Apabila pasukan negara menunjukkan peningkatan yg cukup luarbiasa dlm kancah bolasepak antarabangsa, semua rakyat malaysia sudah bertukar menjadi peminat no 1 pasukan malaysia dgn sokongan yg cukup padu tanpa berbelah bahagi. Rata rata seisi rumah turut menyokong pasukan Malaysia apabila ada perlawanan yg melibatkan pasukan negara. Jika kita ke stadium sekarang ini, ramai yg membawa keluarga utk menonton pasukan malaysia bermain, dgn semanat yg membara dan dgn memakai baju berlambangkan pasukan malaysia.
phenomena ini harus diambil penekanan oleh pihak FAM selaku badan yg membangunkan bolasepak negara. Fenomena ini adalah perkembangan yg diinginkan oleh mana2 badan sukan kerana peminat dan penyokong sudah sedia sehidup semati dgn sukan negara.Namun begitu,, FAM harus sedar bahawa sokongan yg diberikan oleh rakyat bukannya percuma. Sokongan yg diberikan oleh rakyat beserta dengan wang dan tenaga!!!! Tiada yg PERCUMA!!! FAM harus sedar bahawa peminat bolasepak negara bukannya peminat sepenuh masa...mereka bukannya tidak bekerja...mereka bukannya tiada keluarga/tanggungan...FAM harus seder bbahawa mereka sudah berhabis duit.tenaga...untuk memberikan sokongan kpd pasukan negara.
Mereka harus membeli ticket untuk menonton dan memberrikan sokongan..walaupun yg agar percuma boleh diperolehi melalui kaca tv tetapi demi semangat perjuangan negara, mereka sanggup memilih untuk memberikan sokongan di stadium walaupun terpaksa berkorban wang ringgit, tenaga dan masa. Harga tiket sekarang bukannya murah- RM30.00/seorang untuk seat biasa atau RM50.00/seorang utk Grandstand. Kalau pergi membeli ticket di kaunter Stadium Bukit Jalil, bermakna banyak lg kos2 lain yg terpaksa ditanggung oleh mereka seperti tol, minyak kereta, kos parking kereta, masa kerja dll yg tidak dapat dilihat oleh orang lain..terutama FAM..sebagai contoh, jika kita dari Shah Alam..untuk membeli ticket saja di Stadium Bukit Jalil...kosnya seperti berikut:
1. Tol KESAS - RM2.20 X 4 = RM8.80
2. Parking ticket = RM2.00
3. Minyak = RM10.00
4. ticket Bola = RM30.00
Total = RM 50.80/seorang - tidak termasuk masa kerja yg mana ada yg terpaksa mengambil cuti separuh hari atau penuh demi untuk membeli ticket saja.
Cara penjualan ticket secara online memang bagus untuk menambahbaikan sister penjualan ticket tetapi ticket yg dibeli secara online masih lg perlu dikutip/ditebus di stadium juga sebelum hr perlawanan mengikut jadual yg ditetapkan oleh FAM. Bermakna, kosnya masih lg sama seperti kita membeli ticket di stadium juga cuma yg berbeza, mengurangkan kesibukan/kesesakan beratur panjang di stadium.
Kos parking kereta juga amat mengecewakan, hanya untuk membeli ticket tetapi masih lg terpaksa membayar RM2.00 per entry walaupun untuk sekejap dan walaupun tanpa kepastian samada tempatnya ada ke tidak.
FAM harus menyedari keadaan ini kerana sokongan rakyat bukannya diberikan secara percuma kerana mereka juga terpaksa melalui undang2 FAM semasa berada di stadium...harga makanan yg sangat mahal dan TIDAK berkualiti terpaksa dibayar oleh rakyat/peminat demi untuk menonton perlawanan pasukan Malaysia. Mengapa FAM tidak mengambil pendekatan yg lebih 'berjiwa rakyat' atau lebih 'mesra penyokong' supaya rakyat merasakan dihargai apabila mereka membrikan sokongan kpd pasukan negara di stadium. FAM harus sedar betapa besarnya pengorbanan rakyat untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia. Rakyat Malaysia bukannya semuanya kaya...rakyat Malaysia bukan semuanya menganggur...rakyat Malaysia bukan semuanya mewah...rakyat Malaysia mmg menyokong pasukan negara....FAM mesti sedar hakikat ini....pengurusan FAM jangan ambil kesempatan di atas peningkatan prestasi pasukan Malaysia dan sokongan padu rakyat untuk mengaut keuntungan yg banyak dari titik peluh rakyat yg memberikan sokongan padu...semua org tahu bukan duit FAM yg digunakan untuk membangunkan boasepak negara tetapi duit dari penaja dan kerajaan/rakyat...jadi jangan mengambil kesempatan di atas keikhlasan rakyat menyokong pasukan negara...berilah peghargaan kembali pd rakyat tanda terima kasih dan jgnlah melayan mereka seperti pasukan2 di england/eropah kern a mereka pasukan professional diuruskan secara professional sebagai sebuah syarikat corporate tanpa perlukan bantuan penaja/kerajaan/rakyat!!!!!
Insaflah wahai FAM..sedarlah betapa banyaknya pengorbanan rakyat untuk FAM...sedarlah betapa banyaknya wang rakyat dihabiskan utk kemajuan bolasepak negara...sedarlahhhhhhh....
No comments:
Post a Comment