan sensitiviti terhadap hidupan liar. Yang Arif TS Arifin membandingkan kes dalam Mahkamah Mejistret Tumpat(2005) yang mana hakim telah mengenakan denda sebanyak RM7,000 kepada pesalah yang memiliki bangkai harimau yang juga spesies yang dilindungi, dengan kes seorang lelaki yang terpaksa merengkok dalam penjara selama 5 tahun kerana mencuri 11 tin Tiger Beer dan Guinness Stout yang hanya bernilai RM70.
Pertamanya, keputusan telah dibuat dan harus dihormati. Sudah pasti hakim yang membuat keputusan mempunyai justifikasinya yang tersendiri semasa mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman.
Keduanya, walaupun kedua dua kes melibat 'Tiger' - satu 'extinct tiger' dan satu lagi 'drunk tiger, dari segi nilai harga memangnya 'extinct tiger' amat berharga..tetapi kalau kita melihat pada sudut kesannya pada masyarakat, 'drunk tiger' lebih berbahaya dari 'extinct tiger' yang sudah menjadi bangkai. Bayangkan jika 11 tin 'tiger beer' tersebut diminum oleh seorang lelaki dan dia memandu kereta? Bayangkan kalau dia melanggar manusia lain yang tidak berdosa? Bayangkan kalau 11 tin 'tiger beer' diminum oleh beberapa orang lelaki dan mereka mabuk? Bayangkan apa yang mampu mereka lakukan kepada manusia lain dan harta benda awam? Bandingkan kerosakan yang mampu dibawa oleh 11 tin Tiger Beer dengan seekor Tiger yang telah menjadi bangkai, apakah sama nilainya? Harimau tersebut di bunuh dahulu sebelum diperdagangkan kerana semua orang tahu harimau boleh membunuh jika masih hidup...tapi Tiger Beer tetap akan membunuh manusia dalam apa jua keadaan sekalipun!!!
Memang kita sayangkan Harimau sebagai species yang hampir pupus...memang kita harus melindungi harimau dari diperdagangkan secara berleluasa...tapi kita harus juga melindungi nyawa manusia yang lebih berharga pada negara dan agama.....antara EXTINCT TIGER dan BEER TIGER....nilainya tetap tidak akan sama...dan hakim terdahulu telah menjalankan tugasnya dengan baik.....

CERPEN: TENGKOLAK TOK DE


Dari jauh sudah kelihatan seorang lelaki tua sedang berehat rehat di atas bangku panjang di laman rumahnya. Bangku kayu yang agak luas seperti sebuah meja rendah yang diletakkan di bawah pohon bidara. Lelaki tua itu berbaju singlet putih, berkain pelikat dan berkopiah putih sedang duduk berpeluk tubuh sambil menjuntai juntai kakinya ke tanah.
Kelihatan juga gerombolan asap dari bara timbunan daun daun pohon bidara yang gugur setiap hari menyelubungi suasana rumah. Mungkin lelaki tua itu baru saja habis menyapu daun daun yang bersepah di laman rumahnya.

“Assalamulaikum Tok De!”

Aku terus memberikan salam apabila tiba di laman rumah lelaki tua yang bernama Tok De itu. Kawanku, Puteh mengekori rapat di belakangku, mungkin agak tidak biasa lagi dengan kampongku, maklumlah dia orang bandar.

“Waalaikumussalam..”

Lelaki tua itu agak terkejut dengan kehadiran tetamu tapi terus senyum dan menerpa menyambut tetamu yang datang. Mereka bersalaman.

“Mintak maaf Tok De..ganggu Tok De pagi pagi ni…saya Melan Sewangi....anak Pak Usop posmen…ni kawan saya Puteh Lestari….”

“Jemput ke rumah…”

“Dduklah..kita sembang di bangku panjang ni….”

“Macam ni Tok De…kami ni pelajar USM…dalam bidang Antropologi….kami sedang siapkan tugasan tahun dua kami..tugasan yang diberikan tu agak luas sikit topiknya…tentang keistimewaan melayu yang semakin dilupakan oleh orang sekarang…pening juga kami nak pilih subjek yang sesuai kerana terlalu luas….”

“Lepas bincang dengan ayah..ayah cadangkan kami jumpa dengan Tok De..sebab ayah cakap Tok De banyak tahu pasal sejarah melayu…pasal adat adat melayu lama…sebab ayah cakap Tok De pernah lama kerja dalam istana…”

“Ohhhh…hehehe…takde laa banyak sangat Tok De tahu…ayah kamu tu je yang cerita lebih lebih kot…Tok De pun tak tau ape yang Tok De boleh tolong sebenarnya…..”

“Takpe..macam ni…jom kita naik ke atas dulu…kita sembang sembang sambil minum teh O ke…jom kita…..”

Puteh dan aku mengekori Tok De ke rumahnya yang tersergam indah itu. Rumah kayu cengal yang tidak bercat masih tegap lagi walaupun sudah berusia. Bumbungnya beratap genting warna oren lusuh. Tangga juga tangga kayu cengal menaik ke beranda.

Aku tersenyum apabila melihat sebiji tempayan diletakkan di kaki tangga beralas bata tanah liat. Memang lama betul aku tidak melihat tempayan seperti itu. Fungsinya adalah untuk diisi air untuk basuhan kaki tetamu sebelum naik ke atas rumah. Pencedoknya kalau dulu diperbuat dari tempurung kelapa yang berbentuk separuh bola. Bulunya dilicinkan dan tempurung itu diikat pada sebatang kayu sepanjang sekaki supaya mudah untuk mencedok air dari tempayan.

“Jemput masuk…duduk lah mana mana pun….Tok De ke dapur dulu buat air….”

Puteh dan aku agak hati hati melangkah kerana masing masing cukup teruja memasuki sebuah rumah lama yang cukup cantik itu. Suasana dalaman juga cukup menarik. Susunan perabutnya sungguh sederhana di ruang tamu. Tingkap rumah cukup banyak dan memberikan banyak cahaya masuk ke dalam rumah. Tingkapnya masih mengekalkan rekaan lama;berbelah dua dan terbuka ke luar.

Puteh pun ku lihat bagaikan masuk ke dalam istana lama. Berpusing pusing kepalanya melihat sekeliling rumah. Kiri dan kanan. Atas dan bawah. Timur, barat, utara dan selatan.

“Melan! Tengok tuu….”

Tiba tiba Puteh bersuara agak kuat sambil menjuehkan mulutnya ke arah satu sudut rumah Tok De. Aku menoleh ke arah sudut yang ditunjukkan Puteh.

“Wow!”

Aku terus bergerak ke sudut itu dan Puteh mengekoriku di belakang. Di atas para kayu, seperti meja pameran, tersusun rapi tengkolak tengkolak yang berbagai warna dan bentuk yang cukup cantik. Aku membongkok melihat dengan lebih dekat tengkolak tersebut. Puteh juga turut kagum dengan keindahan bentuk tengkolak yang tersusun rapi itu.

“Puteh…yang ni macam aku pernah tengok kat TV…aku rase macam tengkolak Yang Dipertuan Agong pakai…haaa…ye laahhh..memang betul…”

Aku menuding ke tengkolak yang berwarna hitam yang disusun di depan sekali berbanding tengkolak tengkolak lain.

“Tapi macam mana Tok De ada banyak sangat tengkolak ni ye?”

Puteh mengeleng geleng kepala sambil meneliti satu persatu tengkolak yang ada. Aku menyambung meneliti tengkolak tengkolak yang lain. Amat menakjubkan melihat tengkolak yang dibentuk dengan kain songket yang aku rasa memang mahal harganya. Seolah olah melihat filem Hang Tuah yang ada banyak tengkolak yang dipakai para hulubalang dan pembesar negeri Melaka. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna kuning muda. Ada yang berwarna biru dan ada yang berwarna jingga. Tetapi semuanya dibentuk dengan cukup kemas dan teliti, bagaikan dibuat oleh seorang yang pakar dalam seni mengubah songket.

“Jom kita minum dulu…mari Melan…Puteh…kita pekena teh O dulu…pastu kita sembang sembang pasal mende mende tu….jangan bimbang..tak larinyaaaa…”

Puteh dan aku agak terkejut kerana Tok De tiba tiba saja tersembul di ruang tamu rumahnya dan hidangan sudah diletakkan di atas meja. Tok De seperti sudah tahu persoalan yang bermain di fikiran Puteh dan aku. Aku meluru malu kembali ke ruang tamu. Begitu juga dengan Puteh. Tersipu sipu kerana mungkin agak tidak beradab bagi seorang perempuan sepertinya,  bertamu di rumah orang tetapi seperti berada di rumah sendiri.

“Takpe…takpe…Tok De paham….jangan malu malu…buat macam rumah sendiri…kita minum dulu..pastu kita tengok barang barang yang ada atas para tu…kita minum dulu…..” Tok De tersenyum melihat gelagat Melan dan Puteh.

“Apa yang Melan dan Puteh tengok ni adalah model model tengkolak yang dipakai oleh Sultan dan Raja seluruh negeri di Malaysia….” Tok De menerangkan pada Melan dan Puteh sambil bergerak ke meja pameran di sudut rumahnya.

“Yang ni semua adalah model tauu…bukan yang asli….kita orang biasa tak boleh simpan tengkolak raja…salah tauuu…sebab tengkolak adalah pakaian rasmi bagi sultan atau raja yang dipakai semasa majlis majlis rasmi atau majlis diraja….”

Puteh ku lihat mengangguk ngangguk dengan wajah sedikit ketakutan apabila mendengar Tok De menyebut perkataan ‘salah’. Aku ingin ketawa tetapi segan dengan Tok De.

“Yang paling depan sekali ni…yang warna hitam ni..ini adalah tengkolak rasmi yang dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong….nama soleknya ‘Dendam Tak Sudah”…..solek ini berasal dari Negeri Sembilan..”

“Tok De…solek tu ape?” Aku bertanyakan soalan yang aku rasa Puteh pun ingin bertanya kerana dia yang membuat catatan di notanya.

“Ohh…solek tu maknanya bentuk ikatan tengkolak..kalau kamu tengok semua tengkolak yang ada ni..bentuk ikatannya tak sama…ada pelbagai bentuk ikatan…itu dinamakan solek..alaaaa….macam orang pompuan pakai bedak tuu…orang panggil bersolek kan?” Terang Tok De sambil ketawa. Puteh juga turut ketawa.

“Solek tengkolak ni namanya Dendam Tak Sudah..diambil dari solek asal tengolak Negeri Sembilan…tauu kenapa?” Tok De pula menduga kami. Aku memandang Puteh. Puteh memandang aku.

“Sebab Agong kita yang pertama adalah dari Negeri Sembilan Tok De….” Aku cuba menjawab.

“Bagus…pandai…”

“Tengkolak ni ada anak bulan dengan bintang pecah empat belas di depannya yang diperbuat dari emas putih…kat tengah tengah bintang pulak diletakkan lambang kerajaan Malaysia yang berwarna warni…..”

“Seterusnya..yang kat belakang dia ni…ini tengkolak yang dipakai oleh Sultan Selangor..warnanya adalah kuning…solek ini dinamakan ‘Setanjak Balung Ayam’ kerana solek ini berasaskan pada solek tengkolak Balung Ayam dari negeri Perak…..”

“Kenapa ambik dari Perak Tok De?” Puteh pula bertanya.

“Sebab dulu banyak berlaku perkahwinan di antara kerabat diraja negeri negeri…bila kerabat Sultan Selangor kahwin dengan kerabat diraja Perak….maka ada berlaku pertukaran budaya macam ni…..”

“Ok…yang ni pulak…tengkolak yang dipakai oleh Sultan Terengganu…nama soleknya adalah ‘Belalai Gajah’…sebab kalau kita perhatikan betul betul…bahagian atas depannya dibentuk secara menggulung ke atas…seolah olah seekor gajah sedang melambung belalainya…bahagian bawahnya ada tiga takak lipatan dan pucuknya diletakkan disebelah kanan….”

“Tengkolak ni diperbuat dari kain songket berbunga penuh warna kuning…yang memang mahal dan sukar dicari…..”

“Yang warna biru ni pulak adalah tengkolak yang dipakai oleh Sultan Kelantan…soleknya bernama ‘Ketam Budu’….” Agak lucu namanya berbanding dengan nama solek yang didengar sebelum ini.

“Yang istimewa tengkolak ni ialah ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pemakainya..tak macam tengkolak tengkolak lain…”

“Sebenarnya tengkolak Sultan Kelantan tak jauh bezanya dengan yang dipaki oleh para pembesar negeri…Cuma bezanya dari segi warna dan ada sedikit bentuk bunga pucuk di bahagian depan atas yang menyerupai bunga mekar….”

Puteh tekun membuat catatan di notanya. Aku Cuma mampu mengangguk ngangguk tanda faham penerangan Tok De walaupun ianya mengambil masa untuk dihadam.

“Seterusnya yang warna kuning muda ni…ini adalah tengkolak yang dipakai oleh Sultan Perak…soleknya bernama ‘Ayam Patah Kepak’….Perak ada banyak jenis solek macam ‘Balung Ayam’, ‘Anak Gajah Menyusu’, ‘lang Menyusur Angin’ dan macam macam lagi….”

“Yang warna jingga ni ialah tengkolak Sultan Pahang….nama soleknya ‘Sekelungsung Bunga’….soleknya agak ringkas dan diperbuat dari kain songket bersulam kencana…”

“Bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawah mengembang seperti sekelungsung bunga….”

Tok De memandang Puteh seolah olah bertanya jika Puteh boleh membuat catatan apa yang telah diterangkan tadi. Puteh Cuma memberikan isyarat kepala.

“Tengkolak yang agak mahal soleknya adalah tengkolak Sultan Kedah…soleknya juga bernama ‘Dendam Tak Sudah’ hasil dari perkahwinan antara kerabat diraja Kedah dengan Negeri Sembilan…”

“Kainnya ditenun bersulam benang emas dan di depannya dilekatkan ukiran melambangkan padi dan jata negeri Kedah….jata ini diperbuat dari batu zamrud dan permata berlian….kat bulan sabit ada lima biji berlian…kat bunga padi ada tiga puluh biji berlian….di keliling jata ada dua puluh tiga lekuk yang bertatahkan berlian…pada lekuk ada Sembilan rumpun batang padi yang bertatahkan enam puluh Sembilan biji berlian……”
“Wow! Memang mahal betul tengkolak ni Tok De…” Puteh bersuara dari belakang Tok De.
“Ye..memang mahal…yang paling ringkas soleknya ialah yang ni….ini tengkolak yang dipakai Sultan Johor…soleknya bernama ‘Singa Menoleh’….”
“Yang ni pulak adalah tengkolak yang dipakai oleh Raja Perlis….soleknya juga bernama ‘Dendam Tak Sudah’….yang beza Cuma lipatannya ada lima takak yang dipanggil lipatan daun palas…..”
“Ok Melan…Puteh…mungkin cukup untuk hari ini dulu…kalau masih ada soalan boleh datang besok…takde masalah….kalau nak datang besok…boleh Tok De tunjukkan cara membuat ikatan tengkolak ni…dari asas sampai jadi tengkolak….macam mana?”
Cadang Tok De pada Puteh dan aku.
“Boleh..boleh Tok De…besok kami datang…kami memang nak sangat belajar membuat ikatan tengkolak ni…..”
Aku tidak dapat mengawal kegembiraan apabila Tok De membuat pelawaan seperti itu. Besok aku pasti datang. Puteh aku tidak pasti tapi aku pasti datang. Bukan senang nak belajar seni ikatan ini. Yang pasti tugasan kali ini pasti paling menarik dengan kajian tentang tengkolak raja. Akan ku ceritakan tentang tengkolak Tok De.

Friday, January 13, 2012

cerpen : CHEKWE

Seperti semalam dan sebelumnya, Chekwe duduk di kerusi empuk kesayangannya di beranda rumah sambil mengulung rokok daun. Tembakau jawa cap kuda belang sudah digumpal gumpal dan disumbatnya ke dalam rokok daunnya. Chekwe cukup ralik mengilir rokok daun yang panjang sejengkal itu. Kadang kadang Chekwe menyiapkan seberapa banyak yang boleh sebagai simpanan buat bekal berjalan.
Chekwe cukup selesa duduk di kerusi empuknya sambil mengadap angin segar Laut China Selatan. Mungkin perubahan angin yang berbeza dengan kampong asal Chekwe yang agak ke hulu membuatkan Chekwe rasa cukup selesa. Mungkin ayah sudah membuat keputusan yang cukup baik membawa balik Chekwe dari Jabi ke sini. Chekwe juga selesa dengan berbaju pagoda dan berkain pelikat. Chekwe selesa dengan berkopiah dan berkain batik lepas di bahunya. Ayah pun tahu Chekwe suka pakai baju pagoda dan ayah sudah beli beberapa helai baju pagoda baru untuk Chekwe. Chekwe tersenyum saja.

Aku juga entah kenapa cukup manja dengan Chekwe. Setiap hari bila ada waktu terluang, aku pasti akan duduk di sebelah Chekwe dan berbual bual dengan Chekwe. Entah mengapa aku cukup selesa bersama dengan Chekwe padahal aku mempunyai ramai kawan kawan sebaya yang boleh diajak bermain. Tapi aku lebih suka bersama dengan Chekwe. Mungkin aku suka mendengar cerita Chekwe. Mungkin banyak ilmu pengetahuan yang aku perolehi dari cerita Chekwe. Cerita cerita Chekwe banyak berkisar pada kisah sejarah dahulu kala dan ada juga kisah kisah lucu yang penuh dengan teladan. Apabila Chekwe bercerita tentang kisah sejarah keluarga suatu ketika dulu, Chekwe cukup bersemangat. Apabila Chekwe bercerita kisah lucu, Chekwe turut ketawa berdekah dekah. Aku paling suka kisah Tiga Awang, iaitu Awang Telinga Besar, Awang Punggung Tajam dan Awang Tahi Mata Banyak. Aku ketawa sampai terkeluar air mata. Begitu juga dengan Chekwe.

Selalunya Chekwe banyak bercerita tentang perjuangan Tok Aneng suatu ketika dulu, semasa datang ke Jajahan Besut dari Palembang. Tok Aneng, Gemulah Chewan, adalah orang yang mula mula membuka dan membangunkan Jajahan Besut dahulu.
“Gemulah Chewan belayar dari Palembang ke Besut sebab nak cari emas…sebab dulu dalam awal abad ke tujuh belas, Besut memang kaya dengan emas, hasil ikan dan damar….”
“Gemulah Chewan sanggup berdepan dengan orang sakai yang selalu mengganggu orang orang kampong dan berjaya berunding dengan ketua orang sakai yang bernama Pak Wong atau Tok Besut..”
“ Tau macam mana Gemulah Tok Aneng Chewan boleh berunding?” Chekwe memandang aku dan aku hanya mengelengkan kepala. Chekwe tersenyum.
“Haaa… gemulah Chewan bagi kat Pak Wong segantang kail sebagai ganti atas persetujuan Pak Wong tidak mengganggu penduduk tempatan…”
“ Kail je???” aku menggaru kepala.
“Dulu kail tu amat berharga kerana mereka boleh menangkap ikan dengan banyak…banyak ikan bermakna lagi banyak hasil yang dia orang dapat dan lagi banyak duit yang mereka boleh dapat….’

“Gemulah Chewan juga sanggup berdepan dengan lanun lanun yang bermaharajalela di Sungai Keluang dan Laut China Selatan…dekat dengan Pulau Perhentian…”
“Lanun dulu memang jahat..muka dia orang pun memang bengis…ada yang misai tebal dan panjang..mata pun merah…memang takut kalau jumpa dengan lanun lanun ni…”
“Gemulah bertahan dari serangan lanun dengan membuat kubu di Bukit Keluang…..tapi Gemulah Chewan tak berjaya mengalahkan lanun lanun yang terlalu ramai…..”
Aku mendengar dengan penuh kusyuk cerita Chekwe bagaikan mendengar cerita bangsawan di atas pentas.
“Selepas Gemulah Chewan meninggal, anaknya mengambil alih tapak Chewan…Gemulah Chewan Namat..Tok Anang mu…”
“Masa Gemulah Chewan Namat pun sama jugak…lanun semakin berleluasa….Gemulah Chewan Namat terpaksa mintak bantuan dengan Sultan Terengganu…masa tu Sultan Mansur…jadi Sultan pun menghantar anak baginda sendiri, iaitu Tengku Kadir untuk turun ke Besut membantu Gemulah Chewan Namat untuk melawan lanun…”
“Berkat usaha dan kebijaksanaan Tengku Kadir dan Gemulah Chewan Namat, mereka berjaya membuat perjanjian damai dengan lanun lanun…jadi keadaan menjadi semakin selamat bagi semua penduduk tempatan dan jugak pedagang pedagang yang menggunakan Sungai Keluang sebagai laluan kapal dagang mereka..”
“Jadi sebagai tanda penghargaan, Sultan Mansur mengangkat Tengku Kadir menjadi Raja Besut dan Gemulah Chewan Namat pulak diangkat menjadi Orang Besar Besut….”
“Haaaaa…mu dengar tak? Tok Anang mu bukan calang calang orang…dia jadi Orang Besar Besut…orang yang mentadbir dan menjaga seluruh jajahan Besut mu tahuuu….” Chekwe cukup bangga sambil menepuk nepuk bahuku.
“Selepas Tengku Kadir meninggal dunia, tampuk pemerintahan diberikan kepada Tengku Ngah..kemudian diperturunkan pada Tengku Chik…sama jugak dengan pangkat Orang Besar Besut, selepas Gemulah Chewan Namat meninggal…jatuh pada anaknya..Gemulah Chewan Nal..pastu Gemulah Chewan Latif..kemudian pada Gemulah Chewan Che Jak….”
Aku juga turut bangga apabila mendengar kisah yang keturunan keluarga ku bukan calang calang orang tetapi adalah pemerintah bagi jajahan Besut yang terkenal. Seperti bangganya Chekwe, aku juga turut bangga.
Aku juga pernah menduga akal Chekwe untuk menguji pengetahuan Chekwe tentang susurgalur keluarga.
“Chekwe…lepas Tok Moyang ape Chekwe?”
“Tok Moyet!”
“Lepas Tok Moyet?”
“Tok Canggah!”
“Lepas Tok Canggah?”
“Tok Warang!”
“Hahahaaa…mu ni memang tak tau ye…lepas Tok Warang…Tok Wareng…pastu Tok Anang…kemudian Tok Aneng…Tok Kerapak…kemudian sekali Tok Buyut….” Chekwe menerangkan padaku tanpa tahu samada aku mampu ingat atau tidak.
“kalu ke bawah pulak macam mana?” Aku menduga lagi Chekwe tentang susurgalur ke bawah.
“Hahaha…bolehh…cucu..cicit…cuit…gamit….” Chekwe berhenti bagai ingin menduga ku.
“Lepas gamit?”
“Lepas gamit…coteh…pastu moteh…kemudian piang…pastu piut..”
“Lepas piut..leka…akhir sekali beramen…” Chekwe tersenyum bangga kerana berkongsi sesuatu yang sudah dilupakan oleh orang zaman sekarang dengan cucunya. Aku turut bangga kerana selepas ini aku boleh berkongsi pula dengan kawan kawan sekolahku yang aku yakin belum pernah mendengarnya.
“Sekarang Chekwe nak mintak tolong pulak…” Chekwe yang masih tersenyum dengan gelagatku menepuk bahuku. Aku jadi agak terkejut mendengar kata kata Chekwe itu.
“Tolong ape Chekwe? Tolong urut kaki ke Chekwe?”
“Chekwe nak mintak mu tulis surat…Chekwe nak hantar ke DO dan ADO…Chekwe nak cerita pasal Gemulah Chewan…Gemulah Chewan Namat…”
“Chekwe nak sebelum Chekwe mati…biar ada orang kerajaan yang tahu pasal sejarah keluarga kita..biar ada yang tahu pasal pangkat Orang Besar Besut yang diberikan oleh Sultan.…”
“Kalu kerajaan tak nak bagi imbuhan pun..sekurang kurangnya ada orang kerajaan yang tahu pasal mende ni…kurang kurang ada jugak dalam sejarah negeri….mu pun boleh bangga nanti…” Nada Chekwe memang bersungguh sungguh dan bukannya satu gurauan.
Dan aku menulis setiap bait patah perkataan yang diberitahu oleh Chekwe di atas kertas. Cukup hati hati kerana surat itu akan dihantar kepada ADO dan DO. Chekwe pun cukup teliti bahasanya agar tidak terlalu memperlihatkan ada permintaan yang berlebihan yang mungkin akan disalahtafsir oleh pihak kerajaan.

“Ok siap Chekwe..tinggal nama Chekwe dan tandatangan saja...yang paling penting nama Chekwe…”
“Che Long Tukang Bin Che Yusof Kampung Cawat…”
Baru ku tahu nama Chekwe yang sebenarnya. Chekwe senyum tanda bangga dan puas kerana hajatnya bakal terlaksana. Kalau mati pun Chekwe rasa sudah tertunai apa yang perlu Chekwe lakukan. Walau apa pun, aku cukup bangga dengan Chekwe. Biarlah Chekwe hidup lama lagi. Aku belum puas mendengar cerita Chekwe.

Monday, January 2, 2012

y at-il?

y at-il la place dans votre vie que vous pouvez donner à moi de pardonner et d'oublier de tout ce que j'ai fait pour vous ....
y at-il place pour le pardon que je méritais ...
y at-il répondu à toutes mes questions si loin ...
y at-il un moment dans votre vie où vous pouvez penser silencieusement me pardonner 
...