Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Tuesday, July 26, 2011

Pengorbanan Peminat Bolasepak Negara - untuk renungan FAM.

Apabila pasukan negara menunjukkan peningkatan yg cukup luarbiasa dlm kancah bolasepak antarabangsa, semua rakyat malaysia sudah bertukar menjadi peminat no 1 pasukan malaysia dgn sokongan yg cukup padu tanpa berbelah bahagi. Rata rata seisi rumah turut menyokong pasukan Malaysia apabila ada perlawanan yg melibatkan pasukan negara. Jika kita ke stadium sekarang ini, ramai yg membawa keluarga utk menonton pasukan malaysia bermain, dgn semanat yg membara dan dgn memakai baju berlambangkan pasukan malaysia.

phenomena ini harus diambil penekanan oleh pihak FAM selaku badan yg membangunkan bolasepak negara. Fenomena ini adalah perkembangan yg diinginkan oleh mana2 badan sukan kerana peminat dan penyokong sudah sedia sehidup semati dgn sukan negara.Namun begitu,, FAM harus sedar bahawa sokongan yg diberikan oleh rakyat bukannya percuma. Sokongan yg diberikan oleh rakyat beserta dengan wang dan tenaga!!!! Tiada yg PERCUMA!!! FAM harus sedar bahawa peminat bolasepak negara bukannya peminat sepenuh masa...mereka bukannya tidak bekerja...mereka bukannya tiada keluarga/tanggungan...FAM harus seder bbahawa mereka sudah berhabis duit.tenaga...untuk memberikan sokongan kpd pasukan negara.

Mereka harus membeli ticket untuk menonton dan memberrikan sokongan..walaupun yg agar percuma boleh diperolehi melalui kaca tv tetapi demi semangat perjuangan negara, mereka sanggup memilih untuk memberikan sokongan di stadium walaupun terpaksa berkorban wang ringgit, tenaga dan masa. Harga tiket sekarang bukannya murah- RM30.00/seorang untuk seat biasa atau RM50.00/seorang utk Grandstand. Kalau pergi membeli ticket di kaunter Stadium Bukit Jalil, bermakna banyak lg kos2 lain yg terpaksa ditanggung oleh mereka seperti tol, minyak kereta, kos parking kereta, masa kerja dll yg tidak dapat dilihat oleh orang lain..terutama FAM..sebagai contoh, jika kita dari Shah Alam..untuk membeli ticket saja di Stadium Bukit Jalil...kosnya seperti berikut:

1. Tol KESAS - RM2.20 X 4 = RM8.80
2. Parking ticket = RM2.00
3. Minyak = RM10.00
4. ticket Bola = RM30.00

Total = RM 50.80/seorang - tidak termasuk masa kerja yg mana ada yg terpaksa mengambil cuti separuh hari atau penuh demi untuk membeli ticket saja.
Cara penjualan ticket secara online memang bagus untuk menambahbaikan sister penjualan ticket tetapi ticket yg dibeli secara online masih lg perlu dikutip/ditebus di stadium juga sebelum hr perlawanan mengikut jadual yg ditetapkan oleh FAM. Bermakna, kosnya masih lg sama seperti kita membeli ticket di stadium juga cuma yg berbeza, mengurangkan kesibukan/kesesakan beratur panjang di stadium.
Kos parking kereta juga amat mengecewakan, hanya untuk membeli ticket tetapi masih lg terpaksa membayar RM2.00 per entry walaupun untuk sekejap dan walaupun tanpa kepastian samada tempatnya ada ke tidak.

FAM harus menyedari keadaan ini kerana sokongan rakyat bukannya diberikan secara percuma kerana mereka juga terpaksa melalui undang2 FAM semasa berada di stadium...harga makanan yg sangat mahal dan TIDAK berkualiti terpaksa dibayar oleh rakyat/peminat demi untuk menonton perlawanan pasukan Malaysia. Mengapa FAM tidak mengambil pendekatan yg lebih 'berjiwa rakyat' atau lebih 'mesra penyokong' supaya rakyat merasakan dihargai apabila mereka membrikan sokongan kpd pasukan negara di stadium. FAM harus sedar betapa besarnya pengorbanan rakyat untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia. Rakyat Malaysia bukannya semuanya kaya...rakyat Malaysia bukan semuanya menganggur...rakyat Malaysia bukan semuanya mewah...rakyat Malaysia mmg menyokong pasukan negara....FAM mesti sedar hakikat ini....pengurusan FAM jangan ambil kesempatan di atas peningkatan prestasi pasukan Malaysia dan sokongan padu rakyat untuk mengaut keuntungan yg banyak dari titik peluh rakyat yg memberikan sokongan padu...semua org tahu bukan duit FAM yg digunakan untuk membangunkan boasepak negara tetapi duit dari penaja dan kerajaan/rakyat...jadi jangan mengambil kesempatan di atas keikhlasan rakyat menyokong pasukan negara...berilah peghargaan kembali pd rakyat tanda terima kasih dan jgnlah melayan mereka seperti pasukan2 di england/eropah kern a mereka pasukan professional diuruskan secara professional sebagai sebuah syarikat corporate tanpa perlukan bantuan penaja/kerajaan/rakyat!!!!!

Insaflah wahai FAM..sedarlah betapa banyaknya pengorbanan rakyat untuk FAM...sedarlah betapa banyaknya wang rakyat dihabiskan utk kemajuan bolasepak negara...sedarlahhhhhhh....

Singapuraaa...ohh singapura......lawan lah dgn jujur....

Pasukan singa Cuba menipu harimau malaya...tapi..

Perlawanan kelayakan piala dunia, antara singapura Dan malaysia yg berlangsung di singapura baru2 ini cukup memberikan bukti nyata bahawa singapura Akan menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan Malaysia walaupun terpaksa menggunakan helah yg Akan memberikan kelebihan kid pasukan singapura.

Paling nyata adalah pemilihan stadium untuk venue perlawanan di mana mereka sengaja menggunakan Padang jenis tiruan utk memberikan mereka kelebihan kerana pemain2 mereka sudah pro bermain di Padang tiruan. Kalau kit a lihat permainan para pemain Malaysia pd mlm itu, mmg jelas kelihatan pemain kita tidak biasa dgn padang tiruan. Bermain di Padang tiruan cukup berbeza berbanding dgn padang normal kerana kit a seolah olah bermain futsal di Padang yg luas...kadar lantunan bola cukup berbeza dan kelajuan bola juga berbeza. Ini akan menyukarkan pemain untuk mengawal bola Dan bermain seperti di Padang biasa.
Pemain juga Akan Lebih Cepat cedera kerana kesukaran mengimbangi badan apabila berdepan dgn pemain lawan. Cara utk mencuri bola Dari kaki pemain lawan juga berbeza Dan jika tersalah teknik pasti pemain lawan Akan mudah jatuh Dan mendapat 'fault'.

Oleh sebab itulah, jurulatih singapura cukup berkeyakinan penuh bahawa singapura Akan mengalahkan Malaysia dgn jaringan yg selesa kerana dia tahu pemain Malaysia tidak mahir bermain dipadang tiruan. Dia tahu pemain Malaysia Akan Cepat letih Dan Akan mudah memudaratkan pemain singapura dgn 'tackle' yg keras apabila tidak dap at menyaingi corak permainan pemain singapura. Ini Akan memberikan kelebihan kepada pasukan singapura. Mereka sudah merasakan Akan Ada pemain Malaysia yg Akan dikenakan kad merah Dan byk kad kuning Akan dikeluarkan oleh pengadil pd mlm itu.

Namun, berkat semangat Dan doa rakyat Malaysia, pasukan harimau Malaya berjaya menyaingi pemain singapura walaupun dipadang tiruan. Pemain2 kita tidak terpedaya dgn taktik kotor singapura. Permainan bolasepak yg sebenar Akan dap at di lihat pd hari khamis ini di stadium bukit jalil apabila pasukan singapura bertemu harimau malaya utk pusingan kedua. Pada malam itu, kita Akan melihat siapa yg Lebih mahir Dan Lebih ikhlas bermain utk Negara. Pada malam itu kita Akan melihat siapa yg Lebih pandai mengawal bola Dan siapa yg mempunyai strategy perlawanan yg Lebih baik. Kita Cuma Ada tenaga2 muda anak2 Malaysia yg sanggup berjuang bertarung Demi Negara. Kita tidak perlukan org luar utk bermain dgn pasukan kita. Kita yakin dgn anak bangsa kita Dan kita yakin utk menang dgn cara kita...tanpa perlukan tipu helah...

Cuma yg musykilnya...apa yg Akan berlaku jika Malaysia menggunakan Padang tiruan apabila singapura tidak biasa dgn Padang tiruan.....apa yg singapura Akan lakukan???? Rasanya mereka Akan terus melobi FIFA supaya tidak membenarkan Malaysia menggunakan Padang tiruan atau mungkin melobi FIFA supaya menggantung Malaysia jika meneruskan perlawanan di Padang tiruan. Ketahuilah bahwa singapura Akan terus menggunakan apa saja cara utk menyaingi Malaysia..walaupun terpaksa menggunakan taktik kotor..walaupun terpaksa menggunakan helah. Muslihat.....semoga FAM menyedari hakikat ini...apabila mereka melihat kebangkitan pasukan Malaysia dipersada antarabangsa...mereka terus ingin bersama dgn liga Malaysia...mereka inginkan pasukan mud a mereka bermain di liga Malaysia...inilah pasukan singapura yg Akan menggunakan apa saja strategy utk mengambil kesempatan Atas keikhlasan FAM...

Singapura Akan tetap menjadi singapura....tidak Akan berubah...tetap menjadi singa..yg berpura pura......insaflahhhhhhh

Apa erti waktu solat jumaat di Kota raya......

Apakah erti jumaat di tengah Kota raya?

Salam kesibukan warga kota menyelami hidup bekerja di tengah kota raya, kekadang timbul sedikit kegusaran apabila tiba hari jumaat, terutamanya pd waktu solat jumaat di mana waktu ini seolah olah tiada erti kpd sesetengah warga kota.
Ramai yg seperti tidak tahu bahawa waktu solat jumaat adalah pd waktu tengahari iaitu pd pukul 12.45 hingga ke pukul 2 ptg hari jumaat. Pada waktu ini semua kaum lelaki yg cukup syaratnya wajib menunaikan solat jumaat di masjid yg diiktiraf utk solat jumaat.Solat jumaat wajib dilakukan secara berjemaah dan mendengar khutbah jumaat sebelum solat dilakukan.
Jika kita berada di pusat2 membeli belah di Kota raya, pasti tidak akan terasa seperti hari jumaat kerana masing2 terlalu ghairah dgn aktiviti masing2 dan alpa dgn tanggungjawab menunaikan solat jumaat. Panggung2 wayang sentiasa penuh dgn org islam yg menonton tayangan semasa waktu solat jumaat, dgn harapan tiada yg memandang mereka. Ada juga yg tanpa segan silu berjalan2, membeli belah, bersiar2 atau mundar mandir di jalanan semasa waktu solat jumaat, tanpa Ada rasa bersalah di raut wajah mereka. Inilah nilai sebenar solat jumaat di tengah Kota raya yg sibuk dan tanpa larangan, nasihat, teguran oleh sesiapapun.
Namun hati cukup tersentuh apabila terpandang sebuah kedai mamak, di hadapan sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibukota, sang up menutup kedai mereka semasa waktu solat jumaat Dan semua pekerja beramai ramai ke masjid yg berdekatan. Tepat jam 2 ptg, mereka membuka kembali kedai dan kelihatan ramai org Islam sdg menunggu utk mkn Dan minum. Jelas sungguh di mata bahawa apabila kedai tersebut ditutup, terlalu ramai yg agak terjejas Dan mereka sanggup menunggu di tepi kedai hingga kedai dibuka kembali.
Inilah sepatutnya nilai waktu solat jumaat, di mana premis org Islam ditutup Dan beramai ramai ke masjid utk menunaikan solat jumaat. Perniagaan bersambung kembali selepas waktu solat.
Semoga Ada yang memandang nilai ini Dan mengambil iktibar Dari kedai mamak tersebut.......

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 : Kalah sebelum berjuang....

Perarakan aman BERSIH 2.0 yg dianjurkan oleh pakatan rakyat pd 99hb Julai 2011 terbukti menunjukan ianya sudah kalah sebelum berjuang. Akibat dari terlalu banyak promosi yg telah dibuat sebelum dari tarikh itu maka kelihatan pihak kerajaan melalui semua agensi2 yg ada telah mengambil pelbagai langkah utk mematahkan/melemahkan semangat penyokong perarakan tersebut. Terlau banyak propaganda yg telah dijalankan sebelum tarikh tersebut. Terlalu banyak tindakan teah dambil oleh pihak kerajaan utk menunjukkan kpd emua rakyat bahawa terlalu banyak impak negetif akan dirasai oleh rakyat jika perarakan seperti ini dibenarkan.

Sementara penyokong2 BERSIH 2.0 beranggapan perarakan secara aman adalah hak mutlak rakyat Malaysia yg dijamin oleh perlembagaan negara, pihak kerajaan yg berkuasa utk memerintah juga mempunyai hak2 yg lebih dulu dilindungi/diberikan oleh perlembagaan kpd mereka utk mempastikan kestabilan/keamanan/kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin tanpa sebarang gangguan dari org lain. Maka pertembungan hak2 inilah yg akhirnya cuma dlm 6 ribu org saja yg keluar utk berarak menyertai BERSIH 2.0 pd hari itu.

Ini jelas menunjukkan bahawa penganjur BERSIH 2.0 telah pun kalah sebelum berjuang. Mereka tidak mempunyai strategi2 alternatif utk menghadapi reaksi2 dr pihak berkuasa. Mereka perlu mempunyai beberapa plan yg boleh digunapakai untuk menghadapi pihak kerajaaan. Mereka telah memberikan terlalu banyak masa kepda pihak kerjaan utk membuat persediaan utk memathkan serangan psikologi mereka sehinggakan RTM sempat membuat/menayangkan iklan sebagai serangan psikologi kpd penganjur BERSIH 2.0. Iklan ini cukup memberika impak kpd penonton dgn memberikan imej yg berbeza kpd BERSIH 2.0; dari imej perarakan menunjuk perasaan ketidakpuasan hati kpd SPR kepada imej aktiviti membersihkan kampung halaman secara bergotong royong. 2 imej yg berbeza ini cukup memberikan satu tamparan kpd minda penonton samada menyertai perarakan haram atau menyertai khidmat masyarakat yg lebih mulia.

Penganur juga membrikan ruang yg terlalu luas kpd pihak berkuasa utk mengatur strategi utk mematahkan serangan secara undang2 yg ada. Penguatkuasaan sekatan jalanraya yg terlalu banyak dan meliputi seuruh negara cukup menyeksa ramai org dan menyusahkan banyak pihak. Apabila rakyat terasa susah, maka akan timbul rasa gelisah dan kesedaran bahawa apa gunanya memporakporandakan keadaan negara yg sedia aman dgn cara yg salah yg boleh menyusahkan org ramai.

Nampaknya BERSIH 2.0 sudah kalah sebelum berjuang..menang sorak tp kampung entah di mana.....