Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Friday, September 9, 2011

Pekerja asing: satu pemangkin atau ancaman pada ekonomi Malaysia?

pekerja asing:ancaman atau pemangkin pada ekonomi negara?

hasil program pemutihan atau program 6P yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri baru2 ini, seramai hampir 2 juta pekerja asing berjaya didaftarkan samada pekerja yang sah atau pendatang asing(PATI).

ini adalah satulangkah bijak yang dilakukan oleh pihak kerajaan kerana jumlah  pekerja asng yang ada sekarang terlalu ramai dan mungkin sukar untuk dikawal jika dibiarkan.

Pihak kerajaan juga harus menilai kembali polisi yang ada tentang PATI atau pekerja asing, samada jumlah yang ada merupakan satu ancaman kepada eknomi negara atau menjadi pemangkin yang positif. kita harus ingat akan istilah 'The Power Of Majority' di mana apabila jumlah yang ramai boleh mempengaruhi keadaan sesuatu tempat mengatasi golongan minoriti. Pertambahan jumlah PATI atau pekerja asing di Malaysia mungkin akan mempengaruhi arahtuju economi negara kerana asas tujuan utama kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki/pekerjaan yang sememangnya terlalu banyak peluang di Malaysia.

PATI/pekerja asing dari Indonesia pad a awalnya adalah untuk memenuhi keperluan industry peladangan dan pembantu rumah yang amat diperlukan oleh negara. PATI/pekerja asing dari India pula di bawa masuk kebanyakannya adalah untuk industry makanan/restoren yang rata2 dimiliki oleh golongan India muslim. Pekerja asing dari Thailand sudah terlalu lama bertapak di sini kerana hamper kesemua restoren tom yam adalah dimiliki oleh rakyat Thailand. Manakala pekerja Myammar kebanyakannya adalah pelarian Rohinya yang diberi bantuan/perlindungan oleh kerajaan Malaysia yang mana mempunyai permit secara automatic untuk bekerja di Malaysia. Sekarang ini, kerajaan turut juga membuka pintu kepada pekerja dari Nepal, Pakistan, Cambodia dll. 
Mereka  ini memenuhi pasaran pekerjaan Malaysia dengan giatnya di dalam semua industry yang ada - peladangan, perikanan, peruncitan, pembuatan, pembinaan, industry gas&minyak, pelancongan dan semua bidang2 kerja yang memerlukan jumlah pekerja yang ramai.

Jika diteliti secara halus sekarang ini, mereka sudah mempunyai 'kuasa' untuk mempengaruhi kadar upah/gaji yang patut dibayar oleh majikan dan ini secara langsung mempengaruhi kadar harga pasaran untuk semua bidang pekerjaan tersebut. 

Sebagai contohnya, di dalam bidang pembinaan, rakyat Indonesia sudah mampu menjadi sub-contractor kepada contractor utama dengan kadar bayaran yang bukan lagi rendah sebagaimana dahulu. Mereka sudah mampu mengawal pekerja negara mereka dan tidak tunduk kepada kehendak contractor utama dalam segi harga. Pihak contractor utama sudah tidak berkuasa lagi untuk menentukan harga atau mempunyai pilihan kerana mereka sudah mengawal pasaran pekerja negara mereka. Ini menyebabkan kadar harga dunia pembinaan sekarang sudah meningkat dan memberika ruang/peluang yang cukup luas kepada pekerja asing Indonesia untuk terus mengaut keuntungan/kekayaan yang akan dihantar terus ke negara mereka. Mungkin juga ada rakyat Malaysia yang terpaksa pula bekerja dengan mereka disebabkan mereka sudah mempunyai kekuatan/kekayaan yang boleh membentuk sebuah empayar dalam industry pembinaan. 
Adakah ini satu ancaman atau pemangkin kepada ekonomi negara?

Bagaimana pula di dalam bidang peladangan?Apakah situasi sebenar di dalam ladang ladang sawit Dan getah di Malaysia? Siapa yang menjalankan kerja kerja di ladang tersebut? Adakah orang kita yang memiliki ladang ladang tersebut? Apa yang berlaku di ladang Felda, Felcra Dan Risda sebenarnya? Pekerja2 Indonesia yang asalnya cuma buruh ladang sudah mulatto menguasai ladang2 tersebut secara perlahan lahan. Pemilik ladang sudah tidak mahu lagi bekerja di ladang Dan mereka Lebih suka menyerahkan pada pekerja Indonesia Dan mereka mendapat pendapatan bersih setiap bulan tanpa mengira hasil yang diperolehi. Pekerja Indonesia sudah menjadi mandur atau tokey di ladang ladang kerana mereka mempunyai tenaga kerja orang orang mereka. Pemilik ladang sudah keluar mencari pekerjaan lain untuk menambahkan pendapatan bulanan di bandar bandar.

Jadi apakah pekerja asing ini adalah pemangkin economy atau sudah menjadi ancaman jangka panjang kepada economy negara?

kit a tengok pula kepada pekerja asing dari India, mereka memenuhi keperluan restoren 24jam Mamak kerana persamaan bahasa yang dimiliki dengan tuanpunya restoren yang berketurunan India Muslim. Mereka menguasai dengan jayanya industry restoren 24 jam seluruh Malaysia tanpa membri peluang kepada mana2 golongan untuk turut serta. Apakah orang melayu mampu melakukan perkara yang sama? Apakah kita Akan berterusan makan makanan yang dimasak oleh pekerja asing?

pekerja Myammar, Nepal Dan Bangladesh sudah pun memenuhi pasaran pekerjaan kilang pembuatan di Malaysia. Kalau diteliti mereka bekerja bersama sama dengan pekerja wanita orang kita di kebanyakan kilang kilang kerana Ianya sudah menjadi trend pekerjaan sekarang ini. Bagaimana agak nya nasib pekerja wanita kita apabila bersama sama dengan bangsa asing tersebut? Apakah ianya menjadi seperti yang banyak berlaku sekarang ini di mana skandal atau kes maksiat sebagaimana dilaporkan di dada akhbar? Sejauh mana wanita orang kita mampu menahan diri Dari pekerja Myammar, Nepal atau Bangladesh yang setiap masa bersama mereka? Ianya cukup memberikan kesan negetif kepada kehidupan sosial wanita kita.

Jadi apakah pekerja asing ini menjadi pemangkin atau ancaman pad a negara?

Apakah jenis pekerjaan yang masih tinggal untuk rakyat Malaysia? Graduan universiti makin Bertambah setiap tahun Dan jumlah pengganguran makin meningkat setiap masa. Adakah cukup dengan peluang kerja yang disediakan di sektor awam?

No comments:

Post a Comment