Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, July 26, 2011

Apa erti waktu solat jumaat di Kota raya......

Apakah erti jumaat di tengah Kota raya?

Salam kesibukan warga kota menyelami hidup bekerja di tengah kota raya, kekadang timbul sedikit kegusaran apabila tiba hari jumaat, terutamanya pd waktu solat jumaat di mana waktu ini seolah olah tiada erti kpd sesetengah warga kota.
Ramai yg seperti tidak tahu bahawa waktu solat jumaat adalah pd waktu tengahari iaitu pd pukul 12.45 hingga ke pukul 2 ptg hari jumaat. Pada waktu ini semua kaum lelaki yg cukup syaratnya wajib menunaikan solat jumaat di masjid yg diiktiraf utk solat jumaat.Solat jumaat wajib dilakukan secara berjemaah dan mendengar khutbah jumaat sebelum solat dilakukan.
Jika kita berada di pusat2 membeli belah di Kota raya, pasti tidak akan terasa seperti hari jumaat kerana masing2 terlalu ghairah dgn aktiviti masing2 dan alpa dgn tanggungjawab menunaikan solat jumaat. Panggung2 wayang sentiasa penuh dgn org islam yg menonton tayangan semasa waktu solat jumaat, dgn harapan tiada yg memandang mereka. Ada juga yg tanpa segan silu berjalan2, membeli belah, bersiar2 atau mundar mandir di jalanan semasa waktu solat jumaat, tanpa Ada rasa bersalah di raut wajah mereka. Inilah nilai sebenar solat jumaat di tengah Kota raya yg sibuk dan tanpa larangan, nasihat, teguran oleh sesiapapun.
Namun hati cukup tersentuh apabila terpandang sebuah kedai mamak, di hadapan sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibukota, sang up menutup kedai mereka semasa waktu solat jumaat Dan semua pekerja beramai ramai ke masjid yg berdekatan. Tepat jam 2 ptg, mereka membuka kembali kedai dan kelihatan ramai org Islam sdg menunggu utk mkn Dan minum. Jelas sungguh di mata bahawa apabila kedai tersebut ditutup, terlalu ramai yg agak terjejas Dan mereka sanggup menunggu di tepi kedai hingga kedai dibuka kembali.
Inilah sepatutnya nilai waktu solat jumaat, di mana premis org Islam ditutup Dan beramai ramai ke masjid utk menunaikan solat jumaat. Perniagaan bersambung kembali selepas waktu solat.
Semoga Ada yang memandang nilai ini Dan mengambil iktibar Dari kedai mamak tersebut.......

No comments:

Post a Comment